Sebenarnya persetujuan untuk memperbesarkan Pos kawalan yang berukuran 10’ x 10’ ini sudah lama dibuat. Tetapi setelah segala usaha yang ‘rasmi’ menemui jalan buntu maka kami bertekad untuk meneruskan juga dengan cara bergotong royong secara yang mampu. Gambar yang disiarkan bersama ini cukup bagi mengiakan keadaan sebenarnya. Adegan adegan yang diPAMIRKANkan adalah tulin, suci dan murni.
Kerja kerja mengali, mengukur dan menanam tiang bermula pada 14.8.09
Alhamdulillah hasil dari semuanya ini kami telah banyak mempelajari tentang kerjasama, kesungguhan, minat, kemampuan, pengorbanan, kedermawan, keikhlasan dikalangan para AJK serta penduduk mukim dari segi sumbangan kewangan, tenaga, kepakaran dan sokongan moral.
Kerja kerja dilakukan disebelah malam
Tiga tahun yang lalu tidak kami fikir akan memiliki pos kawalan seindah ini , kami kata indah kerana ianya adalah hasil usaha kami ,tidaklah secantik, seteguh, seindah bangunan yang dibena oleh kontraktor dari projek projek yang kebiasaanya ditender sebelum dibangunkan,tapi itulah pada kami satu kebangaan.
Kecekalan dan kemahiran seorang sukarelawan
Memang kredit yang istimewa patut diberikan kepada penggerak utama Tn Hj Khalid Yaacob, kerana tanpa kesungguhan dan kecekalan beliau mungkin pembesaran Pos ini masih dalam alam cita-cita. En Mansur Embung, En.Nordin, En Abu Bakar, Cikgu Nasir dan yang lain lain. Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol sendiri turut sama membantu mempamirkan kecekapan beliau mengecat keseluruhan bahagian pos tersebut luar dan dalam. A 'Leadership by example.' Mereka ini walaupun sibuk disiang hari kerana tugas rasmi tetapi masih ada masa dan waktu untuk sama sama membantu bagi menyiapkan kerja kerja pembesaran pos kawalan ini diwaktu malam pula dalam memberi sumbangan sehingga terbinanya pos kawalan kita yang baru ini. Adakala hari minggu dikorbankan untuk kerja kerja sukarela ini.
Bukankah ini satu gabungan , satu kemenangan dari kesabaran yang telah kita dapat hasilkan dari elemen perpaduan?
Hasil nya setelah siap
Berukuran 240 kaki persegi bukanlah terlalu besar, tapi mencukupi untuk pengisian peralatan kawalan,minuman, tv, meja mesyuarat, sofa, kerusi untuk penggunaan kawalan serta mesyuarat dalam satu masa. Alhamdulillah ia boleh memuat seramai 25 orang dalam bentuk teater style, dilengkapi dengan hawa dingin 1.5 hp.
Dilengkapi dengan overhead lighting
Kabinet kaca untuk souvenir
Pendingin hawa 1.5hp
Sebahagian siapan disebelah dalam
Kita sengaja tidak mahu mengumumkan bentuk sumbangan dari siapa dan apa serta berapa kerana kita percaya sesuatu yang ikhlas bukan untuk dinilai oleh mahkluk tapi sebagai bekalan akhirat yang akan kita bawa bila kita kesana nanti.Yang penting amanah yang diberi , kita sempurnakan dengan baik serta betul tanpa kepentingan peribadi dan pembaziran.
Apa yang kita nampak semakin matang beberapa individu dari kalangan AJK Tertinggi KRT Bukit Depu mentadbir masa , keperluan dalam mempertingkatkan keselesaan menguruskan perjalanan konsep perpaduan yang akan menempuh banyak lagi liku liku permasalahan semasa , baik dikalangan ahli atau masyarakat mukim. Sekarang seolah olah sebahgian dari itu sudah selesai kerana kita telah ada tempat serta ruang yang selesa untuk berbincang serta menyelesaikan masaalah.
Inilah kebanggaan hasil dari rasa ikhlas dikalangan sebahagian individu yang telah mengorbankan masa , tenaga wang ringgit , serta bersemangat tinggi , sehingga pembesaran pos kawalan ini terhasil , semata mata kerana meletakan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan sendiri , semoga pengajaran ini dapat dipelajari ,diperfahami oleh AJK AJK lain dalam kesenambungan kemajuan perpaduan masyarakat mukim amnya.
Pos kawalan KRT Bukit Depu, ianya bukan satu kesombongan tapi satu kerendahan hati ianya satu ‘facelift’ yang sempurna.
Satu Gabungan Ikhlas , Satu Pakatan , Satu Hasil , Satu Kepuasan....!
Sebagai under shadow KRT , usaha ini adalah suatu yang luar biasa yang bolih diberi dari segelintir individu yang merasakan dirinya begitu komited serta inginkan perubahan dan pembahuruan.
ReplyDeleteKRT Bukit Depu masih dalam mengintai ngintai , memanggil manggil akan pengelibatan ahli ahlinya yang lebih besar , lebih ramai , lebih memahami , lebih sukarela ,lebih bersemangat ,lebih ikhlas ,dan lebih open minded datang menghulurkan khidmat sukerela dalam apa jua bentuk kearah hasil kemajuan saperti yang telah dapat dicapai saperti ini.
Seramai 25 orang ahli AJK Tertinggi yang ada tidak termasuk ahli ahli dari jiran jiran induk , tapi jika digabungkan setiap usaha dan team work yang ada , bukankah ini satu keajaiban baru pada KRT Bukit Depu.? kerana hasil yang dapat dicapai tentulah dapat dilihat berlipat ganda keindahannya..betulkan?..tapi ia tidak terjadi sedemikian...bolih kah saya bertanya kenapa..?
Menghulurkan kontribusi bukan permintaan Setiausaha atau Pengurusi , tapi sebaiknya lahir dari dalam diri yang memahami ,mengerti dan berilmu , tidak kira dia seorang penjual sayur , seorang kerani , seorang guru atau seorang pengarah,,.ini mutual understanding namanya.
Saya bersyukur kehadrat Allah kerana dengan izinNya telah tersalur kekuatan dan kesempurnaan yang dihidayahkan kepada individu individu tertentu sahingga pos kawalan ini begitu selesa dan ceria mengalami perubahan dan pembaharuan.
Pada saya adalah sungguh memalukan kerana keterbatasan waktu yang saya ada , tidak dapat saya berikan 100% penumpuan semasa pembangunan pos ini dan saya tidak akan marah atau mengata kepada mereka yang tidak terpanggil langsung hidayahnya untuk menolong dalam masa pembangunan , semangat perpaduan dan kebaikan ini...
Saya malu terhadap semangat yang ada saperti Setiausaha Tn.Hj.Khalid dan beberapa yang lain kerana didalam saiz badan yang kecik terdapat individu yang besar dan agung yang tidak akan saya mampu menandinginya..saya bukan malas kerana saya tahu malas juga satu dosa ,kerana ia menyekat maanusia dalam kewajiban mengenal diri dan megenal Allah , hidup sambil lewa dan malas berfikir serta malas berusaha....its the past thats makes you who you are..
Kepada penggerak utama KRT Bukit Depu , you are conytributing the massage of hope , and you got your words to the world...!!!!
salam dari
Swiss Garden Resort & Spa
Kuantan
Pahang.