Monday, September 2, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke56

 Galeri Perpaduan
Kami, seluruh Warga KRT Bukit Depu  mengucapkan setinggi tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Ke 56 yang akan disambut pada 31 Ogos 2013 bersamaan 24 Shawal 1434 Hijrah.
Baner baner bertemakan hari kemerdekaan  dipasang dilaluan utama masuk ke Taman Sangsura
Semangat patriotik ini kami tanamkan dikalangan ahli dan warga KRT Bukit Depu dalam semangat perpaduan. Kami juga mengibar Jalur Gemilang di laluan jalan persekitaran Galeri Perpaduan kami.

Sebagai langkah persiapan awal menyambut ambang merdeka baner baner bertemakan hari kemerdekaan  dipasang dilaluan utama masuk ke Taman Sangsura. Satu program 'Sulaman Kasih Mesra Perpaduan 1 Malaysia ' telah diadakan dan digabung bersama Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Adil Fitri 1434 Hijrah pada 29.8.2013 pada jam 9.00 malam.


Mengibar Jalur Gemilang di laluan jalan persekitaran Galeri Perpaduan
 
Ketahuilah menyayangi diri sendiri adalah tanggungjawab tapi menyayangi Negara Malaysia adalah maruah dan  kemuliaan kerana disinilah Agama dan Bangsa terlindung.

Selamat Menyambut  Hari Kemerdekaan Yang Ke56!!!
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


No comments:

Post a Comment