Tuesday, July 6, 2010

Malam SRS Bersama Polis

Program ini telah diadakan di Taman Sangsura Bukit Depu pada 3.7.2010. Ianya telah dianjurkan oleh SRS KRT Depu dengan kerjasama pihak Jabatan Polis Diraja Kuala Terengganu.
Tujuan diadakan program tersebut ialah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa keselamatan dan keharmonian yang dikecapi selama ini semakin hilang akibat perubahan cara hidup dimana masalah keselamatan diambil mudah dan dipertanggungjawabkan kepada pihak tertentu seperti polis sahaja tanpa ingin melibatkan diri bersama sama bagi menjaga keselamatan setempat.
Tuan Abd Halim b Mohd Ishak, Timbalan OCPD Kuala Terengganu membuat ceramah
Ianya bertepatan dengan ceramah yang telah disampaikan oleh tetamu istimewa yang diundang - Tuan Abd Halim b Mohd Ishak, Timbalan OCPD Kuala Terengganu yang bertajuk “Keselamatan Yang Semakin Hilang Disekeliling Kita”

Para tetamu mendengar dengan penuh minat

Saranan ini diperjelaskan dengan lebih terperinci oleh beliau .."dan kita perlu sedar bahawa sifat penjenayah tidak berlaku dalam diri seseorang dalam sehari dua. Ianya berlaku dari umur seawal 4 tahun. Ibu bapa seharusnya mengambil berat tentang prilaku anak mereka seperti dengan siapa anak mereka berkawan , dan dimana mereka berada, pukul berapa anak anak mereka balik rumah. Dengan lain perkataan kita sebagai ibubapa semestinya memantau kegiatan anak anak kita bilamana mereka berada diluar rumah."

Bermula dari usia semuda ini , sifat negatif ini akan berterusan sehingga dewasa dan jenayah pada mereka seperti perkara yang biasa sebagai sebahagian aktiviti kehidupan. Yang anehnya kedua dua ibu bapa tahu anak anak mereka ini terlibat dengan jenayah.Cuma lagi mereka tak mahu akui kebenaran sehingga anak mereka ditangkap pihak polis kerana jenayah. Apa yang membimbangkan ialah keadaan dimana yang melahirkan penjenayah dalam masyarakat ialah keluarga itu sendiri. Keluargalah yang melahirkan penjenayah. Agak sukar untuk mengatakan bahawa kita berada dalam keadaan yang selamat, bebas dari gejala yang semakin menular didalam masyarakat kita pada hari ini. Sikap tidak 'suka menjaga tepi kain orang' walaupun dalam keadaan musibah datang melanda.

Ucapan alu aluan Pengerusi KRT Bukit Depu
Ia satu program yang penuh bermakna. Dalam ucapan alu aluan Pengerusi KRT Bukit Depu menyatakan ‘ ianya malam yang penuh bersejarah buat SRS KRT Bukit Depu kerana kesudian Tuan Halim melapangkan masa berkongsi pengalaman yang amat berguna buat dikongsi dengan SRS KRT Bukit Depu dan masyarakat keseluruhan”
Puan Hjh Norma, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu menganggap malam yang penuh bersejarah seperti ini bukan selalu berlaku, apatah lagi pada malam tersebut terdapat tamu istimewa dari KRT Fasa2 Bandar Utama Batang Kali Selangor yang turut sama mendapat menafaat dari ceramah yang diberikan.
Dari k/kn Pn hjh Norma,En Asrul,Tn Abd Halim,En Sharuddin,En Mohamad Ismail,En Fauzan
Selain daripada Tuan Abd Halim dan Pn Hjh Norma , tetamu lain ialah Tuan Fauzan, Pengarah Bomba Negeri Terengganu, En Azrulnizam yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Terengganu, Sarjan Ngah dari balai polis Kuala Terengganu, En Shaharuddin Ismail,Penghulu Mukim Bukit Besar, En Roslan Rahmat, Timbalan Pengerusi KRT Fasa 2 Batang Kali dan rombongan, dan En.Mohammad Ismail, Pengerusi JKKK Kg Bukit Depu.
Tn Hj Dol menyampaikan Cenderahati untuk Tn Abd Halim sambil diperhati oleh En Asrul
Tn Abd Halim menyerahkan sijil kepada SRS Bukit Depu
Seluruh warga KRT Bukit Depu ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak Jabatan Polis Kuala Terengganu terutamanya kepada Tn Abd Halim diatas kesudianya memberi ceramah dan kepada pihak JPNIN Negeri Terengganu. Tak lupa juga kepada En Nordin yang membenarkan pihak kami menggunakan rumah beliau sebagai 'pentas' dan penduduk setempat yang memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment