Pada tahun 1978 bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Bahagian Sivil dan Dagang serta Mahkamah Tinggi Jenayah.
Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan bersejarah yang terletak di Jalan Raja yang dahulunya dikenali sebagai Gombak Road. Sejarah penubuhannya bermula pada tahun 1893 apabila Kerajaan British di Selangor telah merancang usaha untuk mendirikan sebuah bangunan kerajaan sebagai pusat pentadbirannya.
Bangunan yang mempunyai ketinggian 57 kaki dengan keluasan 10,200 meter persegi ini telah siap dibina sepenuhnya pada 1897. Reka bentuk dan binaannya berbentuk “Soracenic’ berasaskan seni bina Moghul dan Moorish. Tingkap dan pintunya berbentuk melengkung seperti masjid-masjid di Cardova dan Mesir.
Berdasarkan sejarah dan keunikan tersendiri, bangunan ini telah diangkat sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 yang lalu.
Pemilihan bangunan ini sebagai pejabat rasmi KPKKW amat bertepatan sekali kerana Kementerian diberikan hak untuk mentadbir dan menjadi penjaga utama keseluruhan kompleks bersejarah termasuk bangunan bangunan ini sendiri, Muzium Sejarah dan Bangunan Persekutuan yang meliputi kawasan seluas kira-kira lima ekar (dua hektar) di tengah bandar raya.
Untuk fasa pertama, terdapat lapan (8) bahagian KPKKW yang akan berpindah ke bangunan ini iaitu Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri, Pejabat Ketua Setiausaha, Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha , Bahagian Pengurusan, Unit Perhubungan Awam, Unit Undang-Undang, Unit Audit Dalam dan Perpustakaan KPKKW.
wow,,kepada warga Krt bukit depu , ini satu anugerah kemudahan penyampai maklumat yang tidak ternilai harganya buat dinikmati dimana saja kita berada.Tahniah kepada sedara Alias Muda kerana dengan usahanya membuat suntingan,serta mengumpul bahan dan mengemasakini maklumat yang amat berguna ini.
ReplyDeleteKadang kadang saya ada bertanya siapakah diantara kita disini yang dapat menghargai aset yang saperti ini atau kita hanya akan menghargainya apabila dia kehilangan dari kita nanti.
Sabenarnya apa yang terkandung didalam ini mempunyai jiwanya ,jiwa yang menghubung diantara yang menulis dan menyampaikan dengan jiwa yang membaca supaya lahir satu pembangunan , satu perubahan , satu kemajuan..,
kita jangan jadikan bukit depu ini salah satu tempat didunia, dimana penghuninya sombong sesama sendiri,malas tolong menolong atas sebab ugama atau lainnya dan semua itu dilakukan dengan rasa selesa saperti meminati sebuah seni...!