Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Kini Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya dan Alhamdulillah, bersyukur kita kerana dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk menempuhi bulan yang penuh keberkatan ini. Sempena Syawal yang bakal menjelang, Pengerusi dan semua AJK KRT Bukit Depu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga negara yang beragama Islam amnya dan kepada pengunjung blog ini khasnya. Terima kasih diatas sokongan anda. Kini jumlah pengunjung telah meningkat. Marilah kita mengambil peluang ini untuk saling memohon dan memberi kemaafan antara satu sama lain dan bersama sama menerapkan semangat perpaduan diantara kita. Kepada yang akan memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hati lah dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.
KRT BUKIT DEPU 2009

2 comments:

  1. Assalamualaikum wr wbt,

    Kami juga ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin buat semua warga Bukit Depu...

    Moga Allah menerima semua amalan kita di bulan Ramadan ini..

    Salam perantauan,
    Fadzlin dan Yusof

    ReplyDelete
  2. Salam dan selamat hari raya maaf zahir batin dari kami taman sangsura buat fadzlin dan keluarga..didoakan semoga sehat sejahtera dan selamat maju jaya..dolrazlan serta dn keluarga serta ajk tertinggi krt bukit depu...terima kasih kerana melayari krt websit..selalulah antar berita kepada kami...

    ReplyDelete