Tuesday, August 4, 2009

MALAM SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KRT BUKIT DEPU 2009

Sambutan Ambang Merdeka 2009 telah diadakan lebih awal disebabkan tarikh 31hb Ogos pada tahun ini jatuh dalam Bulan Ramadhan.
Pengisian sambutan bulan kemerdekaan pada kali ini amat berbeza dengan yang pernah diadakan sebelum ini, kerana ianya disaji dengan acara bacaan puisi dan pertandingan debat oleh mahasiswa mahasiswi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Seramai 120 orang mahasiswa dan mahasisiwi Universiti Darul Iman Malaysia termasuk peserta debat dan pensyarah yang dibawa 3 buah bas bersama sama dengan anak mukim Bukit Depu telah membanjiri ruang ‘Dataran Perpaduan KRT Bukit Depu’ yang telah ditransformasi’ seperti sebuah taman pada malam tersebut. Dif dif terhormat yang turut hadir malam tersebut ialah Ybhg Dato. Hj Che Mat Jusoh- Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Pengarah dan pegawai2 dari JPNIN Daerah K.Terengganu, Tn Pauzan Ahmad - Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu dan En Shahruddin Ismail -Penghulu Mukim Bukit Besar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj Harun dan diikuti ucapan alu aluan oleh Tn Hj Dol selaku Pengerusi KRT Bukit Depu.dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah JPNIN Negeri Terengganu En Mohd Khalil b Hj Ahmad. Dalam ucapanya Tn Hj Dol Razlan membuat penganalisaan makna kemerdekaan….. ‘sebagai satu tamadun yang sangat berharga kepada seseorang individu yang ingin berjaya agar dapat merobah hati kita dari “hati yang sakit kepada hati yang baik” .begitulah juga dalam kontek diantara iman dan kemerdekaan, kerana tanpa kemerdekaan..iman tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bebas, sempurna dan menyeluruh..sebab iulah Allah telah menyuruh Nabi Muhamad s.a.w. berhijrah dari Mekah ke Madinah..dan Islam merdeka sepenuhnya diMadinah..dan dari Madinahlah Islam mula berkembang kuat, hebat dan berkat dibawah kepimpinan Nabi Junjungan Muhamad s.a.w.’ En.Mohd Khalil bin Hj Ahmad Pengarah JPNIN Terengganu pada malam tersebut telah mengucapkan syabas tahniah kepada KRT Bukit Depu kerana telah berjaya mempelbagaikan acara kepada masyarakat mukim yang mana kesannya kepada penonton begitu berbeza sekali.Contohnya KRT Bukit Depu telah berjaya mengadakan acara berbalas pantun awal tahun ini masih segar dan menyentuh ingatan…Katanya ‘Walaupun acara acara yang dibuat itu biasa tetapi pihak KRT Bukit Depu telah berjaya ‘mentransformasi dengan banyak pembahruan’ Seterusnya majlis dihiasi dengan bacaan puisi oleh Adik Nur Bina Najati bt Mohd Nasir pelajar Tahun 3, anak kepada salah seorang AJK Krt Bukit Depu. Dan seterusnya diikuti oleh bacaan puisi yang disampaikan oleh Tn Hj Harun. Beliau juga merupakan AJK Krt Bukit Depu. Tn Hj Dol Razlan juga telah turut mengambil bahagian dalam acara deklamasi puisi ini. Acara perbahasan telah bermula selepas itu dan di Pengerusikan oleh Tn Hj Harun serta dihakimi oleh Tn Hj Abd Manan, Tn Hj Shamsuddin dan En Yusof Mohamad yang juga selaku ketua hakim. Tajuk Perbahasan pada malam tersebut ialah ‘Perpaduan Masyarakat Terletak di Tangan Pemimpin.’ Pendebat pendebat terdiri daripada mahasiswa mahasiswi Fakulti Undang Undang dan Hubungan Antarabangsa dan juga Fakulti Teknologi Makanan manakala seorang dari Fakulti Kotemporari Islam. Nama nama saperti : Syimir Bin Shamizan, Nadiah Ramlan, Muhamad Izuddin Mohd Rosli, Ahmad Burhan Sidqi Abdul Rahim, Muhamad Adib Aiman Badrul Sahar, Nur Atiqah Daud dan En Norshazila bt Shahidan sebagai Pengurus Pasukan Debat,….ada lah nama nama yang takkan mungkin dilupakan oleh masyarakat Mukim Bukit Depu buat selama lamanya. Hadiah hadiah dan cenderahati kepada yang mengambil bahagian telah disempurnakan oleh Ybgh, Dato Hj Che Mat Jusoh. KRT Bukit Depu mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Dekan Fakulti Teknologi Fakulti Makanan, Ybhg Prof Dr Che Abdullah bin Abu Bakar yang telah memberi nasihat, pandangan serta kerjasama terhadap pembangunan insan dan perpaduan dikalangan masyarakat Mukim Bukit Depu. Terima kasih ditujukan kepada Pejabat Penyelaras DUN Batu Buruk kerana atas bantuan teknikal. Akhir nya hasil usaha yang telah diberikan oleh mahasiswa dan mahasiswi menerusi perbahasan pada malam tersebut telah memberi kesan yang sungguh mendalam kepada masyarakat Mukim Bukit Depu dalam kontek kepimpinan dan pengisian perpaduan pada sebuah Negara Malaysia yang merdeka.
Klik disini untuk melihat gambar program tersebut

No comments:

Post a Comment