Wednesday, December 23, 2009

Jamuan Perpisahan Pengarah JPNIN Versi KRT Bukit Depu

Tanggal 21.12.09, Jam 9.00 malam bertempat diPerkarangan Pos Kawalan KRT Bukit Depu, menyaksikan satu jamuan perpisahan diadakan untuk En Mohd Khalil Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Perpaduan dan dan Integrasi Nasional(JPNIN) Negeri Terengganu yang akan bertukar ke Negeri Melaka. " Kita mahu majlis yang simple dan santai dan bertemakan kekampongan buat meraikan tetamu kita kali ini, versi Bukit Depu" Itu adalah luahan Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol Razlan apabila cadangan majlis ini dikemukakan. Benar bagai dikata masakan gulai kampong, sambal belacan dan ikan kering merupakan menu istimewa yang disediakan pada malam tersebut. Ditambah pula dengan tapai pulut sebagai 'pencuci mulut.'

Tn Hj Dol bersama AJK KRT Bukit depu menyambut ketibaan En Khalil

Tetamu istimewa(L-R En Azilan, Prof Dr Mat Zakaria, Prof Dr Che Abdullah,Prof Dr Hasbullah)

(L-R )Tn Hj Harun,En Azilan, Prof Dr Mat Zakaria, Prof Dr Che Abdullah,Prof Dr Hasbullah,En Mohd Ismail,En Fauzan Ahmad

(R-L)Pn Hjh Norma,Cik Za, En Khalil, Tn Hj Dol,Pak Wahab
Ketibaan En Khalil telah disambut oleh para AJK KRT yang terdiri daripada wakil Jiran Wanita, Jiran Muda, Tunas Jiran, Jiran Warga Emas dan Kumpulan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Tetamu tetamu pada malam tersebut ialah Profesor Dr Mat Zakaria - Dekan Fakulti Pertanian Dan Bio Teknologi UDM, Profesor Dr Che Abdullah Abu Bakar - Dekan Fakulti Sain Permakanan UDM, Profesor Dr Hasbullah Mohamad - Ketua Jabatan Pertanian dan Bio Teknologi UDM. En Fauzan Ahmad - Pengarah Bomba Negeri Terengganu, En Mohamad Ismail - Pengerusi JKKK Bukit Depu. Selain dari itu tidak ketinggalan Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu, Pn Hjh Norma Mohd Nor dan Pegawai2 JPNIN Negeri Terengganu.
Tn Hj Harun memimpin doa

Tn Hj Dol membuat ucapan

Acara dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Tn Hj Harun dan ikuti dengan ucapan oleh Tn Hj Dol Razlan, Pengerusi KRT Bukit Depu. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa ''...bukan mudah buat 244 buah KRT yang sekarang berada diNegeri Terengganu menerima perpisahan ini , kerana semua diantara mereka tahu bahawa kerja kerja yang dijalankan oleh Tuan Pengarah dengan penuh ikhlas ini telah membawa kejayaan yang cukup besar kepada perkembangan dan kemajuan perpaduan dan integrasi dikalangan KRT KRT masing masing."

Beliau seterusnya membawa contoh dibawah kepimpinan En Mohd Khalil Hj Ahmad , KRT KRT diNegeri Terengganu dinilai prestasi serta peranan masing masing , sama ada mereka 'on the right track' memenuhi saranan Kerajaan melalui JPNIN. Hasilnya kita dapat melihat KRT Gong Baru telah berjaya menyandang anugerah KRT Cemerlang diperingkat Negeri dan Nasional pada tahun 2007. Banyak KRT KRT yang baru telah menempah nama dalam memenangi anugerah anugerah pada Malam Jasamu Dikenang 2007 peringkat negeri dan Anugerah Malam Setulus Kasih Seiring Budi kerana memenuhi seruan dan amanat Kerajaan. Allah telah memberi beliau peluang untuk menjawat jawatan yang tinggi sebagai hadiah kepada ketekunan dan keikhlasan menjalankan tugas , sesiapapun akan mendapat peluang yang setimpal kepada apa yang dilakukan. Oleh itu apa yang yang ditinggalkan hanyalah sebuah jasa yang menjadi ukuran kepada orang yang merasainya. Beliau mengakhiri ucapan dengan berpantun.

Disana padi disini padi Itulah nama sawah dan bendang Disana budi disini budi Baru sempena bernama orang Kalau ada pauh didaik Bawa sebiji ketanah seberang Kalau ada budi yang baik Sampai mati dkenang orang

En Khalil membuat ucapan dan pesanan

En Mohd Khalil pula dalam ucapan balasnya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana kesudian KRT Bukit Depu meraikan beliau. Padanya jasa dan pengorbanan ahli KRT lebih mulia kerana sanggup bekerja secara sukar dan rela tanpa apa apa imbuhan jika dibandingkan dengan beliau dan pegawai2 yang bekerja mendapat gaji. Kerana itu lah untuk mengenangkan jasa dan pengorbanan tersebut beliau mengadakan majlis seperti Malam ‘Jasa Mu Dikenang’ dan ‘Malam Setulus Kasih Seiring Budi’. Beliau selalu mengarahkan pegawai pegawai di JPNIN turut hadir apabila dijemput ke Mesyuarat KRT dan aktiviti yang dijalankan untuk memberi semangat dan perangsang kepada ahli ahli KRT untuk terus maju. Baginya kejayaan yang diperolehi amat jelas ,perkembangan KRT begitu ketara dan ini membuktikan KRT KRT berada dilandasan yang betul terutamanya KRT KRT daerah Kuala Terengganu. Tanpa perpaduan kita tidak akan ada dalam keadaan yang begini. Pada beliau KRT Bukit Depu mempunyai keistimewaan kerana mempunyai daya kreativiti yang jelas dan tersendiri. Banyak idea idea yang dapat dipetik pada setiap program yang dianjur. Ianya mempunyai kelebihan tertentu. Umpamanya Program Berbalas Pantun dan Program Debat yang diadakan,.."walaupun ianya acara biasa, tetapi KRT Bukit Depu telah berjaya mentransformasi menjadi ia menarik dan begitu kreatif sekali. Sebab itu setiap kali saya dijemput dan kalau saya ada masa dan ruang saya tetap akan datang" katanya. Beliau turut memuji blogsite krtbukitdepu.blogspot.com yang telah berjaya menarik pengunjung dari luar negara dan ini merupakan kejayaan yang positif dan menarik perhatian umum dan peringkat dunia untuk mengetahui tentang kegiatan KRT Bukit Depu. Ini menjadi tauladan kepada KRT yang lain. "Insyaallah saya akan melayarinya untuk mengetahui tentang perkembangan dari masa kesemasa" ujarnya. Pada akhirnya beliau berharap ''semoga terus berjaya dalam mengadakan aktiviti dan bertenaga dalam mengharungi kerja kerja sukarela ini. Kerja kerja perpaduan ini adalah satu ibadah dan dituntut dalam oleh agama. Bersikap positif, bersangka baik dan menerima jiran jiran tetangga" pesannya. Beliau mengakhiri ucapan dengan dua buah pantun:-

Pucuk pauh delima batu Anak sembilang ditapak tangan Walaupun jauh beribu batu Hilang dimata dihati jangan Tinggi tinggi simata hari Anak kerbau mati tertambat Kejayaan KRT Bukit Depu telah terbukti Harap dapat kekalkan sepanjang hayat.

Tn Hj Dol menyampaikan sebuah cenderahati bagi buat kenangan kepada En Mohd Khalil.

Para hadirin menikmati masakan kampong yang di sediakan dengan penuh minat

Akhirnya semua hadirin disajikan hidangan masakan kampong yang disediakan oleh AJK Jiran Wanita . Selamat bertukar En Mohd Khalil b Hj Ahmad serta keluarga. Semoga Allah merahmati serta memberi kebaikan buat tuan dan usaha usaha murni tuan itu. Jagalah kesihatan semoga bahagia selalu. KRT Bukit Depu sentiasa membuka pintu bila bila masa Tuan berada diKuala Terengganu.

Monday, December 21, 2009

Malam Sejambak Budi

Tanggal 18hb Disember 2009, Jam 8.00 malam bertempat di Dewan Seri Melor, Terengganu Equestrian Resort(TER) K.Terengganu, telah diadakan satu Program 'Malam Sejambak Budi' anjuran bersama Jawatankuasa Penyelaras RT Daerah Kuala Terengganu dan Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Terengganu bagi meraikan Encik Mohd Khalili Hj Ahmad, Pengarah JPNIN Negeri Terengganu yang akan bertukar ke Melaka. Acaranya sederhana tetapi cukup meriah dan bermakna. Perjalanan acara malam tersebut begitu santai sekali dengan pengacaraan majlis dilakukan oleh pengacara puitis saudara Shafiai Mohd Amin (Cikgu Zul) dengan bait bait pantun yang mengusik kalbu. Pada malam itu juga kami telah dihiburkan dengan nyanyian oleh kumpulan Sri Seni Warisan Sezaman.

En Khalil bersama Jawatankuasa Penganjur

KRT Bukit Depu telah diwakili oleh tiga orang AJK iaitu Tn Hj Khalid Yaccob, Tn Hj Harun Mat Diah dan saudara Alias Che Muda. Acara dimulakan dengan ucapan Tn Hj Ismail Awang selaku Pengerusi Penyelaras RT Daerah K.Terengganu dan diikuti oleh Pn Hjh Norma, Pegawai Perpaduan Daerah K.Terengganu.

Pn Hjh Norma membuat ucapan

Dalam ucapanya, En Khalil telah melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada semua diatas sumbangan dan kerjasama yang diberikan selama dua tahun lima bulan beliau menarajui JPNIN Negeri. Banyak KRT KRT baru telah didaftarkan, kumpulan SRS dan Tabika perpaduan bertambah. Dimasa itu juga banyak kejayaan yang telah dicapai dan beliau amat berpuas hati dan amat bangga apabila KRT Gong Baru telah dinobatkan sebagai KRT Cemerlang diperingat kebangsaan pada tahun 2008. Ini merupakan satu sejarah yang sukar dilupakan beliau.

En Khalil membuat ucapan
Beliau bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh Pengerusi Majlis iaitu fenomena datang dan pergi, berhijrah merupakan suatu kelumrahan yang telah menjadi resam dalam profesion dan kerjaya seorang yang bergelar pejawat awam. Beliau mengakhiri ucapan dengan dua buah pantun.
Kalau ada sumur diladang Boleh kita menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi Tuai padi antara masak Jangan sampai layu layuan Intai lah kami antara nampak Esok jangan rindu rinduan
Bermesra bersama tetamu

Mengabadi kenangan manis bersama AJK KRT Bukit Depu

Sambil menikmati alunan gemersik dari penyanyi2 jemputan

Pada kita semua pula apabila tiba waktu dan ketikanya untuk berhijrah..apa yang terbuku dibenak perasaan dan sanubari adalah secangkir kesayuan, secubit kesedihan. Lebih sayu lagi apabila mengenangkan sambutan 'Malam Sejambak Budi' ini adalah untuk mereka yang istimewa, kerana Ybhg Tuan Pengarah begitu berharga.

Sumbangan cenderahati buat yang teristimewa

Tiada kata secantik bahasa Hendak diluah segala rasa Terima kasih untaian jasa Budi mu tuan seputih mutiara Bertinta emas riwayat gemilang Nama mu tersohor dipersada perpaduan Budi mu luhur tiada terbilang Jasa dan bakti harum dikenang.

Thursday, December 17, 2009

13 Anugerah Hargai Kecemerlangan KRT

Berikut adalah keratan akhbar 'Sinarharian' Selasa 15.12.09 edisi Terengganu mengenai Malam Setulus Kasih Seiring Budi anjuran JPNIN Negeri Terengganu diPusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man.

MALAM SETULUS KASIH SEIRING BUDI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2009.

Pusat konvensyen Taman Tamadun Islam , Pulau Wan Man Kuala Terengganu malam Ahad 5.12.2009 telah menyaksikan upacara penuh bersejarah kerana pengiktarafan yang paling istimewa diberikan kepada KRT KRT yang layak sepanjang tahun 2008 dan 2009.

Para tetamu kehormat

Para jemputan memenuhi Dewan Konvensyen TTI

Keluasan dewan konvensyen Taman Tamadun Islam yang dapat memuatkan 2500 pengunjung, dihiasi dengan perhiasan serta peralatan yang termoden dengan lokasi yang lapang , lampu lampu yang indah mampu mengalahkan hotel hotel bertaraf 5 bintang diLembah Kelang dan Hotel DiGenting Highland kami rasa.

Majlis telah dirasmikan oleh Senator T.Murugiah,Timbalan Menteri DiJabatan Perdana Menteri. Dalam mesej yang pendek dan penuh bermakna beliau menyebut tentang betapa konsep 1Malaysia perlu dipraktikan dalam masyarakat Malaysia hari ini demi kesejahteraan kaum, tanpa mengira kita ini bangsa melayu, Cina atau India atau kaum kaum yang yang lain yang terdapat diSabah dan Sarawak. Kita ini adalah satu Bangsa Malaysia.

Beliau membuat contoh, "semasa kita didalam wad kecemasan dalam keadaan tenat dan memerlukan bantuan darah , apakah kita bertanya darah siapakah ini , darah orang Cina ke ,darah orang India ke ,darah Orang Melayu ke dan sebagainya..kita hanya menerima darah itu dimasukan kedalam tubuh kita tanpa sebarang soal…. bukan.?”
Begitulah dalam konsep 1Malaysia, jika persoalan kaum masih menjadi isu serta persoalan yang boleh menghalang kemajuan , negara kita Malaysia tidak akan makmur dan berkembang.Sebab itu Perpaduan dan Integrasi Nasional memainkan peranan yang cukup penting yang diamanahkan kepada KRT KRT yang berada dibawah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Tn Hj Dol bersama para wakil Pencalonan KRT Terbaik

Para Penerima Anugerah SRS Terbaik

Para perwakilan dari KRT Bukit Depu

Negeri Terengganu mempunyai 244 buah KRT dari 7 Daerah , sebanyak 35 KRT telah terpilih sebagai KRT KRT Terbaik & Cemerlang Dalam 12 kategori termasuk Satu Anugerah Khas Panel diujudkan oleh Panel Hakim telah disandang oleh KRT Bukit Depu diatas keberkesanan menyampaikan berita KRT keseluruh dunia menerusi laman blognya krtbukitdepu.blogspot.com.

Kami merasa sungguh terharu serta bersyukur kepada Allah s.w.t.kerana telah diberi penghormatan untuk menerima penganugerahan tersebut.

Kata Pengerusi Tuan Hj Dol Razlan Yusof . “ ini lah yang membezakan kita dengan KRT KRT lain pada malam ini, ia nya suatu yang mengejutkan dan amat sentimental." Dalam masa yang sama KRT Bukit Depu juga mendapat dua penganugerahan lagi ia itu KRT TERBAIK dan SRS TERBAIK 2009.
Kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kepada Jawtankuasa Pengelola Malam Setulus Kasih Seiring Budi Peringkat Negeri Terengganu 2009, pada Puan Hjh Norma Mohd Noor serta kakitangan Perpaduan Daerah Kuala Terengganu , yang telah memberi semangat , tunjuk ajar dan kerjasama dalam program program yang kami adakan.

Persembahan Tarian tradisional oleh anak2 Ahli KRT

Kepada En.Mohd Khalil bin Hj Ahmad ,Pengarah JPNIN Negeri Terengganu beliau seorang pemimpin yang kami kagumi, yang telah berjaya mengadakan majlis yang penuh gemilang serta amat bersejarah ini.
Kami bersyukur kehadrat Allah yang telah memberikan nikmat perpaduan dan integrasi dari rahmat serta kebesaranNya.
Salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Kunjungan Anak Angkat diHari Raya Aidil Adha

Lanjutan dari program Anak Angkat Sempena Kursus Orientasi Pegawai Pegawai Persekutuan Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan yang dianjurkan oleh JPNIN Negeri Terengganu pada 20.5.2009 hingga 23.5.2009 lalu.(Klik disini untuk program itu) KRT Bukit Depu merasa bertuah kerana menerima kunjungan anak angkat Tuan Hj.Khalid Yaacob - Defna Jacqueline Mosinoh, bersama temannya Marien kerumah Pengerusi Tn Hj.Dol Razlan pada petang Jumaat 27.11.2009 ia itu pada Hari Raya Haji .
Beramah mesra bersama Pengerusi sambil menikmati hidangan yang di sediakan (L-R Marien, Defna dan Tn Hj Dol)
Mereka yang dalam rangka lawatan yang singkat keKuala Terengganu, sempat menziarahi kedua dua keluarga angkat mereka , menanyakan khabar sambil beramah mesra dengan ahli keluarga serta merakamkan rasa terima kasih serta berharap jalinan persaudaraan ini terus kekal sampai bila bila.
Kedua dua mereka dijamukan dengan makan malam dirumah Pengerusi dan diberi hadiah kuih muih tempatan yang sangat digemari oleh mereka , ia itu “ kayu keramat” oleh bapa angkat Tuan Hj.Khalid Yaacob yang juga Setiausaha KRT Bukit Depu.
Defna berasal dari Penampang dan Mariaen yang sekarang bekerja diJabatan Kerja Raya diWilayah Persekutuan . Mereka berdua berlepas pulang keKuala Lumpur pada 28.11.2009 jam 3.00 petang setelah membeli belah diPasar Kedai Payang Kuala Terengganu. Kedua dua mereka berada diKuala Terengganu selama 2 hari.

Maafkan Kami

Kami memohon beribu kemaafan kepada semua pengunjung dan pembaca diatas kelewatan untuk mengemaskini blog ini. Ianya berpunca daripada masalah teknikal yang pihak kami alami dan beberapa lagi masalah yang tidak dapat dielakkan.

Sunday, November 22, 2009

GOTONG ROYONG MEMBESAR POS KAWALAN KRT BUKIT DEPU

Sebenarnya persetujuan untuk memperbesarkan Pos kawalan yang berukuran 10’ x 10’ ini sudah lama dibuat. Tetapi setelah segala usaha yang ‘rasmi’ menemui jalan buntu maka kami bertekad untuk meneruskan juga dengan cara bergotong royong secara yang mampu. Gambar yang disiarkan bersama ini cukup bagi mengiakan keadaan sebenarnya. Adegan adegan yang diPAMIRKANkan adalah tulin, suci dan murni.
Kerja kerja mengali, mengukur dan menanam tiang bermula pada 14.8.09
Alhamdulillah hasil dari semuanya ini kami telah banyak mempelajari tentang kerjasama, kesungguhan, minat, kemampuan, pengorbanan, kedermawan, keikhlasan dikalangan para AJK serta penduduk mukim dari segi sumbangan kewangan, tenaga, kepakaran dan sokongan moral.
Kerja kerja dilakukan disebelah malam
Tiga tahun yang lalu tidak kami fikir akan memiliki pos kawalan seindah ini , kami kata indah kerana ianya adalah hasil usaha kami ,tidaklah secantik, seteguh, seindah bangunan yang dibena oleh kontraktor dari projek projek yang kebiasaanya ditender sebelum dibangunkan,tapi itulah pada kami satu kebangaan.
Kecekalan dan kemahiran seorang sukarelawan
Memang kredit yang istimewa patut diberikan kepada penggerak utama Tn Hj Khalid Yaacob, kerana tanpa kesungguhan dan kecekalan beliau mungkin pembesaran Pos ini masih dalam alam cita-cita. En Mansur Embung, En.Nordin, En Abu Bakar, Cikgu Nasir dan yang lain lain. Pengerusi KRT Bukit Depu, Tn Hj Dol sendiri turut sama membantu mempamirkan kecekapan beliau mengecat keseluruhan bahagian pos tersebut luar dan dalam. A 'Leadership by example.' Mereka ini walaupun sibuk disiang hari kerana tugas rasmi tetapi masih ada masa dan waktu untuk sama sama membantu bagi menyiapkan kerja kerja pembesaran pos kawalan ini diwaktu malam pula dalam memberi sumbangan sehingga terbinanya pos kawalan kita yang baru ini. Adakala hari minggu dikorbankan untuk kerja kerja sukarela ini.

Bukankah ini satu gabungan , satu kemenangan dari kesabaran yang telah kita dapat hasilkan dari elemen perpaduan?

Hasil nya setelah siap

Berukuran 240 kaki persegi bukanlah terlalu besar, tapi mencukupi untuk pengisian peralatan kawalan,minuman, tv, meja mesyuarat, sofa, kerusi untuk penggunaan kawalan serta mesyuarat dalam satu masa. Alhamdulillah ia boleh memuat seramai 25 orang dalam bentuk teater style, dilengkapi dengan hawa dingin 1.5 hp.

Dilengkapi dengan overhead lighting

Kabinet kaca untuk souvenir

Pendingin hawa 1.5hp

Sebahagian siapan disebelah dalam

Kita sengaja tidak mahu mengumumkan bentuk sumbangan dari siapa dan apa serta berapa kerana kita percaya sesuatu yang ikhlas bukan untuk dinilai oleh mahkluk tapi sebagai bekalan akhirat yang akan kita bawa bila kita kesana nanti.Yang penting amanah yang diberi , kita sempurnakan dengan baik serta betul tanpa kepentingan peribadi dan pembaziran.

Apa yang kita nampak semakin matang beberapa individu dari kalangan AJK Tertinggi KRT Bukit Depu mentadbir masa , keperluan dalam mempertingkatkan keselesaan menguruskan perjalanan konsep perpaduan yang akan menempuh banyak lagi liku liku permasalahan semasa , baik dikalangan ahli atau masyarakat mukim. Sekarang seolah olah sebahgian dari itu sudah selesai kerana kita telah ada tempat serta ruang yang selesa untuk berbincang serta menyelesaikan masaalah.

Inilah kebanggaan hasil dari rasa ikhlas dikalangan sebahagian individu yang telah mengorbankan masa , tenaga wang ringgit , serta bersemangat tinggi , sehingga pembesaran pos kawalan ini terhasil , semata mata kerana meletakan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan sendiri , semoga pengajaran ini dapat dipelajari ,diperfahami oleh AJK AJK lain dalam kesenambungan kemajuan perpaduan masyarakat mukim amnya.
Pos kawalan KRT Bukit Depu, ianya bukan satu kesombongan tapi satu kerendahan hati ianya satu ‘facelift’ yang sempurna.
Satu Gabungan Ikhlas , Satu Pakatan , Satu Hasil , Satu Kepuasan....!