Tuesday, July 16, 2013

Lawatan Bulan Ramadhan

''Sesungguhnya manusia diciptakan dengan sifat keluh kesah lagi kikir.''(QS.Al Maari 70 :11) Tapi Allah yang maha sempurna menjawab semua keluh kesah manusia. "Aku jadikan tidurmu untuk istirehat .." (QS.An Naba' 78:9)
 
Pok Itam Ming bersama salah seorang cucunya
Begitu juga tika manusia itu pula mengeluh..aku tak sanggup ya Allah.Allah menjawab , "Aku tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya." (QS Al Baqarah 2:286)

Keluarga yang miskin dan redho dengan punca kehidupan harian ini , ialah keluarga Pok Itam Ming (Mat Amin) yang tinggal diMukim Bukit Depu bersama isterinya Wok bt Abdullah.

Pada 12.7.2013 bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini satu ziarah dilakukan oleh Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan bersama Bendahari Tn.Hj.Alias terhadap keluarga ini bagi tujuan melawat isterinya yang sudah sebulan sakit akibat tekanan darah rendah dirumah nya.

Pn Wok isteri Pok Itam Ming
Dengan sedikit bantuan serta sumbangan , sedekah dan fisabilillah dari  hamba Allah yang ikhlas dan simpati , kami sempat berjumpa Puan Wok yang sudah berusia 72 tahun masih mampu tersenyum walaupun keadaannya masih lemah dan dalam menerima rawatan dari kelinik berdekatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini nampaknya segala urusan masakan dan persediaan juadah berbuka terpaksalah dibuat oleh anak perempuan sulong mereka .
Tn Hj Dol menyerahkan sumbangan kepada Pn Wok
 
Basikal Tua Pok Itam Ming untuk ke surau
Pok Itam Ming sudah lama tidak dapat bekerja kerana uzur tua , mencari rezeki dengan mengumpul dan  menjual buah malinja yang jatuh dari dua pokok diperkarangan rumah beliau. Berapa lah sangat hasil dari RM7.00  untuk 1000 biji buah malinja dalam sehari bagi menampung kos kehidupan.
 
Beginilah , apabila manusia mengalami kesedihan hati Allah berkata didalam Quran Surah At Taubah ayat 40 .." janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita..."

Semoga Allah melindungi kita semua dengan amal yang baik Insyaallah.

 

No comments:

Post a Comment