Monday, December 21, 2009

Malam Sejambak Budi

Tanggal 18hb Disember 2009, Jam 8.00 malam bertempat di Dewan Seri Melor, Terengganu Equestrian Resort(TER) K.Terengganu, telah diadakan satu Program 'Malam Sejambak Budi' anjuran bersama Jawatankuasa Penyelaras RT Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu bagi meraikan Encik Mohd Khalili Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu yang akan bertukar ke Melaka. Acaranya sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna. Perjalanan acara malam tersebut begitu santai sekali dengan pengacaraan majlis dilakukan oleh pengacara puitis saudara Shafiai Mohd Amin (Cikgu Zul) dengan bait bait pantun yang mengusik kalbu. Pada malam itu juga kami telah dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan Sri Seni Warisan Sezaman.

En Khalil bersama Jawatankuasa Penganjur

KRT Bukit Depu telah diwakili oleh tiga orang AJK iaitu Tn Hj Khalid Yaccob, Tn Hj Harun Mat Diah dan saudara Alias Che Muda. Acara dimulakan dengan ucapan Tn Hj Ismail Awang selaku Pengerusi Penyelaras RT Daerah K.Terengganu dan diikuti oleh Pn Hjh Norma, Pegawai Perpaduan Daerah K.Terengganu.

Pn Hjh Norma membuat ucapan

Dalam ucapanya, En Khalil telah melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada semua diatas sumbangan dan kerjasama yang diberikan selama dua tahun lima bulan beliau menarajui JPNIN Negeri. Banyak KRT KRT baru telah didaftarkan, kumpulan SRS dan Tabika perpaduan bertambah. Dimasa itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan beliau amat berpuas hati dan amat bangga apabila KRT Gong Baru telah dinobatkan sebagai KRT Cemerlang diperingat kebangsaan pada tahun 2008. Ini merupakan satu sejarah yang sukar dilupakan beliau.

En Khalil membuat ucapan
Beliau bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh Pengerusi Majlis iaitu fenomena datang dan pergi, berhijrah merupakan suatu kelumrahan yang telah menjadi resam dalam profesion dan kerjaya seorang yang bergelar pejawat awam. Beliau mengakhiri ucapan dengan dua buah pantun.
Kalau ada sumur diladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Tuai padi antara masak Jangan sampai layu layuan Intai lah kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan
Bermesra bersama tetamu

Mengabadi kenangan manis bersama AJK KRT Bukit Depu

Sambil menikmati alunan gemersik dari penyanyi2 jemputan

Pada kita semua pula apabila tiba waktu dan ketikanya untuk berhijrah..apa yang terbuku dibenak perasaan dan sanubari adalah secangkir kesayuan, secubit kesedihan. Lebih sayu lagi apabila mengenangkan sambutan 'Malam Sejambak Budi' ini adalah untuk mereka yang istimewa, kerana Ybhg Tuan Pengarah begitu berharga.

Sumbangan cenderahati buat yang teristimewa

Tiada kata secantik bahasa Hendak diluah segala rasa Terima kasih untaian jasa Budi mu tuan seputih mutiara Bertinta emas riwayat gemilang Nama mu tersohor dipersada perpaduan Budi mu luhur tiada terbilang Jasa dan bakti harum dikenang.

No comments:

Post a Comment