Tuesday, July 16, 2013

Lawatan Bulan Ramadhan

''Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat keluh kesah lagi kikir.''(QS.Al Maari 70 :11) Tapi Allah yang maha sempurna menjawab semua keluh kesah manusia. "Aku jadikan tidurmu untuk istirehat .." (QS.An Naba' 78:9)
 
Pok Itam Ming bersama salah seorang cucunya
Begitu juga tika manusia itu pula mengeluh..aku tak sanggup ya Allah.Allah menjawab , "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya." (QS Al Baqarah 2:286)

Keluarga yang miskin dan redho dengan punca kehidupan harian ini , ialah keluarga Pok Itam Ming (Mat Amin) yang tinggal diMukim Bukit Depu bersama isterinya Wok bt Abdullah.

Pada 12.7.2013 bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini satu ziarah dilakukan oleh Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan bersama Bendahari Tn.Hj.Alias terhadap keluarga ini bagi tujuan melawat isterinya yang sudah sebulan sakit akibat tekanan darah rendah dirumah nya.

Pn Wok isteri Pok Itam Ming
Dengan sedikit bantuan serta sumbangan , sedekah dan fisabilillah dari  hamba Allah yang ikhlas dan simpati , kami sempat berjumpa Puan Wok yang sudah berusia 72 tahun masih mampu tersenyum walaupun keadaannya masih lemah dan dalam menerima rawatan dari kelinik berdekatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini nampaknya segala urusan masakan dan persediaan juadah berbuka terpaksalah dibuat oleh anak perempuan sulong mereka .
Tn Hj Dol menyerahkan sumbangan kepada Pn Wok
 
Basikal Tua Pok Itam Ming untuk ke surau
Pok Itam Ming sudah lama tidak dapat bekerja kerana uzur tua , mencari rezeki dengan mengumpul dan  menjual buah malinja yang jatuh dari dua pokok diperkarangan rumah beliau. Berapa lah sangat hasil dari RM7.00  untuk 1000 biji buah malinja dalam sehari bagi menampung kos kehidupan.
 
Beginilah , apabila manusia mengalami kesedihan hati Allah berkata didalam Quran Surah At Taubah ayat 40 .." janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita..."

Semoga Allah melindungi kita semua dengan amal yang baik Insyaallah.

 

Tuesday, July 9, 2013

Pertandingan Bowling KRT Bukit Depu 2013


Pusat Bowling Terengganu Equstrian Resort (TER)
2.7.2013 – Satu program Pertandingan Bowling telah berjaya diadakan di Pusat Bowling Terengganu Equestrian Resort (TER). Ianya adalah anjuran Jiran Muda KRT Bukit Depu. Ianya adalah bagi memupuk semangat perpaduan dikalangan Jiran Warga Emas , Jiran Muda, Jiran Wanita dan Tunas Jiran.
Seramai 56 peserta dari segenap kategori telah beradu kemahiran di 8 lane secara berkumpulan – terdiri tujuh orang peserta bagi setiap kumpulan.
Kumpulan 7 yang diketuai oleh En Aziz Mohamad telah mendahului kumpulan lain dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan ini telah menarik minat Pegawai Perpaduan Daerah JPNIN K.Terengganu En.Kamarudin. Beliau turut mengambil bahagian bertanding , bersama sama dalam kumpulan7.
Tn Hj Khalid bersama PPD K.Terengganu
 
En Aziz sedang membuat pengiraan markah
Ramai tokoh tokoh dari Jiran Warga Emas , Jiran Wanita ,Tunas Jiran yang turun memberi saingan hebat kepada Jiran Muda. Setiap peserta merasa seronok walaupun pertandingan berakhir sehingga kelewat jam 12.15 pagi.
Perbincangan diantara peserta bowling
Ini satu gabungan yang baik dan sihat yang pernah wujud dalam satu perjumpaan dan jalinan persefahaman sebagai asas perpaduan . Ramai yang mencadangkan agar pertandingan seperti ini memang patut selalu diadakan.

Monday, July 1, 2013

Program Gotong Royong KRT Bukit Depu 2013

29.6.2013 - Telah berlangsung satu program dibawah usaha Jiran Wanita yang berjaya menggabungkan tarikan penyertaan anggota Tunas Jiran dalam menjayakan gotong royong selama separuh hari yang menyeronokkan.


Banyak kerja kerja berjaya dilaksanakan. KRT Bukit Depu dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Sangsura telah mengatur beberapa peringkat pembersihan dengan penuh berkesan.
 
 
Adik adik dari tunas jiran paling rajin membantu membuang sampah serta rating rating pokok yang telah dipotong ketempat yang disediakan. Penggunaan jentolak telah banyak membantu kerja kerja berat dengan cepat dan sempurna.

Walaupun semua peserta dalam keadaan penat , tapi berpuas hati dengan hasil yang telah dicapai.
Terima kasih kepada Pengerusi Persatuan Pendudk Taman Sangsura , semua AJK Tertinggi Jiran Wanita ,Adik Adik dari Tunas Jiran yang telah hadir menjayakan program gotong royong pada hari ini.