Sunday, September 1, 2013

Malam Secangkir Kasih Sekalung Budi

Satu program 'Malam Secangkir Kasih Sekalung Budi' telah diadakan  pada 28.Ogos 2013 bertempat di Dewan Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai (TER) Ianya telah dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Terengganu.
En Burhanuddin ,Pengarah JPNIN sedang membuat ucapan
Diantara tetamu yang hadir pada malam tersebut
Objektif program tersebut ialah untuk memberi peluang kepada Ahli Jawatankuasa KRT Daerah Kuala Terengganu untuk bertemu mesra dengan  Encik Burhanuddin bin Haji Daud, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu yang baru. Disamping itu juga majlis tersebut ialah untuk perjumpaan antara warga Rukun Tetangga daerah Kuala Terengganu dengan kepimpinan tertinggi Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Negeri Terengganu.
KRT Bukit Depu diwakili oleh Tn Hj Alias,menerima sijil penghargaan
Setiausaha KRT Bukit Depu Tn Hj Khalid bergambar bersama Tuan Pengarah
Kesemua KRT Daerah Kuala Terengganu telah diwakili oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa. Program tersebut telah dimulakan dengan ucapan En Kamaruddin b Ali, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu dan diikuti ucapan Tuan Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, En Burhanuddin bin Haji Daud. Kemuncak ialah acara penyampaian Sijil Penghargaan kepada semua KRT yang terlibat oleh Pengarah JPNIN.

No comments:

Post a Comment