Tuesday, August 25, 2009

Tokoh Multimedia KRT Bukit Depu 2009

Menerima anugerah daripada Ybhg Dato' Hj Che Mat b Jusoh sambil diperhatikan oleh Tn Hj Dol Razlan
Dia adalah wakil kami dari kampung yang kecil, yang tidak terkenal , tiada pembangunan khusus tapi masih ada dalam peta . Dia adalah pewarna, juga pembawa perubahan dalam kontek penyambung dan penyebar berita kami orang2 kampung Bukit Depu melalui media Internet. Itulah tokoh Multimedia KRT Bukit Depu En Alias Bin Che Muda seorang yang simple, penuh pengalaman dalam bidang multimedia yang diperolehi selama 28 tahun berkhidmat dengan Telekom Malaysia Bhd.(TM)
Sijil yang dianugerah
Sekarang seorang pesara yang telah banyak memberi penempuan terhadap kemajuan blog KRT
Bukit Depu malah juga seorang yang cepat mesra dan disenangi oleh masyarakat sekeliling. Blog ini dibangunnya bertujuan memberitahu tentang kegiatan perpaduan yang dijalankan oleh KRT Bukit Depu kepada masyarakat setempat

Bergambar bersama isteri yang tersayang

Dibawah pengurusan serta pengolahan beliau, krtbukitdepu.blogspot.com telah mendapat perhatian serta menerima banyak komen dari dalam dan luar negara. Sebagai blog yang baru berusia 7 bulan lebih, kemajuan ini telah menampakan kemajuan yang amat membanggakan. Dalam keputusan mesyuarat AJK Tertinggi Kali ke 3 yang lalu satu keputusan sebulat suara telah dicapai untuk menamakan saudara Alias Che Muda sebagai Tokoh Multimedia KRT Bukit Depu 2009 bagi menghargai sumbangan nya dalam membangunkan laman blog yang diminati ramai kebelakangan ini. (Klik disini bagi mendapatkan butirannya). Walaubagaimanapun ia nya tidak dihebohkankan dalam mana mana majlis sehinggalah pada Malam Sambutan Ambang Merdeka 2009 yang diadakan pada 31hb Julai 2009 yang lalu. Ia nya sudah tentu satu kejutan bagi penerima tersebut. Tahniah kepada saudara En Alias Bin Muda kerana kewibawaan, serta sanggup berkongsi pengalaman, masa dan tenaga yang telah begitu banyak dihabiskan untuk kemajuan serta perkembangan KRT Bukit Depu sehingga ke hari ini.

Berada disudut yang digemarinya

Apabila diajukan soalan apa yang mendorongnya melakukan apa yang dilakukanya sekarang pada usia 59 tahun, dimana kebanyakan individu pada usia sebegini lebih cenderung untuk berihat? Beliau dengan tegas menyatakan ianya timbul kerana minat dalam bidang IT yang mencabar. Dan bagi nya beliau menyahut cabaran untuk berkecimpung dalam bidang yang jarang diceburi oleh kebanyakan individu yang sebaya dengan nya. KRT Bukit Depu amat bertuah memiliki individu berkemampuan di Taman Sangsura yang masih aktif mengemaskini laman blog krtbukitdepu.blogspot.com dan juga berperanan dalam aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan dari masa kesemasa. Seluruh AJK KRT Bukit Depu sekali lagi mengucapkan tahniah kepada saudara Alias Che Muda diatas anugerah tersebut.

No comments:

Post a Comment