Sunday, November 21, 2010

Pertukaran Tuan Fauzan b Ahmad ke PutraJaya

Apabila berlakunya perpisahan dengan orang yang kita sayangi, apabila mereka terpaksa meninggalkan kita dan tatkala dimana hasrat serta harapan takdapat berbuat apa apa lagi - maka kesedihan akan mengambil tempat dihati. Itu lah gambaran perasaan yang dirasai oleh sebilangan warga KRT Bukit Depu.
Tanggal Jumaat 19.11.2010 penuh dengan kesedihan dan kepiluan apabila Tuan Pauzan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Bomba negeri Terengganu telah ditukarkan ke Putrajaya sebagai Ketua Operasi Bomba disana. Beliau dan keluarga dengan rasminya meninggalkan KRT Bukit Depu dengan penuh kenangan manis setelah hampir dua tahun bersama sama dengan kami. Tidak banyak yang dapat kami berikan sebagai balasan budi kepada beliau dan keluarga selama kita bersama berkongsian pengalaman dan ilmu. Tuntutan tugas dan tanggungjawab lebih memerlukan beliau kesana.

Sebahagian dari warga KRT telah berkerjasama memberi pertolongan diasaat saat akhir mengangkat barang barang dan perkakas rumah keatas lori. Sebenarnya kami tidak mengharapkan apa apa balasan atau imbuhan diatas pertolongan tersebut kerana pada kami ini merupakan khidmat kepada jiran tetangga yang penuh berbudi. Namun disebalik semua niat itu, beliau tetap juga ingin menyumbang diatas segala khidmat yang sukarela diberi. Walaupun sungguh berat rasanya buat kami menerima , tapi Tuan Pauzan mintak juga saya menerimanya , “ ini bukan untuk sapa tapi untuk KRT Bukit Depu." sewaktu beliau menyerah sumbangan kedalam tangan saya.

Begitulah penghargaan beliau kepada KRT dan kepada kita semua sebagai sahabat , jiran dan anggota masyarakat yang cukup istimewa yang ditunjukkan kepada kita .
Sukar kami akan menemui lagi seorang makhluk Allah yang baik , berilmu ,mengamalkan sifat sifat keimanan seorang Muslim yang tinggi tapi rendah diri.

Selamat jalan Tuan dan keluarga , semoga Allah sentiasa merahmati dan memenuhi permintaan Tuan dunia dan akhirat. Pada kami walaupun perpisahan ini satu kehilangan tapi juga sejarah yang akan kami kenang sebagai ‘hembusan amal’ dimana pernah terjalinnya silaturahim persahabatan dan perpaduan diantara kita. Dapatkah pengertian itu disamaertikan sebagai kebenaran kepercayaan ? Kenapa ianya harus terasa demikian?
Apakah Perpisahan Itu Satu Kehilangan.

“BENGKEL WANITA PEMANGKIN RUMAH TANGGA BAHAGIA”

Tahun 2010 merupakan tahun amat bermakna bagi ketua jiran wanita kerana telah mula aktif dan mengorak langkah luar dari Kg Bukit Depu. Pada 29.10.2010 hingga30.10.2010 dimana enam orang peserta dari KRT bukit Depu telah di pilih menghadiri bengkel “Wanita Pemangkin Rumah Tangga Bahagia” Ianya diadakan di Agrotourism & Resort, Peladang Setiu.
Bengkel ini merupa satu aktiviti bidang sosial di mana pendedahan kepincangan institusi wanita dalam menempuhi arus pembangunan moden yang mencabar kewibawaan ibu - ibu dan isteri-isteri bagi membendung keruntuhan moral keluarga dan masyarakat amnya.
Program ini dijangka dapat membuka minda dan mengeratkan perpaduan dikalanagan penduduk setempat untuk mengekalkan keharmonian institusi kekeluargaan dan kejiranan amnya.

Seramai 131orang peserta dari seluruh KRT bersama Badan –Badan NGO negeri Terengganu telah mengambil bahagian.

Objektif program ini ialah bagi mewujudkan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang harmoni, gemilang dan terbilang serta memupuk semangat perpaduan demi mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

Program selama dua hari itu diantaranya meliputi ceramah, senaman, ‘team building, lawatan dan aktiviti lasak seperti berkayak. Setiap peserta telah diberi sijil penyertaan.

Wednesday, November 17, 2010

Catitan Diari Pengerusi KRT Bukit Depu (4)

Perutusan Salam Aidil Adha Salam 'Aidil Adha buat keluarga KRT Bukit Depu ,dan juga kepada pengunjung blog krtbukitdepu.blogspot.com, semoga Allah memberkati serta memberi kekuatan dalam menempuh ujian serta kerja kerja harian kita semua.
Dalam usaha kita yang tercapai setakat ini , pandai pandailah kita menghitung kesukaan kita dengan kesyukuran ,dalam kesenangan kita hitung dengan kelupaan amal kita, dan dalam musibah kita ukur dengan ketenangan hati yang penuh kesabaran.
Sesungguhnya didalam kebesaran Aidil Adha ini terkandung pengajaran yang besar buat Umat Islam , khususnya buat kita yang telah tertinggal jauh dipersempadan ilmu jika dibandingkan para sahabat dizaman Rasulullah.Persoalannya masihkah kita tidak mahu maju dalam segala kekurangan yang ada pada kita. Bak kata orang barat .."its the past thats makes who you are” tapi jika kita masih juga malas maka berdosalah kita , kerana malas itu menyekat kita dalam kewajiban mengenal diri dan mengenal Allah, hidup sambil lewa dan malas berfikir. Kadang kadang kita perlu menjadi tua untuk memahami kedudukan sebenar yang perlu dibaiki.
Demikanlah dalam kemulian Adha yang agung ini saya mengajak diri saya dan tuan puan semua meningkatkan pengorbanan yang abadi samaada pengorbanan jangka pendek atau jangka panjang kerana Allah .Mudah mudahan kita semua selamat didunia ini dan akhirat nanti.Marilah kita mulakan pengorbanan tahun ini dengan meninggalkan sifat dengki , moga moga kita mendapat kasih sayang Allah dan juga kasih sayang orang lain.
Salam Aidil Adha dan maaf zahir dan batin.... DRY

Saturday, November 13, 2010

Kursus Penyediaan Kueh Tradisional

Jiran Wanita KRT Bukit Depu bergambar kenangan bersama Pengerusi, Tn Hj Dol
Satu kursus khas Keusahawanan Kemahiran Pembuatan Makanan telah diadakan diMakmal Teknologi Makanan Fakulti Sain Pemakanan Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada 4.11.2010.

Ucapan penerangan oleh Puan Siti Husna

Resepi Baulu Klassik yang diberi nama ,telah diadun khas oleh Puan Siti Husna dan pasukan dibawah Dekan Fakulti Sain Pemakanan Prof. Dr.Abdullah Abu Bakar, sekaligus telah berjaya mengangkat martabat rasa dan ketahanan baulu kepada satu tahap yang sungguh baik , bermutu serta lazat. KRT Bukit Depu telah diwakili oleh empat orang Jiran Wanita bersama sama Pengerusi dan Setiausaha.

Sesi motivasi oleh Tn Hj Dol Razlan

Pengerusi Jiran Wanita RT Bukit Depu,Puan Mariam menyatakan , sungguh rasa bertuah kerana telah diberi peluang menghadiri kursus yang sungguh bermakna ini.

Demostrasi penyediaan baulu dimakmal dilakukan oleh Puan Siti Husna

Pengarah Marang Food Enterprise , Tuan Hj Ghani Ibrahim bersama pekerja mereka juga menghadiri kursus. Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol Razlan Yusof yang telah bersungguh sungguh berusaha mendapatkan peluang dari pihak Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu , mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr Abdullah Abu Bakar dan kakitangan kerana telah memberikan layanan istimewa , ilmu serta kemahiran kepada kami semua.

Bergambar kenangan di hadapan Bangunan Makmal Teknologi Makanan

Dibawah program ini pihak Fakulti Sain Pemakanan UNISZA akan memantau Marang Food Enterprise dalam aspek pengurusan kualiti pembuatan, penyediaan serta pembungkusan dan KRT Bukit Depu pula bertanggungjawab pada pemasaran produk. Pekerja pekerjanya telah bersetuju untuk memajukan produk baulu klassik ini bagi di pasarkan pada waktu terdekat ini.
Para peserta kursus amat berpuas hati dengan pengolahan kursus yang diberi secara ‘hands on’ bagi mempastikan peserta betul betul mahir dalam pembuatan makanan bermutu , bersih , komersial serta menepati standard GMP yang tinggi ditambah lagi dengan kunci matlamat dalam tunjuk ajar yang diberi selama satu jam semasa sesi motivasi oleh Tn Hj Dol Razlan sebelumnya dalam menghadapi pasaran global hari ini.
Baulu klasik ini tak lama lagi akan berada dipasaran ,dan pada mereka yang berminat bolehlah membuat tempahan melalui laman web krtbukitdepu.blogspot.com atau tel ,terus kepada no : 019-6033347 / 017-9184689 / 019-2144644 .

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Wau 2010

Sempena ' musim' permainan wau di Terengganu, KRT Bukit Depu melalui Jiran Muda turut memeriahkan suasana dengan menganjurkan Pertandingan Wau 2010. Ianya diadakan pada 1hb Mei, 2010 bertempat di Padang Bukit Depu dari jam 9.00pagi sehingga 5.00petang.

Taklimat Pengerusi Tunas Jiran Mengenai Syarat2 Pertandingan

Pertandingan dibahagikan kepeda empat kategori.
  • Wau Bulan

  • Wau Burung

  • Wau Barat
  • Wau Kanak kanak

Sebahagian dari peserta sedang menguji wau masing masing

Sambutan amat menggalakan dimana sebanyak 70 penyertaan diterima, tidak termasuk kategori kanank kanak. Hadiah berupa barangan eletrik disediakan untuk setiap kategori.

  • Johan: Kipas letrik bernilai RM120.00
  • Naib Johan: Seterika bernilai RM80.00
  • Tempat ketiga: Pemanas air bernilai RM40.00
  • 3 hadiah saguhati bernilai RM20.00 setiap satu.

Pengadil dan hakim terdiri daripada belia bela Kampong Bukit Depu.