Saturday, December 31, 2011

Forum 'Lets Talk About Health And Drugs'


Forum 'Lets Talk About Health And Drugs' yang diadakan pada 27.10.2011 yang lalu merupakan program bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu dan KRT Bukit Depu bagi membantu masyarakat memperdekatkan masaalah sosial dengan pihak bertanggungjawab dalam menanggani cara cara yang berkesan bagi mencegah , mengatasi serta mengubati khususnya pada penagih yang terdapat didalam ahli keluarga.
Forum yang julung julung kali diadakan diKRT Bukit Depu ini merupakan satu penghormatan yang diberi oleh AADK Daerah Kuala Terengganu , kerana sebelum ini tidak pernah acara yang serupa dibuat dengan mana mana KRT di negeri ini. Terima kasih kami ucapkan kepada Ketua AADK Daerah Kuala Terengganu diatas kepercayaan yang diberikan. 
Ianya satu pendedahan yang terbuka yang telah berjaya disampaikan oleh 3 orang ahli panel yang banyak pengalaman dalam bidang tersebut . 

Objektif Forum:-
1.Peserta memperolehi pengetahuan tentang bahaya dan kesan kesan penyalahgunaan dadah keatas kesihatan.
2.Peserta mendapat maklumat dan disebarkan kepada rakan rakan serta jiran jiran.
3.Peserta dapat bertukar tukar pengalaman dan idea mengenai cara cara pengurusan dan pendidikan anak anak supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.


Pengerusi Forum En Maswadi bin Idrus.

Ahli Panel 1. Puan Julia bt Jusuh
Wakil Ketua Pegawai Pejabat AADK Daerah K.Terengganu

Ahli Panel 2. En.Amran bin Imail
Pengurus Komuniti Cakna N.Terengganu

Ahli Panel 3. En.Khairul Muhaimin bin Othman
Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Seberang Takir

Walaupun forum diadakan ketika perlawanan  akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada keesokanya (28.10.2011) yang melibatkan sebahagian besar ahli SRS KRT Bukit Depu yang turun ke Shah Alam untuk memberi sokongan , tapi alhamdulillah Jiran Wanita telah mengganti tempat  meraikan forum menjadikan keadaan penuh bermakna dalam memberi pengetahuan serta pengalaman yang sangat berguna. Ia nya satu sambutan yang sungguh membanggakan.
Diantara tetamu yang hadir ialah En.Yusof bin Ismail dari Pejabat DUN Batu Buruk, Penghulu Mukim Bukit Besar, En Sharuddin Ismail, Pengerusi JKKK Bukit Depu En.Mohd bin Ismail dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura, Tn Hj Ab Manan Hasan.


Jamuan makan malam disediakan oleh pihak AADK Daerah Kuala Terengganu .
Pihak KRT Bukit Depu telah menyediakan cenderahati kepada Ahli Ahli Panel.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada En.Nordin Ibrahim kerana telah sudi menjadikan perkarangan rumah beliau sebagai tempat acara dan kepada Jiran Wanita dan AJK KRT yang telah menyumbang tenaga serta sokongan sehingga forum ini berjaya dilaksanakan.
Terima kasih yang tak terhingga juga disampaikan kepada Ybhg Dato' Hj.Che' Mat bin Jusuh dan pegawai pegawai DUN Batu Buruk kerana memberi kemudahan sistem siaranraya .
KRT Bukit Depu memohon seribu kemaafan diatas segala kekurangan dan kelemahan disepanjang program diadakan

No comments:

Post a Comment