Wednesday, August 4, 2010

Dari Catitan Diari Pengerusi KRT Buki Depu (2)

Merealisasikan Salam dalam Perpaduan.
Dalam kehidupan ada kunjung mengunjung , ada perjumpaan , ada majlis serta pertemuan dan ada masa kena berjemaah serta berkumpulan. Kesemua ini memiliki kemuliaan , perlindungan serta kebesaran dalam agama dan mendapat rahmat Allah.
Sebagai Orang Islam kita menghulurkan tangan serta memberi salam sesama kita ,kerana kita mengetahui terdapat kebesaran yang terkandung didalamnya. Dalam riwayat Al Tarmizi dan Ahmad, Rasulullah bersabda yang maksudnya:Kamu tidak akan masuk syurga sebelum beriman , dan iman kamu tidak akan sempurna sebelum saling mencintai..sebarkanlah salam diantara kamu.
Jadi sebutan salam itu bukanlah sebutan tanpa makna , tapi diiringi tekad untuk menyebarkan keselamatan kesuluruh manusia. Jadi salam pada hakikatnya ialah doa yang kita sampaikan kepada seseorang agar diri dan agamanya selamat daripada segala kerosakan , aib dan penyakit.
Kehidupan dalam menikmati kebahagiaan sebenarnya taklama.Tanpa dugaan kita boleh bertahan 80 tahun ? 90 ?..lepas itu kehidupan menjadi diluar kenikmatan kita. Dalam usia yang kuat ni apalah kelebihan kita dan kesalahan yang memberi salam kepada kita sehingga kita tidak menjawab salam yang diberi. Ada setengah orang walaupun tiga kali salam diberi dan mereka mendengarnya tapi masih tidak menyahut salam yang diberi, ditambah dengan door bell berdering, masih membisu.
Kita boleh faham tentang dugaan , sebab dugaan meletak kita ditempat yang akan dimuliakan , baik kepada menerima salam ataupun kepada pemberi salam. Kehidupan sungguh indah jika persefahaman dapat diwujudkan dalam suasana yang harmoni , berbincang dan bertolak ansur sesama kita bak barang didalam pasaran , kita perlu keuntungan ,kita juga mahu membeli produk yang berkualiti dan dalam masa yang sama memelihara mutu barangan terus kekal serta bertambah baik.
Tentulah tidak menjadi masaalah jika ada masaalah kalau kita benar benar faham formula diatas.Tidak kesahlah siapa kita , seorang nelayan ke, seorang pekebun ke seorang guru biasa ke atau pengetua , sebab Allah beri setiap seseorang memilki perbezaan kepandaian. Hina dimata kita tapi mulia dimata yang lain.Hari ini kita menghina esuk kita pula dihina.
Jika kita melihat kemuliaan salam yang besar dengan pandangan yang kecil yang tidak memberi makna apa apa , masyarakat disekeliling kita tidak akan menikmati kemakmuran yang baik dan selesa..ditambah lagi dengan masaalah yang sedia ada yang sama sama kita telah lama berusaha untuk menyelesaikannya.
Hari ini dunia telah melihat perpecahan demi perpecahan dalam berbagai aspek, aspek kekeluargaan, kejiranan, kemasyarakatan, keagamaan dan berbagai lagi. Kesemua aspek perpecahan ini tidak membawa keuntungan kepada sesiapa pun melainkan membawa kelemahan dalam institusi itu sendiri. Banyak perkara yang terlibat bila ini terjadi, pertamanya moral , keselamatan , kesejahteraan , perpaduan, kemesraan , persefahaman akan beransur ansur hilang. Kita akan melihat malapetaka ini akan memamah kita jika berterusan dan amat sukar buat dipulihkan kembali.
Kebencian kepada tidak menjawab salam adalah fenomena moral dan kepercayaan yang merasakan kita sudah cukup kuat serta berkeyakinan yang kita tidak akan jatuh. Kepercayaan ini menyebabkan kita tidak rasa perlu lagi kepada kehidupan lain yang berada disekeliling kita. Hidup kita tidak bergantung kepada orang lain dan berharap orang lain pun janganlah bergantung harap dengan kita.
Dari perspektif furuk(hukum yang bukan dasar) bukanlah satu kesalahan menyisih kehidupan kita dari kehidupan sekeliling , apatah lagi kalau kehidupan sekeliling tersebut tidak memberi ketenteraman kepada kita serta keluarga.Tapi dalam kontek sebenarnya kita telah kehilangan wadah kemanisan bermasyarakat yang dituntut oleh Islam dalam perhubungan persaudaraan yang indah dan kuat.Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.
Inspirasi yang terdapat didalam salam itu sungguh besar dan sebagai orang Islam yang bersaudara , saya menegur diri saya diatas segala kelemahan dalam menyebar serta menjawab salam dikalangan orang Islam lainya. Saya memohon rohani yang kuat dalam menempuh cabaran pada setiap salam yang akan tidak berjawab pada masa masa yang akan datang dan menaruh kepercayaan serta menyerah kepada Allah diatas segala perlaksanaanNya.
Dialah yang memahami serta mengetahui kedudukan hamba hambaNya. Semoga diambang Ramadhan ini terdapat muzakkarah yang boleh membawa ittifaq didalam diri terlebih dahulu sebelum bersedia membuka ruang pada para sahabat yang mempunyai nawaitu yang sama. Semoga kefahaman ini menerajui kemakmuran dikalangan kita yang masih beriman.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Salam DRY.
4.8.2010

No comments:

Post a Comment