Tn Hj Dol membuat ucapan alu aluan
Dalam ucapan balas En Roslan begitu terharu bagaimana Tn Hj Khalid telah menghubungi beliau dan rombongan sejak 4.30 pagi bertanya khabar tentang kedudukan perjalanan dan dimana kami berada. “ KRT Bukit Depu telah membuatkan kedatangan kami begitu penting dan istimewa, dan saya yakin jika kami ada setiausaha seperti Hj Khalid KRT Batang Kali Fasa 2 akan berada ditempat yang paling terbaik.Sebaliknya jika KRT Bukit Depu mempunyai 10 orang seperti Hj Khalid KRT Bukit Depu berada dalam bahaya..” beliau bergurau.
Rombongan dijamukan dengan makan pagi dimana pertukaran cendera hati juga dilakukan. Seterusnya rombongan dibawa melawat sekitar Kuala Terengganu oleh pemandu pelancong ‘bidang terjun’yang baru dilantik iaitu Pengerusi KRT Bukit Depu sendiri. Diantara tempat menarik yang dilawati ialah:-
- Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man
- Muzium NegeriPusat Jualan Keropok di Losong
- Bandar Warisan Kampung Cina
- Pantai Batu Buruk
- Nor Arfa Batik
Selepas itu makan tengah hari di Dataran Batu Buruk Pada Jam 5.00 petang akan berlangsung Pertandingan Menangkap Ketam dan Bola Sepak Pantai dan Pertandingan Membina Istana Pasir untuk Tunas Jiran.
Slide Aktiviti Menangkap Ketam & Bolasepak Pantai
Pada sebelah malam rombongan akan menjadi tamu khas dalam program SRS Bersama Polis pada jam 8.30 malam, bertempat diTaman Sangsura Bukit Depu.
Kenangan yang tak mungkin kami lupakan... terima kasih atas layanan 1st class.
ReplyDeleteRoslan
Timb Pengerusi KRT Fasa 2, Batang Kali
Salam ukhwah Tuan dan semua , kami terima dengan penuh rasa ikhlas dan rendah hati,janganlah ibaratkan kami dengan sanjungan yang begitu tinggi.Kami hanya manusia biasa macam tuan2 dan puan2 jugak,cuma telah ditakdirkan,kami
ReplyDeletememperolihi apa yang kami usaha, doa dan
kerjasama serta persefahaman , telah berlaku dalam keadaan baik,kami sedar ini semua bukan milik kami.Ini adalah amanah yang disalurkan kepada kami untuk dikongsi kepada yang lain demi kebaikan agama serta kekuatan ummah serta yang penting sebagai orang Mukmin yang bersatu padu.
Bro! buat le pautan krt blog tuan ke KRT F2 kami...
ReplyDeleteBeres Tuan, bisa diuruskan.
ReplyDelete