Thursday, January 29, 2009
Berita dari Rakan KRT
KAMPUNG DARAT PAK CHAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Desa Permai semakin aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan, khususnya bagi komuniti setempat. :Terbaru, KRT itu melalui Jiran Muda mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur asyura bersama penduduk di kawasan berkenaan. :Setiausaha KRT Taman Perumahan Desa Permai, Zaidi Awang berkata, aktiviti berkenaan adalah rutin tahunan yang dianjurkan KRT bagi meraikan kemeriahan sambutan Maal Hijrah. :“Setiap kali Muharam, kita akan turut sama menjayakannya. Ia bagi memenuhi permintaan penduduk dan menjadi acara tradisi di kawasan ini sejak sekian lama. :“Aktiviti yang dianjurkan KRT sebenarnya banyak dan kita melihat keperluannya dari masa ke masa. Contohnya, anggota KRT di sini turut membantu membersihkan kawasan sekolah berhampiran, sebelum sesi persekolahan bermula,” katanya. :Menurut Zaidi, anggota KRT itu juga banyak membantu mangsa banjir besar yang melanda kawasan berkenaan pada penghujung tahun lalu. :Selain membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan, mereka juga bergotong-royong memasak, sebelum dihantar ke pusat pemindahan banjir bagi keperluan mangsa yang terlibat. :“Apa yang penting, aktiviti yang dianjurkan KRT ini tidak dihadkan kepada aktiviti tertentu sahaja kerana kita melihat keperluan penduduk dan sumbangan: yang memberi kesan kepada komuniti setempat. :“Dengan anggaran penduduk seramai 1,500 orang, pelbagaian aktiviti boleh dibuat. Kami juga menilai program yang memerlukan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dan berharap ia memberi impak kepada masyarakat setempat,” katanya ketika menjayakan majlis gotong-royong memasak bubur asyura di pekarangan Taman Perumahan Desa Permai, semalam.: :Pada majlis itu, sebanyak enam kawah bubur asyura berjaya dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk setempat. :Sebanyak RM1,500 diperuntukkan bagi majlis itu. Istimewanya, bubur asyura itu dibuat dengan tambahan ayam, daging dan ikan dan diagihkan kepada penduduk perumahan itu serta Perumahan Orang Kurang Upaya Taman Rahmat, Pulau Kerengga dan Asrama Perkaya.
KAMPUNG BARU - Masyarakat harus menjadikan anggota polis sebagai sahabat mereka demi memastikan maklumat disalurkan dan kadar kegiatan jenayah dapat dikurangkan di daerah ini setiap tahun. :Timbalan Ketua Polis Kemaman, Deputi Supritenden (DSP) Abdul Marlik Hakim Johar berkata, masyarakat yang mendampingi pihak polis bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah, malah mengeratkan hubungan antara kedua belah pihak. :“Sistem Rakan Cops banyak membantu pihak polis, masyarakat perlu menyertai Rakan Cops kerana ia memberi manfaat kepada kedua belah pihak,” katanya. :Abdul Marlik berkata demikian ketika memberi taklimat pada program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Baru, Kerteh yang dihadiri lebih 200 penduduk. :Katanya, anggotanya sering: dikerah dan ditugaskan pada setiap malam demi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan ke tahap maksimum. :“Hal ini bergantung kepada kepantasan maklumat yang diberi masyarakat, lebih cepat maklumat kegiatan jenayah disampaikan kepada pihak kami, lebih senang pihak kami bertindak memberkas penjenayah,” katanya. :Beliau berkata, keakraban yang dijalinkan antara masyarakat setempat dan anggota polis dari balai polis berhampiran membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan secara bersama. :“Kawalan malam yang dijalankan Rukun Tetangga boleh dilakukan bersama, apa yang penting masyarakat hidup dalam keadaan yang aman dan damai tanpa sebarang kekecohan,” katanya. :Pada program itu, sesi soal jawab yang diutarakan penduduk turut dijalankan bertujuan: mencari jalan penyelesaian terhadap pelbagai kes jenayah yang berlaku sekitar Kerteh. :Program Polis Bersama Masyarakat dijalankan Balai Polis Kerteh dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru, Kerteh. :Sementara itu, Abdul Marlik Hakim Johar turut menerima cenderamata daripada pihak penganjur sejurus selesai menyampaikan taklimat pada majlis berkenaan.
Petikan dari Sinarharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment