Setiap pasangan yang merancang hari bahagia pada tahun ini pasti memilih tarikh 11.11.2011 sebagai tarikh perkahwinan mereka .Bukan sahaja kerana keseimbangan no 1 yang terdapat didalamnya tapi kecantikan kedudukan no serta tarikh yang senang diingat , apatah lagi jika ianya diisi dengan sesuatu yang penuh bermakna sebagai peristiwa dan sejarah dalam kehidupan.
Islam tidak membenarkan kita mempercayai kelebihan dalam angka jadi tidak ada keistimewaannya 11.11.2011 melainkan perkara perkara yang disebut diatas tadi.
Dalam kontek keistmewaan yang sama KRT Bukit Depu menafaati tarikh tersebut sebagai tarikh rasmi bermulanya satu aktiviti baru dengan membuka Kelas AlQuran bagi Tunas Jiran.
Ini satu pendekatan yang dimainkan oleh KRT secara langsung dalam menyampaikan ilmu Al Quran kepada anak mukim agar dapat dimenefaati sebagai amalan awal dalam membaca AlQuran.
Pengerusi KRT Bukit Depu akan cuba mendapat nasihat dari Jabatan Agama Negeri , Yayasan Islam Negeri dan Pondok Darussalam bagi mencapai matlamat tersebut.
Kelas ini diadakan secara percuma sebanyak 3 kali seminggu mengikut kesesuaian masa. Semoga Allah memberikan KRT Bukit Depu serta anak mukim akan keberkatan dan kebaikan , agar Kelas Al Quran ini berjaya dalam membimbing Tunas Jiran tentang pengetahuan asas ilmu bacaan Al Quran. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment