Friday, June 8, 2012

Sukaneka 1Malaysia KRT Bukit Depu

Alhamdulillah pada 25hb Mei 2012 yang lalu KRT Depu telah menjayakan Sukaneka Satu Malaysia . Dalam program yang diadakan di perkarangan Balairaya Kg Bukit Depu itu beberapa acara menarik yang tradisi telah diadakan.


Video acara berebut coklat
Acara berebut coklat


Acara tiup belon
Tn Hj Harun menyampai hadiah
Acara bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 50 orang kanak kanak megambil bahagian dari peringkat umur 5 - 9 tahun dan 10 -12 tahun. Sebanyak 9 acara sukan yang memenuhi citarasa seluruh peserta dari kanak kanak sehingga dewasa diadakan dengan penuh meriah dan semangat kekeluargaan.

Acara larian bola ping pong dalam sudu

Pn Sal menyampai hadiah kepada pemenang
Acara mengail botol dewasa
Adalah diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan sebagai acara tahunan kerana ia semakin mendapat sambutan yang baik dikalangan masyarakat setempat. Dalam kontek perpaduan aktiviti sebegini amat penting kerana ia dapat mempereratkan semangat tolong menolong diantara penduduk dalam menjalankan program kebajikan pada masyarakat . 
Acara kerusi berirama remaja wanita
Acara kerusi berirama dewasa lelaki
Pn Salbiah menerima hadiah dari Pn Sal
Acara yang penuh meriah ini dihadiri oleh lebih 100 orang kanak diperingkat tadika dan remaja serta ibu bapa. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil dari JPNIN Kuala Terengganu dan Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu.
Beberapa acara yang merupakan permainan rakyat dipertandingkan kali ini. Ini termasuklah permainan seperti, tiup belon dan larian berebut gula gula untuk kanak kanak tadika. Acara berpasukan seperti larian rakit darat, rebut kerusi berirama dan balingan kasih juga diadakan.
Acara rakit darat
En Mohamad Ismail(Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu) menyampai hadiah
Penyampaian hadiah kepada pemenang pemenang telah di sempurnakan oleh wakil JPNIN, Timbalan Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Harun Mat Diah dan En Mohammad Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu.

Wednesday, June 6, 2012

Pertandingan Bowling KRT Bukit Depu

Pusat Bowling TER

Program ini telah diadakan pada 21.5.2012 bertempat di Pusat Bowling Terengganu Equestrian Resort (TER). Ianya telah dianjurkan Jiran Muda KRT Bukit Depu. Terdapat 40 peserta yang mengambil bahagian yang dibahagikan sebanyak lapan kumpulan. Berbagai aksi telah dipertontonkan
Aksi 1
Aksi 2
Aksi 3
Aksi 4
Kebanyakan peserta merupakan mereka yang buat kali pertama menyertai permainan bowling ini. Suasana menjadi gegak gempita apabila mereka mereka ini cuba sedaya upaya untuk menjatuhkan pin dengan berbagai cara balingan. Ianya menjadi lebih meriah dan  menyeronokan kerana peserta peserta ini membawa keluarga masing masing bagi memberi sokongan.

Hadiah hadiah yang berupa hamper telah disediakan untuk pemenang pemenang. Penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Tn Hj Harun Mat Diah, Timbalan Pengerusi KRT Bukit Depu.
Tn Hj Khalid (Setiausha KRT Bukit Depu)
 menerima hamper pemain terbaik keseluruhan
Para pemenang bergambar berama ramai

Catitan Dairi Pengerusi KRT Bukit Depu

Penerbangan AK5216 Air Asia yang membawa saya ke Kucing jam 5.15 petang 17.5.2012 telah membuka banyak pengetahuan tentang Sarawak Bumi Kenyalang.
Saya tidak berhasrat untuk bertemu dengan kesemua 27 kaum etnik Bumiputra Sarawak yang hidup secara 1 Sarawak , tapi dengan mengetahui serta mengenali Kaum Bidayuh , Kaum Iban ,Kaum Penan ,Orang Ulu , Orang Melanau ,Orang Melayu dan Kaum China telah membuka gambaran betapa Sarawak telah lama bersatupadu dan begitu kaya dengan pergabungan budaya .Dari hasil kerjatangan yang halus serta menarik sehingga kepada makanan tradisi Sarawak yang unik lazat dan beranika rupa telah berjaya menggabungkan keselamatan serta keselesaan pengunjung dari pelusuk rantau untuk datang berkunjung.
Saya amat tertarik dengan kehebatan Kaum Penan yang tinggal dipendalaman hutan dara Borneo , Cara hidup amat sederhana dengan memburu binatang menggunakan sumpitan.
Suatu kekuatan yang luar biasa,tepat dan senyap dengan kayu sumpit yang dibuat amat berhati hati dan halus memakan masa selama lebih enam bulan, menggunakan racun sumpitan dari getah pokok upas. Sumpitan maut dari racun pokok upas ini tidak akan memberi pemangsa sebarang tolak ansur walau sesaatpun untuk terus hidup.
Rumah mereka dibina dengan daun nipah ditepi pokok pokok sago berhampiran sungai dalam kumpulan seramai 10 - 15 orang.Mereka adalah kaum yang pemalu dan tidak ganas seperti Iban dan Bidayuh.Walaupun sekarang ini keadaan telah banyak berubah , namun kaum Iban dan Bidayuh masih terkenal dengan sifat kepahlawanan yang suka menyimpan kepala manusia sebagai wira dikalangan etnik mereka.
Semengguh Taman Hidupan Liar
Ditubuhkan pada tahun 1975 bagi langkah menyelamat hidupan liar khususnya  orangutan yang telah cedera akibat kemalangan atau dibunuh ibunya .Satu tempat yang amat menarik dilawati kerana spisis orangutan memiliki perangai yang amat istimewa .Orangutan betina akan menjaga anaknya selama 7-8 tahun dengan penuh caring sebelum ianya mengawan semula.Perawakan orangutan sungguh lembut tapi bengis jika tidak diberi perihatin dengan baik dan hati hati.
 Ingatan orangutan cukup kuat , peratusan  DNA berbanding  manusia  ialah hampir 96.04%. Semasa saya disini Pegawai Ranger En.Gud , memberitahu kawasan Semengguh ini diketuai oleh satu orangutan jantan bernama Ritchie usia 32 tahun, berat badan 100kg ,tinggi 5.2", hidup dengan 23 orangutan betina  yang lain.Ritchie begitu protektif dan mengambil berat dengan kesemua anakbuahnya yang lain.
Kesemua orangutan disini adalah kurang liar (semi wild)  kerana pernah mendapat rawatan serta didikan dari pegawai pegawai ranger yang berpengalaman.
Sesungguhnya terlalu banyak tempat tempat menarik untuk diketahui seperti  Museum Sarawak , Irrawaddy Dolphin Watching , Bako national park -  tempat monyet berwarna orange berhidung panjang , Jong's Crocodile Farm Dan Zoo ,

Pasar Minggu Satok, Gunung Gading National Park , Air Terjun diKubah National Park , Santubung Wildlife Cruise dan banyak lagi yang dapat memberikan kita sekeluarga nikmat kebesaran Allah yang tidak dapat kita terokai dan pelajari. Bak kata orang makin banyak yang kita pelajari semakin banyak yang kita tidak ketahui.
 Pasar Minggu Sitok Dan River Front
Lawatan keKucing tak mungkin lengkap jika tidak membawa pulang ikan terubok , kek lapis Sarawak , udang galah dan kuih tabaloi. Pasar Minggu Sitok tempat yang paling popular dapat kita membuat pilihan disamping berpeluang melihat berbagai bagai hasil tani yang dibawa turun oleh berbagai kaum etnik dari berbagai tempat dipendalaman Sarawak.

 Mereka menjual hasil usaha mereka selama 2 hari bermula dari petang Hari Sabtu hingga petang Ahad .Kebanyakan mereka akan bermalam diPasar Sitok.
Buah buahan hutan , sayuran midin , jagung, nenas Sarawak , ikan terubok , udang galah sehingga kepada paku dan jarum ada dijual disini dengan harga yang amat berpatutan.
DiDataran River Front yang sungguh menawan dimana kita boleh membeli berbagai hasiltangan kaum etnik Sarawak.
Terdapat juga tempat makan makanan laut yang popular yang digemari ramai diTop Shop dengan masakan yang enak dan hargapun berpatutan.
Untuk mereka yang lebih suka pada keadaan yang nyaman dan santai pergilah keMargenta Restaurant ( Mahkamah Lama Kuching ) yang telah diubahsuai menjadi tempat makan yang sungguh menyelerakan.
Saya tak akan lupa bagaimana istimewa Laksa Serawak diMadam Lings Restaurant yang tidak jauh dari Grand Margareta Hotel dimana tempat kami tinggal menjadi tumpuan yang sungguh popular masyarakat Sarawak.
Walaupun penerbangan AK5225 ,20.5.2012 , telah lama membawa kami pulang keSemenanjung tapi saperti masih terasa kedinginan Semengguh dan Ritchie.Riuh rendah diPasar Minggu Sitok dan River Front , seperti semua itu telah berada disebelahan kediaman kami diTaman Sangsura Bukit Depu.