Friday, January 1, 2010

Perutusan Tahun Baru 2010 oleh Pengerusi KRT Bukit Depu

Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah SWT yang maha penyayang serta selawat dan salam kepada Nabi Mohamad S.A.W Nabi Junjungan. Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia .
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya kita telah selamat menempuh usia memasuki tahun baru 2010 Masehi dan 1431 Hijrah yang hampir serentak.Takiralah berapapun umur kita yang penting hala tuju kita, kemahuan kita, harapan kita terhadap kehidupan serta masa depan kita, bagaimana kita harapkan , rancangkan , berusaha mendapatkanya dengan membuat perancangan yang baik dan betul.
Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan Selamat Menyambut tahun baru ,Tahun Maal Hijrah dan Tahun 2010 kepada warga KRT Bukit Depu khas nya dan kepada pengunjung website ini serta seluruh rakyat Malaysia. Semoga Allah memberikan kita kesihatan serta petunjuk dan keselamatan membina azam yang lebih bersemangat untuk kita bersama sama mencorak pengurusan kehidupan kita masing masing dengan lebih mantap demi tanggungjawab kebahagiaan, perpaduan, keselamatan kita kepada keluarga, masyarakat , negeri dan Negara.
Mengimbau kembali akan usaha usaha yang telah kita jalankan bersama sepanjang tahun 2006 sehingga 2009 , ia itu selama masa 3 tahun , Allah telah memberikan KRT Bukit Depu dengan kemurahan yang tidak kita sangka mendapat:-
1. Empat Anugerah terbaik 2. Satu Anugerah Cemerlang 3. Satu Anugerah Khas
Ini membuktikan bahawa semangat perpaduan, kesepakatan dan kerjasama kita semua telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan.Tapi disebalik kejayaan itu kita masih lagi memerlukan penglibatan dan sokongan berterusan dari seluruh anggota, sokongan moral , tenaga ,buah fikiran dan kewangan bagi kita mengekalkan kejayaan tersebut. Semangat dan jiwa besar seperti yang ada didalam tubuh yang kecil Tuan Hj Khalid perlu mendapat sokongan dan penglibatan individu individu lain bagi menampung keperluan demi kemajuan serta kejayaan yang dirais KRT Bukit Depu terus berkekalan dan bertahan pada tahun 2010 dan tahun2 berikutnya. Dengan semangat itu sajalah baru kita dapat merasakan perkongsian kebanggaan kejayaan KRT Bukit Depu ini pada setiap ahli , menjadi seimbang.
Untuk berjaya memang payah tetapi untuk mengekalkan kejayaan lagi payah. Dalam usaha membina serta mempertahankan kejayaan yang ada sekarang , kita perlukan perancangan serta perlaksanaan yang baik serta tersusun. Setiap perkara yang dipertanggungjawabkan kepada kita perlu tindakan yang bijak dan bersungguh sungguh. Diharapkan kepimpinan semua Ketua Ketua Jiran menjadikan program program yang akan dilangsungkan sepanjang tahun 2010 dapat dijayakan tanpa bermasaalah. Ianya memerlukan pengorbanan besar yang menuntut banyak aspek keperluan kehidupan seperti keperluan masa , fikiran , cabaran dan mungkin kewangan. Sejarah mempelihatkan kepada kita bahawa kerja kerja lepas tangan kerana tidak mampu untuk memberi commitment yang sepenuhnya, tidak akan membuah kejayaan yang diharapkan. Semoga pada tahun 2010 ini perkara yang lebih baik diharapkan berlaku.
Lazimya sesuatu yang sukar diatasi didalam mana mana persatuan dan organisasi ialah sikap warganya yang tidak jujur pada organisasi itu sendiri. Sikap yang tidak jujur ini perlu dibuang jika masih membelenggu dikalangan warga KRT Bukit Depu. Saya yakin semua diantara kita ini bersetuju bahawa kita memerlukan warga KRT Bukit Depu yang memiliki keperibadian yang mulia , amanah, jujur, ikhlas, berdedikasi, bertanggungjawab sebagai pakaian kehidupan seorang Islam yang beriman. Sekiranya seseorang itu bersikap positif , dia akan berusaha menjayakan sesuatu perkara itu dengan bersungguh sungguh bagi mencapai hasil yang terbaik dan ini memerlukan kejujuran intelek yang tinggi. Saya percaya dan penuh yakin ramai ahli ahli mempunyai sifat sifat mulia ini dalam diri mereka. Pada saya ada tiga perkara sebagai pegangan menempuh kejayaan, iaitu:
1. Menyukai apa yang kita buat..love what you do. 2. Buat dengan ikhlas dan sungguh sungguh. work hard. 3. Buat perkara yang betul. do the right things supaya memberi menafaat kepada banyak pihak dan menjadi sumber ibadat pada kita.
Akhirnya disini saya mengambil peluang untuk melahirkan rasa gembira serta bersyukur kehadrat Allah diatas kejayaan kita semua dalam membina KRT Bukit Depu sehingga ketahap ini serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli dan individu yang telah memberikan tenaga kepakaran,kewangan serta apa jua sumbangan yang menjadikan ini semua satu kenyataan dan kebanggaan.
Mudah mudahan tahun 2010 akan memberikan kita semua lebih nikmat serta kebaikan InsyaAllah. Kepada Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, En Mohd Khalil Hj Ahmad dan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hjh.Norma bt Mohd Noor , di atas segala budi , tunjuk ajar ,semangat kerjasama serta peluang yang kalian berikan kepada kami selama ini - dan kami masih lagi mengharap segala yang sama - untuk terus memberi bimbingan .
Kepada Ybhg Dato’ Hj Che Mat Bin Jusoh yang telah banyak menabur jasa dan budi kepada kami diKRT Bukit Depu , kepada Professor Dr.Che Abdullah Abu Bakar - Dekan Fakulti Sains Pemakanan UDM Terengganu, Naib Presiden Kelab Rukun Negara UDM Terengganu - Cik Siti Adawiyah bt Mohd Fadzir, Cik Norshazila bt Shahidan pakar pemakanan dan para ilmuan diUDM Terengganu diatas kerjasama kemasyarakatan yang diberikan, Pihak Polis, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Majlis Daerah Marang, Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu, MAIDAM, Yayasan Islam Negeri Terengganu , Orang orang perseorangan yang telah menyumbang dan berkerjasama bagi menjadikan tahun 2009 sungguh gemilang kepada KRT Bukit Depu ini.
Terima kasih daun keladi.
Sekian wabillah hitaufik walhidayah wassaalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh.
Salam perpaduan. Salam Satu Malaysia.
Hj Dol Razlan Yusof

2 comments:

  1. Taniah buat Tuan dan seluruh AJK KRT Bukit Depu yang telah berjaya walaupun seusia muda telah menempah kejayaan demi kejayaan. Ini adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi warga KRT diSeluruh Terengganu.Bagi kami di Pusat Rukun Tetangga Pangsapuru KTMB Bangsar Utama KL mengucapakn taniah diatas kecermerlangan KRT tuan
    Ishak Abdullah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikom wmth.Saya dan seluruh warga KRT Bukit Depu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan dan Pusat Rukun Tetangga Pangsapuri KTMB Bangsar Utama K.L , diatas kesudian melayari wesite kami serta keperihatinan diatas perkembangan yang berlaku kepada kami.
    Kami masih tidak lupa keindahan kenangan manis yang berlaku pada 2008 , semasa rombongan Tuan dan keluarga angkat yang sempat bersama kami walaupun dalam waktu sengkat.
    Namun dalam waktu sesingkat itu lah yang membuahkan pengalaman dan semangat kemajuan didalam KRT kami hasil dari tunjuk ajar dari Tuan dan rakan rakan lain yang lebih lama dan banyak pengalaman.
    Sungguhpun pada pandangan kasar kejayaan ini dilihat berada pada dir kami , tapi didalamnya terkandung kejayaan Tuan dan Rakan Rakan lain juga yang telah memberi bimbingan , tunjuk ajar kepada kami.
    Marilah kita kongsi semangat kasih sayang dan perpaduan ini dalam memperpanjangkan nilai ukhwah yang tiada sempadan untuk kebaikan keluarga , jiran ,masyarakat dan negara.
    Samoga Allah memberikan kita kekuatan dan keberkatan.
    Sekali lagi ucapan Salam Sejahtera , Salam Perpaduan , Salam Satu Malaysia serta ribuan terima kasih kepada Saudara Ishak dan keluarga serta seluruh warga KRT Pangsapuri KTMB Bangsar Utama K.L.yang begitu perihatin kepada kami..jarak antara kita terlalu dekat , tertakluk bagaimana cara kita membuat ukuran kepada jarak tersebut...inilah sedikit sedutan dari ucapan yang masih saya ingat dalam pertemuan dimajlis keluarga angkat pada 3 tahun dahulu......

    ReplyDelete