Sunday, November 21, 2010

Pertukaran Tuan Fauzan b Ahmad ke PutraJaya

Apabila berlakunya perpisahan dengan orang yang kita sayangi, apabila mereka terpaksa meninggalkan kita dan tatkala dimana hasrat serta harapan takdapat berbuat apa apa lagi - maka kesedihan akan mengambil tempat dihati. Itu lah gambaran perasaan yang dirasai oleh sebilangan warga KRT Bukit Depu.
Tanggal Jumaat 19.11.2010 penuh dengan kesedihan dan kepiluan apabila Tuan Pauzan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Bomba negeri Terengganu telah ditukarkan ke Putrajaya sebagai Ketua Operasi Bomba disana. Beliau dan keluarga dengan rasminya meninggalkan KRT Bukit Depu dengan penuh kenangan manis setelah hampir dua tahun bersama sama dengan kami. Tidak banyak yang dapat kami berikan sebagai balasan budi kepada beliau dan keluarga selama kita bersama berkongsian pengalaman dan ilmu. Tuntutan tugas dan tanggungjawab lebih memerlukan beliau kesana.

Sebahagian dari warga KRT telah berkerjasama memberi pertolongan diasaat saat akhir mengangkat barang barang dan perkakas rumah keatas lori. Sebenarnya kami tidak mengharapkan apa apa balasan atau imbuhan diatas pertolongan tersebut kerana pada kami ini merupakan khidmat kepada jiran tetangga yang penuh berbudi. Namun disebalik semua niat itu, beliau tetap juga ingin menyumbang diatas segala khidmat yang sukarela diberi. Walaupun sungguh berat rasanya buat kami menerima , tapi Tuan Pauzan mintak juga saya menerimanya , “ ini bukan untuk sapa tapi untuk KRT Bukit Depu." sewaktu beliau menyerah sumbangan kedalam tangan saya.

Begitulah penghargaan beliau kepada KRT dan kepada kita semua sebagai sahabat , jiran dan anggota masyarakat yang cukup istimewa yang ditunjukkan kepada kita .
Sukar kami akan menemui lagi seorang makhluk Allah yang baik , berilmu ,mengamalkan sifat sifat keimanan seorang Muslim yang tinggi tapi rendah diri.

Selamat jalan Tuan dan keluarga , semoga Allah sentiasa merahmati dan memenuhi permintaan Tuan dunia dan akhirat. Pada kami walaupun perpisahan ini satu kehilangan tapi juga sejarah yang akan kami kenang sebagai ‘hembusan amal’ dimana pernah terjalinnya silaturahim persahabatan dan perpaduan diantara kita. Dapatkah pengertian itu disamaertikan sebagai kebenaran kepercayaan ? Kenapa ianya harus terasa demikian?
Apakah Perpisahan Itu Satu Kehilangan.

No comments:

Post a Comment