Wednesday, September 28, 2011

MUSIM HAJI - DAH TIBA LAGI

Menyahut Panggilan Rukun Islam Yang ke5

Dijemput sebagai tetamu Allah melakukan al-hadyu (binatang korban) dimusim haji diMekah Al Munawarrah.
"Daripada Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,"Allah berfirman 'Aku menyiapkan untuk hamba Ku yang soleh,sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata,didengari oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia."(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Al Hamdulillah .
Pada tahun ini KRT Bukit Depu merasa bersyukur kerana berkongsi rahmat dan keberkatan bersama Bendahari kehormat En Alias Muda dan Isteri yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud ke Jeddah untuk menunaikan Fardhu Haji pada 5hb Oktober 2011.
Kami seluruh AJK dan
Warga KRT Bukit Depu mengucapkan selamat berlepas dan selamat kembali , semoga Allah memberikan Haji Mabrur kepada beliau suami isteri.
Semoga disaat berada didalam jemaah yang terbesar ,pada tempat tempat yang paling mulia dan agung didunia , doa dan keberkatan dari beliau dapat kami kongsi bersama. InsyaAllah
Disinilah tempat menghayati keputihan hati , menukar keburukan dengan kebaikan dengan melakukan azam yang bersungguh sungguh didepan Allah menjadi hambaNya yang mendapat keampunan serta dikabulkan segala doa.


Sepertimana anak yang baru lahir yang tidak berdosa bak pakaian ihram yang putih seperti bersabdanya Rasulullah : " hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih dimasa hidup kalian , dan hendaklah kalian dikafankan dengan kain yang berwarna putih semasa kalian meninggalkan dunia ini,sesungguhnya pakain berwarna putih itu merupakan pakaian yang paling baik bagi kalian"
(riwayat al-Tarmizi.Abu Daud,Ibn Majah dan Ahmad)
Sekali lagi tahniah dan selamat berangkat En.Alias dan Isteri ke Makkah alMukarramah,sebuah kota yang yang sungguh mulia ,ajaib , agung serta mengkagumkan,tempat para para Nabi yang Agung Nabi Ibrahim , Ismail dan tempat kelahiran Nabi Besar Muhamad s.a.w. Tempat wajib yang dikunjungi seluruh umat manusia dari seluruh dunia bagi menunaikan 2 ibadah iaitu haji dan umrah

No comments:

Post a Comment