Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS HARI KELUARGA & ANUGERAH KELUARGA MITHALI - Peringkat DUN Batu Buruk 2009

Satu Program Hari Keluarga & Anugerah Keluarga Mithali telah diadakan diDewan Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu pada 3.7.2009. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Buruk dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu (YPKT)

Ia bertujuan bagi meraikan ketua ketua keluarga serta ibu ibu tunggal yang telah berjaya mengharungi hidup berumah tangga , memegang amanah menyara keluarga, mendidik serta membentuk satu keluarga bahagia yang berguna dan berjasa kepada masyarakat dan Negara.

Dalam ucapan perasmian, Ybhg. Dato’ Hj Che Mat b Jusuh - Pegawai Pembangunan Dun Batu Buruk, menyatakan penghargaan ini bukanlah dari sudut pemberian dan hadiah, kerana ianya taklah seberapa , tapi pada penghargaan itu sendiri yang memberi satu pengiktirafan yang cukup besar terhadap jasa jasa pengorbanan ketua ketua keluarga yang membawa ahli keluarga masing masing menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Negeri Terengganu(YPKT) Ybhg. Encik Mohd Shafaruddin Mustaffa dalam ucapanya pula menyebut tentang angka perceraian yang amat tinggi dinegeri Terengganu. Dan angka perceraian yang belaku dikalangan anak anak muda yang baru berkahwin selama 1 hingga 5 tahun amat tinggi. Sekarang ini seramai 21,000 orang memegang status ibu tunggal yang ada diNegeri Terengganu ini yang perlu diberi perhatian.

Beliau seterusnya menyatakan “ Dengan kemudahan yang ada pada hari ini diharapkan keluarga hari ini lebih berjaya dari keluarga yang lampau. Sesungguhnya sebagai ibubapa kita diberi amanah yang besar untuk mendidik anak anak kita. Ini bersesuaian dengan firman Allah SAW yang bermaksud, ‘Wahai orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka’ dan sesungguhnya tokoh tokoh yang berjaya ini sebenarnya telahpun melakukan sebahagian dari apa yang disarankan oleh Ayat tersebut.’’

Seramai 14 Ahli Keluarga Mitahali Peringkat DUN Batu Buruk telah terpilih sebagai pemenang. Ianya merangkumi tiga ketegori, iaitu:-

  • 11 Orang dalam ketegori keluarga mithali Cemerlang
  • 2 Orang dalam ketegori keluarga mithali Gemilang
  • 1 Orang dalam ketegori keluarga mithali Terbilang.

KRT Bukit Depu amat bertuah kerana Pengerusinya Tuan Hj Dol Razlan Yusof dan Keluarga telah terpilih menerima Anugerah Keluarga Mithali Gemilang pada malam tersebut. Seramai 80 orang anak mukim Bukit Depu telah datang memeriahkan malam bersejarah itu.

Semua AJK KRT Bukit Depu ingin mengucapkan tahniah kepada keluarga TN Hj Dol diatas kemenangan tersebut dan diharapkan kebahagian yang berterusan.

2 comments:

  1. Asmkom wmth..selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhamad swm serta keluarga dan para sahabatnya.

    Terimakasih kpd semua AJK Tertinggi dan seluruh anak mukim yg telah sudi hadir serta memberi tahniah kepada saya dan keluarga diatas penganugerhan ini...sebenarnya saya sendiri merasakan tidaklah semithali mana , ini jika dibandingkan dengan ketua ketua keluarga lain yang lebih bertungkus lumus menyara kehidupan keluarga , berusaha memberi pendidikan yang terbaik dan termampu demi kesejahteraan keluarga macam saya yang tidak terpilih kerana kesempatan atau suratan taqdir.Untuk itu
    Saya mengambil kesempatan disini untuk berkongsi anugerah ini bersama dengan ketua ketua keluarga yang lain..kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama kerana tuan tuan juga mempunyai tanggungjawab yang sama macam saya juga malah lebih berjaya dari saya..
    Ucapan rasa terima kasih ini juga saya sanpaikan kepada ahli penel serta Dato'Che Mat Jusuh serta Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu diatas usaha beliau mengadakan pengangerahan ini.

    Saya menerima anugerah ini dengan rasa syukor kehadrat Allah serta akur dengan kelemahan kelemahan yang masih banyak yang perlu saya atasi dan diperbaiki , serta sekaligus berdoa agar kita semua dirahmati diberkati diberi hidayah membina keluarga bahagia serta dikurniakan dengan anak anak yang solih.
    Terima kasih serta salam perpaduan untuk tuan tuan dan puan puan semua.

    ReplyDelete
  2. Tn Hj Dol
    Sebenarnya seperti yang dinyatakan sebelum ini dan ingin dinyatakan sekali lagi bahawa kami di Kg Bukit Depu am nya dan AJK KRT Bukit Depu khasnya memang merasa bangga di atas penganugerahan yang diberi itu. Sememangnya tuan layak. Panel pemilihan membuat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete