Penerbangan
AK5216 Air Asia yang membawa saya ke Kucing jam 5.15 petang 17.5.2012 telah
membuka banyak pengetahuan tentang Sarawak Bumi Kenyalang.
Saya
tidak berhasrat untuk bertemu dengan kesemua 27 kaum etnik Bumiputra Sarawak
yang hidup secara 1 Sarawak , tapi dengan mengetahui serta mengenali Kaum
Bidayuh , Kaum Iban ,Kaum Penan ,Orang Ulu , Orang Melanau ,Orang Melayu dan
Kaum China telah membuka gambaran betapa Sarawak telah lama bersatupadu dan
begitu kaya dengan pergabungan budaya .Dari hasil kerjatangan yang halus serta
menarik sehingga kepada makanan tradisi Sarawak yang unik lazat dan beranika
rupa telah berjaya menggabungkan keselamatan serta keselesaan pengunjung dari
pelusuk rantau untuk datang berkunjung.

Suatu
kekuatan yang luar biasa,tepat dan senyap dengan kayu sumpit yang dibuat amat
berhati hati dan halus memakan masa selama lebih enam bulan, menggunakan racun sumpitan
dari getah pokok upas. Sumpitan maut dari racun pokok upas ini tidak akan
memberi pemangsa sebarang tolak ansur walau sesaatpun untuk terus hidup.

Semengguh
Taman Hidupan Liar
Ditubuhkan
pada tahun 1975 bagi langkah menyelamat hidupan liar khususnya orangutan yang telah cedera akibat kemalangan
atau dibunuh ibunya .Satu tempat yang amat menarik dilawati kerana spisis
orangutan memiliki perangai yang amat istimewa .Orangutan betina akan menjaga
anaknya selama 7-8 tahun dengan penuh caring sebelum ianya mengawan
semula.Perawakan orangutan sungguh lembut tapi bengis jika tidak diberi
perihatin dengan baik dan hati hati.
Ingatan orangutan
cukup kuat , peratusan DNA
berbanding manusia ialah hampir 96.04%. Semasa
saya disini Pegawai Ranger En.Gud , memberitahu kawasan Semengguh ini diketuai
oleh satu orangutan jantan bernama Ritchie usia 32 tahun, berat badan 100kg ,tinggi
5.2", hidup dengan 23 orangutan betina yang lain.Ritchie begitu protektif dan
mengambil berat dengan kesemua anakbuahnya yang lain.
Kesemua orangutan disini adalah
kurang liar (semi wild) kerana pernah
mendapat rawatan serta didikan dari pegawai pegawai ranger yang berpengalaman.
Sesungguhnya
terlalu banyak tempat tempat menarik untuk diketahui seperti Museum Sarawak , Irrawaddy Dolphin Watching , Bako
national park - tempat monyet berwarna
orange berhidung panjang , Jong's Crocodile Farm Dan Zoo ,
Pasar Minggu Satok, Gunung
Gading National Park , Air Terjun diKubah National Park , Santubung Wildlife
Cruise dan banyak lagi yang dapat memberikan kita sekeluarga nikmat kebesaran
Allah yang tidak dapat kita terokai dan pelajari. Bak kata orang makin banyak
yang kita pelajari semakin banyak yang kita tidak ketahui.
Lawatan
keKucing tak mungkin lengkap jika tidak membawa pulang ikan terubok , kek lapis
Sarawak , udang galah dan kuih tabaloi. Pasar Minggu Sitok tempat yang paling
popular dapat kita membuat pilihan disamping berpeluang melihat berbagai bagai
hasil tani yang dibawa turun oleh berbagai kaum etnik dari berbagai tempat
dipendalaman Sarawak.
Mereka menjual hasil usaha mereka selama 2 hari bermula
dari petang Hari Sabtu hingga petang Ahad .Kebanyakan mereka akan bermalam
diPasar Sitok.

DiDataran
River Front yang sungguh menawan dimana kita boleh membeli berbagai hasiltangan
kaum etnik Sarawak.
Terdapat
juga tempat makan makanan laut yang popular yang digemari ramai diTop Shop
dengan masakan yang enak dan hargapun berpatutan.
Untuk
mereka yang lebih suka pada keadaan yang nyaman dan santai pergilah keMargenta
Restaurant ( Mahkamah Lama Kuching ) yang telah diubahsuai menjadi tempat
makan yang sungguh menyelerakan.
Saya tak
akan lupa bagaimana istimewa Laksa Serawak diMadam Lings Restaurant yang tidak
jauh dari Grand Margareta Hotel dimana tempat kami tinggal menjadi tumpuan yang
sungguh popular masyarakat Sarawak.
Walaupun
penerbangan AK5225 ,20.5.2012 , telah lama membawa kami pulang keSemenanjung
tapi saperti masih terasa kedinginan Semengguh dan Ritchie.Riuh rendah diPasar
Minggu Sitok dan River Front , seperti semua itu telah berada disebelahan
kediaman kami diTaman Sangsura Bukit Depu.
No comments:
Post a Comment