Tuesday, July 20, 2010

Dari Catitan Diari Pengerusi KRT Bukit Depu

Lawatan Ke Kota Kinabalu (KK) 3.7.2010 - Hasrat menjejaki Borneo tercapai juga. Kota Kinabalu kami jejaki selepas 2 ½ jam penerbangan dari KLCCT bersama rombongan OCA.
Banyak yang perlu dirasai, diketahui, dialami berhubung dengan Borneo , pulau yang ketiga terbesar didunia yang memaparkan rain forest, flora dan fauna, wild life reserved, Gunung Kinabalu ,KRT dan budaya 71 suku kaum yang menduduki Sabah.

Keindahan yang berbaur baur ini kami hayati dari Kota Kinabalu Water Front yang cantik sedang membangun pesat. Sepanjang perjalanan sejauh 24 km ke Naxus Karambunai tempat penginapan, adalah laluan pantai merempuhi Bangunan Tun Fuad Stephen,Universiti Malaysia Sabah, UITM Sabah, Bangunan Pentadbiran Persekutuan, Komplek Sukan Likas, Masjid Negeri Sabah dan projek perumahan mewah. Sesungguhnya Kota Kinabalu sedang membangun dengan pesatnya.

Seperti bandar bandar lain yang sedang membangun diMalaysia, Kota Kinabalu memiliki enam buah komplek membeli belah yang bertaraf dunia dan tiga buah pasar budaya yang unik ia itu Central Market , Handicraft Centre dan Padang Merdeka.
Kita boleh membeli mutiara air tawar dan air masin yang dihasilkan dari pengesusaha tempatan dari Sempurna dan Tawau dengan harga semurah RM10.00 untuk seutas gelang atau seuntas rantai disini.

KK terkenal dengan makanan laut yang segar dan murah. Kami sempat menziarahi tempat pemerosesan hasil laut untuk dijual keluar negara diFung Seng Seafood Supplier Sdn Bhd.di Lot 7-8 Jalan Bakau Inamam Industrial Estate KK Sabah. Ikan, ketam, sotong , udang serta bebagai bagai makanan laut dibungkus mengikut piawaianyang ditetapkan dan penghantaran juga dilakukan disini.

Di Gunung Kinabalu Park kami cukup merasa nikmat alam semulajadi yang indah dengan pohon pohon ribuan tahun usianya , bunga bunga yang segar dan berwarna warni serta desiran alur alur anak sungai yang menyelinap di sekitar kawasan curam seolah olah membawa kita hidup pada zaman pratamadun beribu tahun dulu. Disini saya terpesona dengan satu poster yang mengingatkan dan memberi pengajaran kepada kita tentang betapa pentingnya menjaga keindahan alam sekitar :-

Only after the last tree has been cut down Only after the last river has been poisoned Only after the lasf fish has been caught Only then will you find that money cannot be eaten..!

Dalam perjumpaan dengan Pengerusi KRT Komplek Sukan Likas, En Abd Latiff Hj Muluk beliau menceritakan kemajuan yang banyak dicapai melalui aktiviti perpaduan disini ialah hasil ketekunan dari AJK yang banyak memberi kerjasama kerana berlatar belakangkan profesion masing masing.Ramai diantara kami lebih kurang sebaya dan memegang jawatan jawatan dari berbagai organisasi kerajaan dan swasta memberi kerjasama penuh terhadap aktiviti Rukun Tetanga..Mereka menggunakan pengalaman serta usaha mereka masing masing dalam satu kerjasama membangun KRT KSL ini. Sayangnya diantara kami tidak ada yang kekal lama, satu hingga dua tahun sudah berpindah ketempat lain.

En Latif bersama dua orang AJK Tertinggi En Ismail Daim dan En Salman Nasip

En Latif bersama dua orang AJK Tertinggi En Ismail Daim dan En Salman Nasip yang hadir dalam perjumpaan pada malam tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menziarahi mereka disini serta memohon maaf kerana tidak dapat memberi layanan yang istimewa.Beliau berharap dapat berjumpa lagi serta bercadang untuk menziarahi KRT Bukit Depu pada suatu masa nanti.

2 comments:

  1. Salam tuan... Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memperuntukkan masa tuan yang singkat bersama - sama kami..dan saya bagi pehak AJK RT KSL memohon maaf atas segala kekurangan layanan, persediaan semasa kunjungan tuan tempoh hari, moga sahaja jalinan perpaduan kita ini kekal selamanya ..terima kasih, salam ukhuwah, salam 1 malaysia.

    ReplyDelete
  2. wasallam Tuan,tidak ada apa yang kurang yang perlu Tuan bimbangkan,kesudian Tuan datang menjemput saya diNexus Karambunai sejauh 24 km dalam hujan lebat mencerminkan sikap ikhlas serta setiakawan yang memperteguhkan semangat perpaduan.Saya faham keadaan dan masa yang Tuan serta AJK RT SKL yang lain hadapi..tapi kehadiran saudara Ismail Daem dan En Salman telah memberi banyak impak persauaraan diantara RT Bukit Depu dan SKL..ini yang penting .Saya dengan rasa rendah diri dan terharu diatas kesudian Saudara Abd Latiff dan Saudara Ismail dan Saudara Salman sudi menerima saya sebagai tamu , malah telah membawa saya ke town tour dan sekitar perumahan RT KSL pada malam tersebut.
    Ini satu pengalaman yang cukup istimewa pada saya dan RT Bukit Depu.
    Samoga jalinan perpaduan ini akan terus berkekalan diantara RT KSL dan RT Bukit Depu walaupun pada Tuan ianya berlaku dalam keadaan segala kekurangan.
    Saya dan seluruh AJK Tertinggi KRT Bukit Depu mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Abd Latiff dan seluruh AJK Tertinggi KSL untuk masa hadapan.
    Terima kasih , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

    ReplyDelete