Friday, December 30, 2011

Program Komuniti Perihatin Peringkat Daerah Terengganu 2011


Program Komuniti Perahatin ini telah dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama KRT Bukit Depu .Ianya telah diadakan pada tanggal 3.12.11 bertempat di Padang Bola Kg Bukit Depu dibawah seliaan Puan Bazilah bt Mohd Ghani.
 Diantara acara yang dipertandingkan disebelah pagi ialah sukaneka, pertandingan mewarna dan futsal remaja. Manakala disebelah malam pula diadakan forum dan cabutan bertuah.
Forum penutup 'Anak Kita Main Kuda , Kita Buat Apa ' telah menapak keberkesanan penyampaiannya dihati pendengar yang hadir dari penceramah yang berpengalaman berhubung permasaalahan menangani anak anak yang terlibat dengan bahaya dadah.
Sesungguhnya ini adalah perkongsian ilmu yang baik yang dibawa kepengetahuan anak mukim dari AADK dalam suasana penuh mesra dan perihatin. Para penceramah telah mencuba sebaik mungkin bagi menerap perasaan 'sense of security' dan ‘sense of responsibility' masyarakat terhadap bahayanya ancaman penyalahangunaan dadah kepada negara dan peranan yang perlu dimainkan bagi mengatasi gejala ini.
Semua golongan masyarakat perlu memainkan peranan bagi mencapai matlamat 'Negara Bebas Dadah Menjelang 2015' Ianya perlu dimengerti sepenuhnya bukan sahaja oleh KRT Bukit Depu tapi seluruh anak mukim khususnya dalam kontek peranan serta amalan kehidupan berteraskan kesedaran dan keselamatan sejagat.
Alhamdulillah program yang berlangsung selama 1 hari telah berjaya diadakan dan mendapat sambutan dari lebih 250 orang warga mukim dari semua lapisan umur.
KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ybhg Dato' Hj Che Mat bin Jusuh , Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk kerana telah sudi menyampaikan hadiah kepada peserta dan merasmikan penutupan program pada malam tersebut. Beliau menyatakan amat berpuas hati dengan pengisian dan objektif program berpandukan penyertaan ahli masyarakat yang melebihi sasaran.
 Kami juga pada kesempatan ini mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Terengganu En Hafiz bin Hassan , dan Puan Bazilah bt Abd.Ghani serta pegawai pegawai yang terlibat kerana telah bermurah hati menyediakan persiapan , pameran, hadiah hadiah, pengelolaan forum serta makan malam.

Demikian juga rasa penghargaan yang tak terhingga kepada Penghulu Mukim Bukit Besar , pihak Polis Daerah Kuala Terengganu , Jabatan Agama Negeri Terengganu ,KRT Gong Parit , KRT Gong Baru ,JKKK Bukit Depu ,Persatuan Penduduk Taman Sangsura , Pejabat Pendaftar Pertubuhan NegeriTerengganu yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.
KRT Bukit Depu memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang program berlangsung.

No comments:

Post a Comment