Thursday, November 5, 2009

MUSIM HAJI - DAH TIBA LAGI

Saudara Mansor Chik

Tn Hj Ab Manan bersama Ybhg Dato Alwi

Labaikallah Hummalabaik Labaikala Shari kalakalabaik Inna hamda Wanni’mata lakawal mulkala sharikalak Aku menyahut panggilanMu ya Allah..ya aku menyahut panggilanMu Tiada sekutu bagiMu , Aku menyahut panggilanMu , sesungguhnya sekelian pujian dan segala nikmat adalah semata mata milikMu , Apakah darjat kerinduan yang paling tinggi pada saorang insan Apakah kecintaan yang paling agung pada saorang insani..? Kalau tidak menyahut panggilanMu ya Allah..
Musim Haji telah bermula…Kota Mekah Al Mukarramah Kaabah dan kiblat kita Orang Islam serta Kota Madinah tempat junjungan Nabi Muhamad s.a.w. adalah tempat tumpuan 3 juta lebih umat Islam berukmpul dalam satu masa ,melakukan perkara yang sama , dengan niat yang sama ,di tempat yang sama serta pada waktu yang sama...tidak ada agama dibumi Allah ini yang lain memilki upacara agama sebesar serta sehebat ini yang dihadiri olih seluruh umat maanusia yang Islam dari berbagai bagai kaum,bangsa,bahasa negara , tapi bercakap bahasa Al Quran dalam menjalani Fardhu Haji serta dalam ibadat ibadat yang lain.

Amin amin ya rabul alamin.......

Tahun ini Hari Raya Haji jatuh pada Hari Jumaat..kelebihan Haji Akbar..menambahkan lagi jumlah pengunjung yang dijangka melebihi 3 juta jemaah haji berada disana. Alhmadulilah pada tahun ini juga dua orang AJK Tertinggi KRT Bukit Depu bersama isteri masing masing akan berangkat ke Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Beliau ialah Tn Hj Ab. Manan Hasan ,Timbalan Pengerusi KRT dan isteri dan Encik Mansur bin Chik, AJK KRT dan pasangannya. En Mansor Chik akan berangkat pada 6.11.2009 manakala Tn Hj Ab Manan akan berlepas pada 13.11.09. Bagi tujuan itu, pada Jumaat bertarikh 30hb Oktober diadakan satu majlis solat hajat dan tahlil dirumah saudara Mansur Chik. Ramai sahabat handal dan saudara mara datang mengucap selamat kepada beliau. Ini termasuk juga AJK KRT Bukit Depu diketuai oleh Pengerusi Tn Hj Dol Razlan.

Manakala Tn Hj Manan pula adakan majlis solat hajat dan tahlil pada malam Jumaat 5.11.09

Seluruh warga KRT Bukit Depu mengucapkan selamat berangkat dan selamat pulang, mudah mudahan mereka mendapat Haji Mabrur.

Berdoa untuk kesejahteraan

Begitulah kemuncak perjalanan dalam kehidupan , yang selama ini menyimpan 'silent mood' yang merindukan , mengambil pelajaran dari kehidupan sebagai bekalan dan yang selebihnya semata mata mengharap Redho Allah….Labaikallah Hummalabaik..!

Selamat Jalan.

No comments:

Post a Comment