Wednesday, December 23, 2009

Jamuan Perpisahan Pengarah JPNIN Versi KRT Bukit Depu

Tanggal 21.12.09, Jam 9.00 malam bertempat diPerkarangan Pos Kawalan KRT Bukit Depu, menyaksikan satu jamuan perpisahan diadakan untuk En Mohd Khalil Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan dan dan Integrasi Nasional(JPNIN) Negeri Terengganu yang akan bertukar ke Negeri Melaka. " Kita mahu majlis yang simple dan santai dan bertemakan kekampongan buat meraikan tetamu kita kali ini, versi Bukit Depu" Itu adalah luahan Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan apabila cadangan majlis ini dikemukakan. Benar bagai dikata masakan gulai kampong, sambal belacan dan ikan kering merupakan menu istimewa yang disediakan pada malam tersebut. Ditambah pula dengan tapai pulut sebagai 'pencuci mulut.'

Tn Hj Dol bersama AJK KRT Bukit depu menyambut ketibaan En Khalil

Tetamu istimewa(L-R En Azilan, Prof Dr Mat Zakaria, Prof Dr Che Abdullah,Prof Dr Hasbullah)

(L-R )Tn Hj Harun,En Azilan, Prof Dr Mat Zakaria, Prof Dr Che Abdullah,Prof Dr Hasbullah,En Mohd Ismail,En Fauzan Ahmad

(R-L)Pn Hjh Norma,Cik Za, En Khalil, Tn Hj Dol,Pak Wahab
Ketibaan En Khalil telah disambut oleh para AJK KRT yang terdiri daripada wakil Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Warga Emas dan Kumpulan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Tetamu tetamu pada malam tersebut ialah Profesor Dr Mat Zakaria - Dekan Fakulti Pertanian Dan Bio Teknologi UDM, Profesor Dr Che Abdullah Abu Bakar - Dekan Fakulti Sain Permakanan UDM, Profesor Dr Hasbullah Mohamad - Ketua Jabatan Pertanian dan Bio Teknologi UDM. En Fauzan Ahmad - Pengarah Bomba Negeri Terengganu, En Mohamad Ismail - Pengerusi JKKK Bukit Depu. Selain dari itu tidak ketinggalan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu, Pn Hjh Norma Mohd Nor dan Pegawai2 JPNIN Negeri Terengganu.
Tn Hj Harun memimpin doa

Tn Hj Dol membuat ucapan

Acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn Hj Harun dan ikuti dengan ucapan oleh Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa ''...bukan mudah buat 244 buah KRT yang sekarang berada diNegeri Terengganu menerima perpisahan ini , kerana semua diantara mereka tahu bahawa kerja kerja yang dijalankan oleh Tuan Pengarah dengan penuh ikhlas ini telah membawa kejayaan yang cukup besar kepada perkembangan dan kemajuan perpaduan dan integrasi dikalangan KRT KRT masing masing."

Beliau seterusnya membawa contoh dibawah kepimpinan En Mohd Khalil Hj Ahmad , KRT KRT diNegeri Terengganu dinilai prestasi serta peranan masing masing , sama ada mereka 'on the right track' memenuhi saranan Kerajaan melalui JPNIN. Hasilnya kita dapat melihat KRT Gong Baru telah berjaya menyandang anugerah KRT Cemerlang diperingkat Negeri dan Nasional pada tahun 2007. Banyak KRT KRT yang baru telah menempah nama dalam memenangi anugerah anugerah pada Malam Jasamu Dikenang 2007 peringkat negeri dan Anugerah Malam Setulus Kasih Seiring Budi kerana memenuhi seruan dan amanat Kerajaan. Allah telah memberi beliau peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi sebagai hadiah kepada ketekunan dan keikhlasan menjalankan tugas , sesiapapun akan mendapat peluang yang setimpal kepada apa yang dilakukan. Oleh itu apa yang yang ditinggalkan hanyalah sebuah jasa yang menjadi ukuran kepada orang yang merasainya. Beliau mengakhiri ucapan dengan berpantun.

Disana padi disini padi Itulah nama sawah dan bendang Disana budi disini budi Baru sempena bernama orang Kalau ada pauh didaik Bawa sebiji ketanah seberang Kalau ada budi yang baik Sampai mati dkenang orang

En Khalil membuat ucapan dan pesanan

En Mohd Khalil pula dalam ucapan balasnya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kesudian KRT Bukit Depu meraikan beliau. Padanya jasa dan pengorbanan ahli KRT lebih mulia kerana sanggup bekerja secara sukar dan rela tanpa apa apa imbuhan jika dibandingkan dengan beliau dan pegawai2 yang bekerja mendapat gaji. Kerana itu lah untuk mengenangkan jasa dan pengorbanan tersebut beliau mengadakan majlis seperti Malam ‘Jasa Mu Dikenang’ dan ‘Malam Setulus Kasih Seiring Budi’. Beliau selalu mengarahkan pegawai pegawai di JPNIN turut hadir apabila dijemput ke Mesyuarat KRT dan aktiviti yang dijalankan untuk memberi semangat dan perangsang kepada ahli ahli KRT untuk terus maju. Baginya kejayaan yang diperolehi amat jelas ,perkembangan KRT begitu ketara dan ini membuktikan KRT KRT berada dilandasan yang betul terutamanya KRT KRT daerah Kuala Terengganu. Tanpa perpaduan kita tidak akan ada dalam keadaan yang begini. Pada beliau KRT Bukit Depu mempunyai keistimewaan kerana mempunyai daya kreativiti yang jelas dan tersendiri. Banyak idea idea yang dapat dipetik pada setiap program yang dianjur. Ianya mempunyai kelebihan tertentu. Umpamanya Program Berbalas Pantun dan Program Debat yang diadakan,.."walaupun ianya acara biasa, tetapi KRT Bukit Depu telah berjaya mentransformasi menjadi ia menarik dan begitu kreatif sekali. Sebab itu setiap kali saya dijemput dan kalau saya ada masa dan ruang saya tetap akan datang" katanya. Beliau turut memuji blogsite krtbukitdepu.blogspot.com yang telah berjaya menarik pengunjung dari luar negara dan ini merupakan kejayaan yang positif dan menarik perhatian umum dan peringkat dunia untuk mengetahui tentang kegiatan KRT Bukit Depu. Ini menjadi tauladan kepada KRT yang lain. "Insyaallah saya akan melayarinya untuk mengetahui tentang perkembangan dari masa kesemasa" ujarnya. Pada akhirnya beliau berharap ''semoga terus berjaya dalam mengadakan aktiviti dan bertenaga dalam mengharungi kerja kerja sukarela ini. Kerja kerja perpaduan ini adalah satu ibadah dan dituntut dalam oleh agama. Bersikap positif, bersangka baik dan menerima jiran jiran tetangga" pesannya. Beliau mengakhiri ucapan dengan dua buah pantun:-

Pucuk pauh delima batu Anak sembilang ditapak tangan Walaupun jauh beribu batu Hilang dimata dihati jangan Tinggi tinggi simata hari Anak kerbau mati tertambat Kejayaan KRT Bukit Depu telah terbukti Harap dapat kekalkan sepanjang hayat.

Tn Hj Dol menyampaikan sebuah cenderahati bagi buat kenangan kepada En Mohd Khalil.

Para hadirin menikmati masakan kampong yang di sediakan dengan penuh minat

Akhirnya semua hadirin disajikan hidangan masakan kampong yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita . Selamat bertukar En Mohd Khalil b Hj Ahmad serta keluarga. Semoga Allah merahmati serta memberi kebaikan buat tuan dan usaha usaha murni tuan itu. Jagalah kesihatan semoga bahagia selalu. KRT Bukit Depu sentiasa membuka pintu bila bila masa Tuan berada diKuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment