Sambutan mesra oleh Pengerusi KRT Bukit Depu
(Dari k-kn)Timb Pengerusi KRT Ketereh, Tn Hj Dol, Tn Hj Ramli, Pn Za
Pengalaman selama 15 tahun menerajui KRT Ketereh tidak menjadikan kemegahan kepada Pengerusi nya, Tuan Hj Ramli Sulaiman untuk datang menziarahi KRT Bukit Depu yang masih muda , semuda 2 tahun 7 bulan.
Ucapan Aluan oleh Tn Hj Dol Razlan
Ibarat Abang yang datang berkunjung kerumah adik. Dalam ucapan aluannya, Pengerusi KRT Bukit Depu menyatakan “ dalam Quran perpaduan termasuk didalam kategori amal manusia dan hubungan hubungan yang berkaitan dengan akhlak mulia dan akhlak buruk,.dan didalam satu Hadis dari Abu Hurairah katanya : Rasulullah telah bersabda, Ruh manusia ini bagai perajurit yang beranika ragam , bila saling mengenal dia akan bersatu, bila tidak saling mengenal dia akan berpecah belah." Beliau menambah lagi "semoga dari impak Al Qira’ jalinan perpaduan serta persaudaraan diantara warga KRT Ketereh dan KRT Bukit Depu akan terus rapat , sayang menyayangi dan kekal buat selama lamanya."
Tn Hj Ramli membuat ucapan balas
Tuan Hj Ramli dalam ucapan balas menyebut KRT Ketereh memilih KRT Bukit Depu sebagai destinasi lawatan integrasi ialah kerana kemajuan yang terdapat didalam pencapaian yang berbagai bidang ditambah dengan senario kemasyarakatan yang berbeza sosial ekonomi. "Kami orang kampung bukan orang Taman , kami berkerja kuat untuk kejayaan. Falsafah kami bila kami bekerja kami tidak bermain , dan bila kami bermain main kami tidak bekerja " kata Tn. Hj Ramli lagi "kami tidak ada apa yang hendak membalas budi orang KRT Bukit Depu , tapi datanglah ketempat kami untuk berkongsi apa yang kami ada agar tuan puan boleh gunakan untuk kebaikan masyarakat disini."
KRT Ketereh adalah satu satunya KRT diKelantan yang telah berjaya dalam ketegori pembangunan ekonomi KRT dan pengurusan KRT ,yang telah banyak mencapai kejayaan diperingkat negeri dan kebangsaan. Mereka adalah dalam rangka lawatan integrasi selama tiga hari ke beberapa KRT di Kuala Terengganu , Kuantan , Kuala Lumpur dan Gua Musang sebelum pulang keKetereh.
Pn Za membuat ucapan
Pn Za, yang mewakili JPNIN Daerah Kuala Terengganu, menyatakan peluang yang berlaku pada malam ini adalah seperti pembuka ruang kemajuan baru kepada KRT Bukit Depu yang telah banyak memperolehi kejayaan dalam usia yang sesingkat ini. Dan jika sekiranya KRT Bukit Depu akan menziarahi KRT Ketereh pada masa akan datang , jangan lupa mengundang beliau untuk turut bersama didalam rombongan.
Majlis penyampaian cenderahati
Majlis telah menyaksikan pertukaran cenderahati sebagai ingatan dan kenangan sebelum menjamu selera dengan masakan selera kampung.
Tetamu menjamu selera
KRT Bukit depu mengucapkan ribuan terima kasih dan kagum diatas kesudian serta rendah diri Pengerusi KRT Ketereh yang telah memilih KRT Bukit Depu sebagai tempat lawatan. Kami memohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan yang terdapat sepanjang majlis diadakan dan tidak kurang juga merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada En Nordin diatas kesudian nya memberi kebenaran mengunakan tempat dan kemudahan dirumah beliau. Kepada Jiran Wanita , AJK Tertinggi yang telah menunjukkan prestasi yang sangat baik walaupun pada awalnya keadaan telah dilanda dengan ribut dan hujan lebat.
Wah.. lepas nih makin banyak KRT seluruh negara akan ziarah KRT Bukit Depu nampaknya.
ReplyDeleteTahniah!
Layanan KRT Bukit Depu kepada tetamu tak dapat dilupakan.
He5. KRT Batang Kali Fasa 2 memangpun termasuk didalam sahabat yang kami muliakan..seronokkan kita dpt berjumpa , bertukar pengalaman serta kunjung mengunjungi mengeratkan perpaduan.
ReplyDeleteKalian pada kami mempunyai berbeza keindahan,,.bila sebut KRT Batang Kali Fasa 2 , kami ingat ketam dan pantai...bila sebut RT Ketereh kami ingat ikan pekasam , kerepek ubi dan kerepek pisang..!
Kami juga rindu dengan keramahan RT Fasa 2 ,serta teruja jugak dengan rekriasi diGenting Highland yang bertaraf dunia tuu..
terima kasih kerana selalu mengunjungi keblog kami kerana ini bolih memperpanjangkan lagi keakraban perpaduan diantara kita.
Bak kata orang berkawan biarlah seribu lagi baik kalau beribu ribu..dan berkasih biarlah satu..tapi kalau kasih kepada yang betul dan baik kenapa x bolih lebih dari satu...contohnya kasih kepada anak anak , saudara mara , sahabat handai..!
begitulah diibaratkan kasih sayang yang telah ujud diantara warga RT kita...kemas dan rapat saperti dikepit ketam ..
salam buat RT Batang Kali Fasa 2..khusus kepada Pengerusi ,En. Roslan Rahmat , Puan Zaitun ...!
Jamil, salah seorang jiran kami, smpai ke hari ni pun masih belum puas bercerita keseronokan disana.. selisih je member lain, "assalamuaialaikum, Jamil Ketam!".. Jamil pun tersengeh sampai ke telinga... masa majlis bacaan yassin kat rumah saya tempoh hari.. saya ada rakam temuramah saya dengan jamil dan video tangkap ketam di pantai batu burok... tengok lah di www.krt-f2.blogspot.com
ReplyDelete