Saturday, March 6, 2010

Tokoh Perpaduan Dan Integrasi KRT Bukit Depu 2010

Biar pun zahir berjauhan, biar pun batin bersepadan tapi semangat perpaduan yang tebal dalam diri Siti Adawiyah bt Mohd Fadhir yang berasal dari Pekan Pahang ini telah berjaya menambat hati penduduk Mukim Bukit Depu ,Kuala Terengganu , Diatas jasa jasa beliau selama beliau memegang jawatan Naib Presiden Seketeriat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu sejak 2008 – 2009. Sepanjang usia itu , peranan beliau dalam menjalin semangat perpaduan dan integrasi khasnya dengan anak mukim tidak dapat disangkal lagi.
Dalam banyak program yang KRT anjurkan, Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu senantiasa memberi kerjasama yang penuh. Malah pernah pada satu ketika dimana keadaan wabak H1N1 berada ditahap kritikal pada tahun 2008 , Siti Adawiyah dan sejumlah 30 orang ahli dibawahnya mengambil risiko untuk hadir dalam satu majlis berbuka puasa. Dengan daya usaha sendiri,walaupun pihak Universiti tidak meluluskan penyertaan tersebut dan kemudahan pengangkutan tidak disediakan.
Inilah keberanian,ketabahan dan kesungguhan serta risiko yang diambil oleh Siti Adawiyah selama beliau menyandang tugas sebagai Naib Presiden Sekritariat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu.
Anak sulong dari 7 orang adik beradik ini menyimpan cita cita yang tinggi dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia dan berharap dapat memegang jawatan sebagai Human Resource Manager selepas menamatkan ijazah dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia nanti.
Dengan prinsip hidup ‘biar kalah asal menang’ yang diamalkan, beliau telah dapat mengatasi banyak permasaalahan. Dengan mengamalkan sifat cepat mesra dengan masyarakat sekeliling dan bekerja kuat dalam mencapai sesuatu matlamat beliau percaya sesuatu kerja besar dapat dibuat dengan lebih mudah.
Siti Adawiyah menunjukkan tentang kekesalan beliau bagaimana perpaduan hari ini dijadikan “seperti bola yang ditendang kesana kemari , dibuat mainan dan dijadikan api perkauman oleh golongan golongan yang tidak bertanggungjawab..” pada Siti, perpaduan dan integrasi kaum adalah asset paling penting dalam pembangunan negara. Pada Malam Sambutan Maulidurrasul KRT Bukit Depu pada 26.2.2010 yang lalu dan selaras dengan piagam serta objektif negara mengenai perpaduan, KRT Bukit Depu yang mendokong cita cita yang sama dibawah pengawasan JPNIN N Terengganu, dengan penuh rasa hormat dan bangga memberi penganugerahan ‘Tokoh Perpaduan Dan Integrasi KRT Bukit Depu 2010’ kepada Cik Siti Adawiyah Bt Mohd Fadzir, Naib Presiden Sekritariat Kelab Rukun Negara UDM Malaysia Terengganu .

Siti Adawiyah menerima anugerah dari En Husin Sidek - Pen Pengarah JPNIN Terengganu

Beliau telah menerima Sijil Penghargaan dan Cenderahati yang disampaikan oleh En Husin Bin Sidek , Timbalan Pengarah JPNIN N Terengganu. Seluruh anak mulim KRT Bukit Depu merasa bertuah dapat mengenali sebutir permata yang bersinar dalam memperjuangkan misi perpaduan dan integrasi negara.
Setinggi tinggi tahniah dan selamat maju jaya dari kami .

No comments:

Post a Comment