Sunday, October 27, 2013

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

19.10.2013 - Kunjungan Jiran Wanita KRT Bukit Depu ke Bandar Melaka sebagai mengisi pengetahuan pembuatan dan pemasaran kuih kuih tempatan Jiran Wanita KRT Bukit Depu telah memilih Bandar Melaka sebagai sumber inspirasi .
 
 
Ini kerana terdapat berbagai kuih kuih kering Melayu Tradisional seperti dodol , kuih bawang, kerepek malinja dan sebagainya dipasaran yang ramai kunjungan pelancung dari berbagai negara termasuk pengunjung dalam negeri.


Disamping berseronok diMenara Taming Sari di Dataran Pahlawan , banyak perkara yang bolih dialami secara santai seperti foot massage , pusing pusing dengan beca berhias dengan bayaran RM25.00 diBandar Hilir .

Kami sempat menziarahi Masjid Selat Melaka yang sungguh cantik dari rekabentuk nya serta kawasan lokasi ditambak dengan cukup sempurna mengadap Pantai Selat Melaka yang tenang dan indah.


 
 Kami berharap dari membeli serta merasai berbagai kuih kuih kering yang kami beli diMelaka ini dapat membantu kami menjadi pengusaha kecil kecilan diKuala Terengganu satu hari nanti.
 

No comments:

Post a Comment