Wednesday, March 3, 2010

Malam Sambutan Maulidul Rasul KRT Bukit Depu 2010

Tanggal 26.2.10 bertempat di Perkarangan Pos Kawalan Taman Sangsura Bukit Depu, telah diadakan satu program ‘ Malam Sambutan Maulidul Rasul 2010’ yang dianjurkan oleh KRT Bukit Depu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura (PKPTS).

(L - R)Pn Hjh Norma, En Husin Sidek, Tn Hj Dol,Tn Hj Ab Manan, En Fauzan, En Mohamad Ismail, Wakil UDM

Sambutan pada kali ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Encik Husin bin Sidek, Timbalan Pegarah JPNIN Negeri Terengganu yang baru , Puan Hjh Norma bt Mohd Noor - Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu.

Tn Hj Dol membuat ucapan alu aluan

Dalam ucapannya, Pengerusi KRT Bukit Depu , Tuan Hj Dol Razlan Yusof , mengulangi pesan Rasulullah : Asas kekuatan Umat Islam membangun tamaddun yang bertunjangkan Aqidah , Kasih sayang dan sikap saling hormat menghormati sesama manusia , ialah rahsia besar kejayaan perjuangan dalam Islam itu sendiri. Beliau menambah , bagi merealisasikan kebenaran ini , Rasulullah juga memberi nasihat agar umatnya belajar seumur hidup "dari buaian sampai keliang lahad.”..dan ilmu agamalah yang lebih wajib dan afdal untuk dipelajari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Husin Sidek, Pen Pengarah JPNIN Negeri Terengganu. Dalam ucapan beliau yang santai dan bersahaja En Husin berkata .

En Husin Sidek membuat ucapan perasmian
“Negeri Terengganu ini kaya dengan kelazatan..ada nasi dagang , ada keropok lekor …saya baru saja bertugas di sini tak sampai 2 bulan , tapi badan dah naik 4 kilogram demikian juga dalam aktiviti aktivi lain yang terdapat disini masih banyak ruang yang boleh ditambah kelazatan , dimajukan dengan baik.” Beliau selanjutnya mengucapkan syabas kepada KRT Bukit Depu kerana satu satunya KRT yang telah dipilih mewakili Negeri Terengganu kepertandingan Anugerah Pengurusan Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2010 yang akan diKuala Lumpur pada bulan Jun nanti.

Ustaz Hj Mokhtar Salleh membuat ceramah

Diantara aturcara yang menarik dan memberi kesan yang sungguh dalam kepada hadirin ialah bagaimana Ustaz Hj Moktar Salleh membaca serta menghuraikan ayat 1-21 Surah Yusof mengenai kemusnahan, hasrat dengki , peranan syaitan serta bagaimana mengwujudkan rasa kasih sayang dikalangan keluarga, jiran dan masyarakat dalam membentuk semangat perpaduan dalam kontek yang lebih besar. Dengan bantuan Cik Norshazila Shahidan yang menyampaikan mesej dan penjelasan melalui power point , kefahaman mengenai topic ini menjadi lebih mudah dan kesan yang diterima sungguh baik sekali,

Selawat serta marhaban yang dibawa oleh Pelajar Pelajar Pondok Darussalam dan Ahli Nasyid dari UDM Terengganu menjadikan majlis sungguh istimewa. Kehadiran seramai 40 Ahli Kelab Sektariat Rukun Negara UDM dengan persembahan lagu lagu Nasyid dan pembacaan puisi memeriahkan lagi acara pada malam itu.

KRT Bukit Depu telah memberi penganugerahan “Tokoh Perpaduan dan Integrasi” kepada Cik Siti Adawiyah bt Mohd Fadzir diatas sumbangan serta jasa jasa beliau yang telah memainkan peranan sehingga hubungan dua hala diantara mahasiswa / siswi UDM dengan KRT Bukit Depu selama beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden pada tahun 2008 – 2009 menjadi akrab dan hubungan itu masih kekal sehingga sekarang.

Majlis juga telah memberi sijil penghargaan kepada Mudir Pondok Darussalam Ustaz Khalid Bin Abdul Rahman, diatas kerjasama beliau dan pelajar pelajar pondok Darussalam dalam penyertaan program KRT, kepada ahli kumpulan nasyid dan pembaca puisi UDM dan juga kepada peserta peserta yang menyertai perarakan pada sebelah pagi.

No comments:

Post a Comment