Friday, November 20, 2009

Anugerah Sempena Program Setulus Kasih Seiring Budi

Satu program Setulus Kasih Seiring Budi anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) peringkat negeri Terengganu akan diadakan pada 5hb Disember 2009. KRT Bukit Depu telah dicalonkan dalam dua kategori ; iatu Kategori KRT Terbaik/Cemerlang dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Terbaik/ Cemerlang. Bagi tujuan itu satu sesi taklimat telah diadakan oleh JPNIN pada 4hb Ogos 2009 yang lalu.

Pengerusi KRT Bukit Depu menyerahkan Dokumen kepada Pn Hjh Norma

Sehubungan dengan itu kami telah menghantar buku pencalonan bagi kedua dua kategori tersebut pada 1hb November 2009 kepada pihak JPNIN. Lanjutan daripada itu satu Lawatan Penal Penilai Malam Setulus Kasih Seiring Budi telah dibuat terhadap KRT Bukit Depu pada 17.11.2009. Satu majlis sambutan telah disusun bagi menyambut ketibaan delegasi tersebut yang terdiri daripada pegawai pegawai JPNIN dari bahagian kewangan dan pentadbiran.
Menyambut ketibaan Panel Penilai
Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi KRT Bukit Depu disusuli dengan ucapan Encik Mohd Khalil Hj Ahmad; Pengarah JPNIN Terengganu selaku Ketua Panel Penilai dan seterusnya acara taklimat oleh Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan. Sessi soal jawab berlaku sejurus itu dan diikuti demgan majlis penyampaian cenderahati , jamuan ringan dan bersurai. " Kami hanya menjalankan kerja kerja perpaduan serta integrasi nasional dengan memuliakan amalan sosial yang sihat bukan mencari kemenangan dan penganugerahan." Begitulah sedikit sedutan dari ucapan Pengerusi KRT Bukit Depu semasa membuat ucapan dalam kata kata aluan kepada Ketua Rombongan Ahli Panel Malam Setulus Kasih Seiring Budi, Encik Mohd Khalil Bin Hj.Ahmad pada pagi tersebut.

Tn Hj Dol membuat ucapan alu aluan

Suasana majlis berlangsung dengan penuh mesra , tidak terasa tegang walaupun kami tahu kami akan dinilai ,akan disoal serta akan diperiksa semua fail fail pentadbiran , stok eventori ,perbelanjaan serta kewangan.

Sesi soal jawab

Pada kami ini adalah pelajaran , pengalaman baru dan bimbingan kepada kamampuan serta kemajuan KRT Bukit Depu ini sendiri. Seramai 30 orang dari AJK Tertinggi, Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Muda, Anggota SRS , dan Tunas Jiran telah menunggu ketibaan Ketua Rombongan Panel Penilai sejak dari jam 10.15 pagi.iaitu 15 minit lebih awal dari waktu ketibaan 10.30 pagi. Dalam ucapanya, En.Mohd Khalil Hj.Ahmad telah memberi semangat serta berharap agar KRT Bukit Depu yang tidak memiliki apa apa kemudahan tempat menjayakan aktiviti, tapi masih mempunyai kemampuan membuat banyak pembaharuan dalam aktiviti aktiviti kepada masyarakat setempat. Ini satu perkara yang sungguh membanggakan beliau.

Pada pagi yang bersejarah ini juga kami buat pertama kalinya merasa bersyukur kerana telah berjaya dapat mengadakan majlis tersebut diPos Kawalan yang baru diubah suai.

Penyampaian cenderahati

Menjamu selera

Semua warga KRT Bukit Depu merasa amat berbesar hati serta mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Pengarah JPNIN N.Terengganu En Mohd Khalil Hj.Ahmad dan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hjh Norma kerana memberi peluang kepada KRT Bukit Depu dalam menimba pengalaman bersama KRT KRT terbaik diMalam Setulus Kasih Seiring Budi pada 5hb Disember 2009 nanti.

No comments:

Post a Comment