Friday, April 17, 2009

Pertunangan Intan Jufflisa bt Alias

Pada tanggal 4hb April 2009 bersamaan 8 Rabiulakhir 1430 Hijrah berlangsunglah pertunangan Intan Jufflisa bt Alias di 4149, Taman Sangsura Bukit Depu. Intan Jufflisa atau nama singkatnya Lisa adalah anak gadis kepada saudara Alias Che Muda, salah seorang AJK KRT Bukit Depu buat masa ini.

Majlis telah bermula pada malam 2hb April dengan Bacaan Yaasin dan sembahyang hajat memohon selamat dari Allah SWT. Ia dihadiri oleh kebanyakan Ahli KRT Bukit Depu kerana acara bacaan Yaasin itu merupakan juga acara mingguan KRT yang memang dibuat pada setiap minggu tanpa gagal. Rombongan pihak lelaki telah sampai pada 12.00 tengah hari dimana ianya disambut oleh Tn Hj Khalid mewakili pihak perempuan. Pihak perempuan telah memohon jasa Tn Hj Harun sebagai jurucakap dan dibantu oleh Tn Hj Dol.

Selesai saja cincin disarung ke jarimanis perempuan oleh bonda pihak lelaki doa dibaca dan semua yang hadir telah disajikan makan tengah hari. Sama sama lah kita semua doakan semoga ianya berkekalan.

1 comment:

  1. whoa.. meriah sungguh majlis anak encik alias. tahniah! :)

    ReplyDelete