Monday, September 2, 2013

Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu

Dirasmikan oleh Dato Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
Sambutan kemerdekaan pada tahun telah dapat diadakan secara meriah sekali berbanding tahun lepas dimana sambutan diadakan secara sederhana sahaja kerana tarikh tersebut jatuh pada bulan Ramadhan.Walaupun ia disambut diperingkat Nasional secara meriah tapi diperingkat Negeri ia adalah biasa sahaja sekadar memperingati tokoh tokoh pejuang tanah air yang telah banyak berkorban untuk negara Malaysia yang berdaulat.
 
Pada tahun ini semangat patriotic telah dibangkit semula secara berkesan. Semangat patritiotisma telah diwar war dikalangan masyarakat diseluruh negara agar terus kekal dalam semangat dan ingatan disetiap golongan.
 

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013 Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional  Negeri Terengganu telah diadakan diDataran Che Kundur Lorong Haji Da Kuala Terengganu pada 24.8.2013. Ianya telah dirasmikan oleh Dato Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional yang mewakili, wakil YB Tan Sri Dato Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri DiJabatan Perdana Menteri.
 
Seramai 10 ribu orang dari segenap lapisan masyarakat , Jabatan Jabatan Kerajaan ,NGO ,Persatuan serta Pertubuhan datang mengambil bahagian dalam perasmian tersebut.
Pembacaan doa , bacaan puisi, ikrar kemerdekaan serta kata kata perasmian oleh YB Menteri telah memberi semangat dan penghayatan baru dalam menanam semangat patriotism bagi menyambut Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31.8.2013.

No comments:

Post a Comment