Thursday, December 30, 2010

SELAMAT TINGGAL 2010

Berlainan Wajah
kita berdua duduk disini kerana berlainan suasana mencari perbezaan dibawah rimbunan daun yang jarak perbezaannya jauh dan dalam kontranya menyerlah warna kehidupan putih kehijauan. kenapa ya kita berbeza keinginan sama bertujuan serupa yang tercapai sangat takkemana. semalam kita berada disini pun hari ini melihat matahari bukan dengan matahati kerana membiar waktu yang pergi. apa yang kita ada jika persekitaran ini adalah belenggu perubahan yang kita cari tukarlah hati demi diri dan saat menanti. selamat tinggal putih yang kehijaun yang selama ini menyelubungi harapan dan hiburan pada cinta rindu dan sayang. dry taman sangsura 31.12.2010

Perutusan Tahun Baru 2011 Dari KRT Bukit Depu .

Assalamualaikum wmth. Semua warga KRT yang dikasihi diseluruh negara , dan pengunjung blog ini. Hari demi hari yang pergi dan masa yang ada , hanya kesedaran akan berlabuhya tirai tahun 2010 dan akan diganti dengan tahun baru 2011. Apa yang kita telah dapat sebenarnya , jika saat ini kita masih mencari apa yang kita cari. Yang pasti kita telah dibawa oleh ’ life transition’ yang kita percaya akan menjanjikan kebaikan demi kebaikan.

Apapun 2009 dan 2010 telah membukitikan kepada kita siapa kita pada hari ini ..atau 2005 – 2010 akan apakah peningkatan kehidupan yang kita capai . Masih merasa bahagiakah kita jika semalam kita tidak menghiraukan Asyura , Hari Tasyriq ,nikmatnya berjemaah Fardhu Subuh serta amalan lain umpamanya , yang menjadikan akan kita kebaikan dalam mempertingkatkan nilai diri sebagai ‘a good muslim’.

Memang diantara kita berubah bermula dari prasekolah , lulus dipusat pengajian tinggi, bekerja, kahwin, berkeluarga ,bertukar jawatan ,bercerai atau kekal pasangan atau menambah pasangan, kehilangan orang yang disayangi, berpindah kediaman, bersara, hari tua, masih mencari atau menyedari kehidupan, pergi haji dan sebagainya. Baru sekarang kita mula secara serius bertanya betapa soalan - siapa kita , untuk apa kita dan akan kemana kita , dan ini mula meminta jawapan dengan lebih serius sebagai pengisian kekosongan dalam diri kita. Secara peribadi , bila ini berlaku dalam diri kita , inilah perubahan . Inilah perubahan hakiki sebenarnya.

Alhamdulillah jika perubahan ini sedang berlaku dalam diri kita pada ketika ini , teruskanlah dengan mencari perubahan baru , harapan baru yang lain untuk tahun 2011 serta seterusnya , selagi kita tidak terbabas dari larangan agama kita.Dan kita sebenarnya tidak memerlukan tahun baru untuk berubah.Berubahlah kerana kebaikan. Saya bersyukur dengan nikmat serta pertolonganNya , yang telah KRT Bukit Depu lalui sepanjang Tahun 2010 , walaupun kita telah menempuh berbagai bagai dugaan jika dibandingkan tahun tahun sebelumnya.

Dengan sejumlah 33 program yang telah kami laksanakan sepanjang 2010 yang cukup bermakna buat anak mukim dan sekaligus telah membawa kita keMajlis Pelancaran Minggu Perpaduan 2010 Peringkat Kebangsaan diMITC Melaka pada 21-23 Mei dan disenaraikan diantara dalam 6 calun kategori Anugerah Pengurusan Rukun Tetangga Cemerlang dari seluruh Negara.Kami rasa inilah kemuncak keupayaan KRT Bukit Depu yang mewakili Negeri Terengganu pada tahun 2010.

Walaupun kita terpaksa menempuh keadaan kewangan yang serius dari dalaman dan dengan pihak JPNIN Daerah Kuala Terengganu, namun KRT Bukit Depu tidak pernah bertukar wajah.Kami masih ceria seperti dulu, SRS ,Jiran Muda ,Warga Emas , Jiran Wanita , Tunas Jiran bertanggungjawab penuh dengan masaalah sosial dan kemasyarakatan anak anak mukim. Tanggungjawab tidak pernah berubah. Dugaan dugaan ini rupanya telah memberikan kami suntikan inspirasi dengan membuka lembaran serta peluang kehidupan baru.

Serentak dengan peluang yang diberikan ,pada 15 November 2010 , KRT Bukit Depu telah dilantik menjadi wakil pengedar untuk Kuih Baulu dari Sri Marang Food Interprise ,Pengedar Makanan Barat Sejuk Beku dari Nuriq Enterprise dan Pengedar Kacang Goreng dari Hadi Sdn.Bhd, untuk dipasarkan dipasaran tempatan dan luar Negara.Insya Allah KRT Bukit Depu akan melangkah setapak lagi diarena perusahaan dan pemarasan dengan partnership bersama pengusaha tempatan.

Tanggungjawab ini akan diuruskan sepenuhnya oleh Jiran Wanita dibawah pengerusinya , Puan Mariam. Kami berharap akan sokongan serta ingin berkongsi peluang keuntungan dari perusahaan ini khasnya dikalangan KRT seperjuangan.Hubungilah kami untuk keterangan lanjut.

Sepanjang hari hari 2010 yang berlalu KRT Bukit Depu hanya mampu tersenyum serta bersyukur dengan apa yang ada dan cuba mempelajari lebih jauh akan kelemahan dalam kehidupan , kerana disitu terletaknya university terakhir seorang insan.

Kami tidak akan lupa pada jasa jasa , tunjuk ajar , kerjasama , kasih sayang , persefahaman , semangat perpaduan yang diberikan kepada kami sehinga kami menjadi seperti KRT Bukit Depu hari ini dan kami memohon semangat serta sokongan moral yang berterusan seperti ini terus berkekalan.

Sehubungan dengan itu mana mungkin untuk tidak menyebut nama nama penting seperti Pengarah dan Pegawai Pegawai JPNIN Terengganu Pegawai JPNIN Daerah Kuala Terengganu ,Pengarah JPNIN Melaka ,Polis DiRaja Kuala Terengganu , Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu , Jabatan Anti Dadah Kebangsaan Terengganu ,Fakulti Sains Pemakanan Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,Seketeriat Rukun Negara Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,MAIDAM Terengganu .Yayasan Islam Terengganu , Jabatan Agama Terengganu ,Pondok Darussalam Kuala Terengganu , Penyelaras DUN Batu Buruk ,Pegawai Pembangnan DUN Batu Buruk ,JKKK Bukit Depu ,AJK Surau Bukit Depu , AJK Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) ,RT Fasa 2 Batang Kali Selangor, RT Taman Likas Kota Kinabalu Sabah , RT Ketereh Kota Bharu Kelantan ,EONCAP Islamic Bank Berhad Kuala Terengganu , Berita Harian Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu , serta mana mana badan kerajaan , swasta , NGO dan orang persaorangan yang tidak tersebut namanya disini. KRT Bukit Depu mengucapkan ribuan terima kasih daun keladi yang tidak terhingga.Terima kasih diatas segala galanya.

Kepada Pengerusi Jiran Wanita dan AJK , AJK Tertinggi KRT Bukit Depu yang telah menjadikan tahun 2010 dan sebelumnya , tahun tahun yang meningkat baik dan penuh kejayaan yang tidak pernah dimimpikan.KRT Bukit Depu berhutang jasa dan kebaikan.Samoga 2011 yang membuka tirai , usaha dan kerjasama diantra kita kian ranum , mesrahati , berwibawa, ikhlasbudi dan lebih memahami dengan ayat ayat cinta yang tidak jemu dibaca.(Al Quran)

Tak kurang rasa terima kasih yang penuh terharu kepada pengunjung pengunjung blog krtbukitdepu.blogspot.com.

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua dari KRT Bukit Depu semoga kita semua peroleh kejayaan baru dengan pengalaman yang terdapat dari 2010 yang pergi , pandai pandailah mengubah masaalah menjadi peluang kejayaan dan kebaikan yang dicari.

Salam Perpaduan dan Salam 1Malaysia.

dry Pengerusi KRT Bukit Depu 31.12.2010

Tuesday, December 14, 2010

Catitan Dairi Pengerusi KRT Bukit Depu (5)

Salam dari Hong Kong .
3 Disember – 10 Disember. 2010
Seperti yang kita ketahui Kowloon dan Hong Kong sudah jadi milik China , dibawah pentadbiran Special Administration Region (SARs) of the People Republic Of China (PRC). Sebuah pulau yang membangun pesat dirantau Asia , macam sebuah lagi pulau Singapura yang besar , dengan penduduknya lebih high tech . Penggunaan gadget , seperti ipod , ifone dimana mana : dari kanak kanak berumur 3 tahun sehingga orang orang tua, didalam aktiviti harian mereka dimana mana dan setiap masa adalah fenomena biasa diHong Kong.

Terdapat 88 stesyen MRT yang menghubungi Tanah Besar Kowloon dengan Hong Kong dilengkapi wifi termasuk semasa berada didalam MRT, ini tidak termasuk ditempat kemudahan awam , pasar raya restoran , bas , teksi , boat , ferry serta kapal semuanya terdapat kemudahan wifi. Sesungguhnya bekas pulau jajahan British ini jauh lebih maju dari apa yang disangkakan semasa saya berada disini 11 tahun lalu . Dengan perkembangan pesat teknologi , ekonomi , fesyen , pelancungan ,pelabuhan bebas antarabangsa yang sedang berkembang didunia , Hong Kong berjaya memukau pelancung dari kanak kanak (kerana Disney Land) sehingga orang dewasa (kerana shopping barang barang elektronik , pakaian) dengan harga yang ramai orang mampu.

Sebuah ifon dengan hanya berharga RM188.00 (HK430.00)..baju baju berjenama semurah RM25.00 yang datang dari China boleh didapati dikebanyakan jalan jalan serta bandar bandar yang terkenal disini.Ini tidak termasuk gedung gedung pakaian serta barangan kulit yang berjenama disepanjang jalan utama. Selama berada disini , saya sempat mempelajari beberapa perkara :-

1.Bahawa sikat adalah kepercayaan tradisi orang cina yang amat kuat yang boleh membantu kesihatan sesaorang . Dengan bersikat sebanyak 200 kali setiap malam atau setiap hari boleh memberi kesan yang baik kepada saraf , pemikiran disamping dapat memberi keterampilan yang segar , kemas dan ceria. Ini sekaligus meletakkan kedai kedai sikat berada diInternational Shopping Complex , MRT Station yang popular serta Hotel2 5 bintang.

2.Pisau seramik, yang dibuat dari seramik , tajam sepanjang hayat tak perlu diasah dan tidak berkarat dibuat diJepun dijual dengan harga HK40.00 (RM20.00)
3.Masjid besar Kowloon dan Islamic Centre dibanjiri 80 % jemaah dari Afrika selebihnya dari India dan Pakistan pada setiap Solat Fardhu.
4.Makanan Islam dari Pakistan seperti Nasi Beriani , kari kari , roti plata sudah senang didapati , lazat dengan harga berpatutan.
5.Apa yang penting untuk merasa selesa setiap masa kalau kita berada disini , ialah kasut dan kesihatan yang baik .Kerana perjalanan membawa kita kepada perancangan baru dalam satu hari , dari satu tempat kesatu tempat yang menarik tanpa jemu.
6.Tambang MRT yang murah , selesa ,cepat dan selamat .
7.Buahan seperti limau , strawberry , pisang , anggur ,jambu ,manggis ,mangga dan rambutan terlalu segar murah serta berkualiti.
8.Tempat tempat seperti Stainley Market , The Peak . Avenue Of Stars i.e symphony of light , dapat memberikan mesej kepada kita apa itu kemajuan , kebudayaan yang boleh meletakkan diri kita tentang apa itu keperluan kepada perubahan moden bagaimana melaksana serta menjaganya dengan baik.
Pada sesiapa warga krt yang akan ke Hong Kong sila hubungi kami krtbukitdepu.blogspot.com bagi mendapat tip tip yang perlu , jika belum pernah kesana.

Sunday, November 21, 2010

Pertukaran Tuan Fauzan b Ahmad ke PutraJaya

Apabila berlakunya perpisahan dengan orang yang kita sayangi, apabila mereka terpaksa meninggalkan kita dan tatkala dimana hasrat serta harapan takdapat berbuat apa apa lagi - maka kesedihan akan mengambil tempat dihati. Itu lah gambaran perasaan yang dirasai oleh sebilangan warga KRT Bukit Depu.
Tanggal Jumaat 19.11.2010 penuh dengan kesedihan dan kepiluan apabila Tuan Pauzan Bin Ahmad, Pengarah Jabatan Bomba negeri Terengganu telah ditukarkan ke Putrajaya sebagai Ketua Operasi Bomba disana. Beliau dan keluarga dengan rasminya meninggalkan KRT Bukit Depu dengan penuh kenangan manis setelah hampir dua tahun bersama sama dengan kami. Tidak banyak yang dapat kami berikan sebagai balasan budi kepada beliau dan keluarga selama kita bersama berkongsian pengalaman dan ilmu. Tuntutan tugas dan tanggungjawab lebih memerlukan beliau kesana.

Sebahagian dari warga KRT telah berkerjasama memberi pertolongan diasaat saat akhir mengangkat barang barang dan perkakas rumah keatas lori. Sebenarnya kami tidak mengharapkan apa apa balasan atau imbuhan diatas pertolongan tersebut kerana pada kami ini merupakan khidmat kepada jiran tetangga yang penuh berbudi. Namun disebalik semua niat itu, beliau tetap juga ingin menyumbang diatas segala khidmat yang sukarela diberi. Walaupun sungguh berat rasanya buat kami menerima , tapi Tuan Pauzan mintak juga saya menerimanya , “ ini bukan untuk sapa tapi untuk KRT Bukit Depu." sewaktu beliau menyerah sumbangan kedalam tangan saya.

Begitulah penghargaan beliau kepada KRT dan kepada kita semua sebagai sahabat , jiran dan anggota masyarakat yang cukup istimewa yang ditunjukkan kepada kita .
Sukar kami akan menemui lagi seorang makhluk Allah yang baik , berilmu ,mengamalkan sifat sifat keimanan seorang Muslim yang tinggi tapi rendah diri.

Selamat jalan Tuan dan keluarga , semoga Allah sentiasa merahmati dan memenuhi permintaan Tuan dunia dan akhirat. Pada kami walaupun perpisahan ini satu kehilangan tapi juga sejarah yang akan kami kenang sebagai ‘hembusan amal’ dimana pernah terjalinnya silaturahim persahabatan dan perpaduan diantara kita. Dapatkah pengertian itu disamaertikan sebagai kebenaran kepercayaan ? Kenapa ianya harus terasa demikian?
Apakah Perpisahan Itu Satu Kehilangan.

“BENGKEL WANITA PEMANGKIN RUMAH TANGGA BAHAGIA”

Tahun 2010 merupakan tahun amat bermakna bagi ketua jiran wanita kerana telah mula aktif dan mengorak langkah luar dari Kg Bukit Depu. Pada 29.10.2010 hingga30.10.2010 dimana enam orang peserta dari KRT bukit Depu telah di pilih menghadiri bengkel “Wanita Pemangkin Rumah Tangga Bahagia” Ianya diadakan di Agrotourism & Resort, Peladang Setiu.
Bengkel ini merupa satu aktiviti bidang sosial di mana pendedahan kepincangan institusi wanita dalam menempuhi arus pembangunan moden yang mencabar kewibawaan ibu - ibu dan isteri-isteri bagi membendung keruntuhan moral keluarga dan masyarakat amnya.
Program ini dijangka dapat membuka minda dan mengeratkan perpaduan dikalanagan penduduk setempat untuk mengekalkan keharmonian institusi kekeluargaan dan kejiranan amnya.

Seramai 131orang peserta dari seluruh KRT bersama Badan –Badan NGO negeri Terengganu telah mengambil bahagian.

Objektif program ini ialah bagi mewujudkan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang harmoni, gemilang dan terbilang serta memupuk semangat perpaduan demi mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain.

Program selama dua hari itu diantaranya meliputi ceramah, senaman, ‘team building, lawatan dan aktiviti lasak seperti berkayak. Setiap peserta telah diberi sijil penyertaan.

Wednesday, November 17, 2010

Catitan Diari Pengerusi KRT Bukit Depu (4)

Perutusan Salam Aidil Adha Salam 'Aidil Adha buat keluarga KRT Bukit Depu ,dan juga kepada pengunjung blog krtbukitdepu.blogspot.com, semoga Allah memberkati serta memberi kekuatan dalam menempuh ujian serta kerja kerja harian kita semua.
Dalam usaha kita yang tercapai setakat ini , pandai pandailah kita menghitung kesukaan kita dengan kesyukuran ,dalam kesenangan kita hitung dengan kelupaan amal kita, dan dalam musibah kita ukur dengan ketenangan hati yang penuh kesabaran.
Sesungguhnya didalam kebesaran Aidil Adha ini terkandung pengajaran yang besar buat Umat Islam , khususnya buat kita yang telah tertinggal jauh dipersempadan ilmu jika dibandingkan para sahabat dizaman Rasulullah.Persoalannya masihkah kita tidak mahu maju dalam segala kekurangan yang ada pada kita. Bak kata orang barat .."its the past thats makes who you are” tapi jika kita masih juga malas maka berdosalah kita , kerana malas itu menyekat kita dalam kewajiban mengenal diri dan mengenal Allah, hidup sambil lewa dan malas berfikir. Kadang kadang kita perlu menjadi tua untuk memahami kedudukan sebenar yang perlu dibaiki.
Demikanlah dalam kemulian Adha yang agung ini saya mengajak diri saya dan tuan puan semua meningkatkan pengorbanan yang abadi samaada pengorbanan jangka pendek atau jangka panjang kerana Allah .Mudah mudahan kita semua selamat didunia ini dan akhirat nanti.Marilah kita mulakan pengorbanan tahun ini dengan meninggalkan sifat dengki , moga moga kita mendapat kasih sayang Allah dan juga kasih sayang orang lain.
Salam Aidil Adha dan maaf zahir dan batin.... DRY

Saturday, November 13, 2010

Kursus Penyediaan Kueh Tradisional

Jiran Wanita KRT Bukit Depu bergambar kenangan bersama Pengerusi, Tn Hj Dol
Satu kursus khas Keusahawanan Kemahiran Pembuatan Makanan telah diadakan diMakmal Teknologi Makanan Fakulti Sain Pemakanan Universiti Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pada 4.11.2010.

Ucapan penerangan oleh Puan Siti Husna

Resepi Baulu Klassik yang diberi nama ,telah diadun khas oleh Puan Siti Husna dan pasukan dibawah Dekan Fakulti Sain Pemakanan Prof. Dr.Abdullah Abu Bakar, sekaligus telah berjaya mengangkat martabat rasa dan ketahanan baulu kepada satu tahap yang sungguh baik , bermutu serta lazat. KRT Bukit Depu telah diwakili oleh empat orang Jiran Wanita bersama sama Pengerusi dan Setiausaha.

Sesi motivasi oleh Tn Hj Dol Razlan

Pengerusi Jiran Wanita RT Bukit Depu,Puan Mariam menyatakan , sungguh rasa bertuah kerana telah diberi peluang menghadiri kursus yang sungguh bermakna ini.

Demostrasi penyediaan baulu dimakmal dilakukan oleh Puan Siti Husna

Pengarah Marang Food Enterprise , Tuan Hj Ghani Ibrahim bersama pekerja mereka juga menghadiri kursus. Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol Razlan Yusof yang telah bersungguh sungguh berusaha mendapatkan peluang dari pihak Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu , mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Dr Abdullah Abu Bakar dan kakitangan kerana telah memberikan layanan istimewa , ilmu serta kemahiran kepada kami semua.

Bergambar kenangan di hadapan Bangunan Makmal Teknologi Makanan

Dibawah program ini pihak Fakulti Sain Pemakanan UNISZA akan memantau Marang Food Enterprise dalam aspek pengurusan kualiti pembuatan, penyediaan serta pembungkusan dan KRT Bukit Depu pula bertanggungjawab pada pemasaran produk. Pekerja pekerjanya telah bersetuju untuk memajukan produk baulu klassik ini bagi di pasarkan pada waktu terdekat ini.
Para peserta kursus amat berpuas hati dengan pengolahan kursus yang diberi secara ‘hands on’ bagi mempastikan peserta betul betul mahir dalam pembuatan makanan bermutu , bersih , komersial serta menepati standard GMP yang tinggi ditambah lagi dengan kunci matlamat dalam tunjuk ajar yang diberi selama satu jam semasa sesi motivasi oleh Tn Hj Dol Razlan sebelumnya dalam menghadapi pasaran global hari ini.
Baulu klasik ini tak lama lagi akan berada dipasaran ,dan pada mereka yang berminat bolehlah membuat tempahan melalui laman web krtbukitdepu.blogspot.com atau tel ,terus kepada no : 019-6033347 / 017-9184689 / 019-2144644 .

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Wau 2010

Sempena ' musim' permainan wau di Terengganu, KRT Bukit Depu melalui Jiran Muda turut memeriahkan suasana dengan menganjurkan Pertandingan Wau 2010. Ianya diadakan pada 1hb Mei, 2010 bertempat di Padang Bukit Depu dari jam 9.00pagi sehingga 5.00petang.

Taklimat Pengerusi Tunas Jiran Mengenai Syarat2 Pertandingan

Pertandingan dibahagikan kepeda empat kategori.
  • Wau Bulan

  • Wau Burung

  • Wau Barat
  • Wau Kanak kanak

Sebahagian dari peserta sedang menguji wau masing masing

Sambutan amat menggalakan dimana sebanyak 70 penyertaan diterima, tidak termasuk kategori kanank kanak. Hadiah berupa barangan eletrik disediakan untuk setiap kategori.

  • Johan: Kipas letrik bernilai RM120.00
  • Naib Johan: Seterika bernilai RM80.00
  • Tempat ketiga: Pemanas air bernilai RM40.00
  • 3 hadiah saguhati bernilai RM20.00 setiap satu.

Pengadil dan hakim terdiri daripada belia bela Kampong Bukit Depu.

Sunday, October 17, 2010

Keratan dan petikan akhbar tempatan.

Tiga Penyamun Dicekup Ahli KRT
Petikan Harian Metro 16.10.10

Kebakaran Rumah AJK Wanita KRT Bukit Depu

Pada 12hb Oktober 2010 lebih kurang pukul 4.00 petang satu kebakaran yang dasyat telah berlaku yang melibatkan kediaman Pn Rohani Abdullah, salah seorang AJK Jiran Wanita KRT kita. Selain dari rumah beliau, turut terlibat juga ialah kediaman bapanya yang terletak bersebelahan.Seluruh rumah telah dijilat api.
Puan Rohani bersama anakya

Keadaan rumah yang dijilat api

Apa yang menyedihkan ialah pada ketika itu suaminya tiada dirumah berada ditempat kerja. Cuma yang tinggal anak2 beliau yang masih kecil . Ketika pihak bomba dan polis tiba separuh daripada rumah sudah pun dijilat api. Orang orang kampong tidak dapat berbuat apa apa untuk membantu kerana api merebak cepat berikutan cuaca panas dan kering dan ditambah pula dengan angin yang kencang. Tiada apa yang dapat diselamatkan.

En Ismail (suami Pn Rohani)dan bapa
Mujur juga ketika api mula membakar beliau sempat menyelamatkan diri. Malangnya api begitu cepat merebak dan tidak dapat buat apa apa.Punca kebakaran dipercayai bermula kerana litar pintas.. Tidak tahu setakat mana kebenarannya.
Pihak AJK KRT Bukit Depu melalui Tn Hj Khalid, selaku setiausaha, telah membuat kutipan bagi membantu keluarga Pn Rohani . Sehingga kini sumbangan berupa pakaian turut diberi bagi meringankan beban keluarga tersebut. Berbagai pihak turut membantu dan ada juga yang berjanji akan usahakan untuk mendapat tempat tinggal yang baru bagi mengantikan yang telah musnah itu. Sama sama lah kita semua membantu sekadar yang mampu.

Thursday, October 14, 2010

Dari Catitan Diari Pengerusi KRT Bukit Depu 3

InsyaAllah jika kita mencari modal investment untuk akhirat. "Untuk berilmu jalannya berliku,dan bukan senang nak senang. Walaupun kita pernah melihat tulisan nama Allah, tapi kita belum tentu tahu dan kenal Allah." Itulah kata kata yang aku pernah diasak oleh datok ku dengan kalimah itu. Beliau seorang guru Al Quran dikampung ku.
Tak banyak yang dapat dimengertikan dari rangkaian ayat ayat tersebut pada usia sebudak 10 tahun .Walaupun keluruhan jiwa seorang datok begitu tinggi namun reality kehidupan yang aku alami tidaklah semudah mata memandang atau mulut berkata.
Jarak tahun tahun yang banyak membuka ruang kepada hidup seseorang bagi mencintai , rasa dicintai dan masih mencari nikmat cinta mengikut proses kedewasaan usia ,dengan tanpa guru pebimbing yang baik,teman dari orang alim yang boleh memberi teguran , serta petunjuk dari sahabat sahabat yang boleh dikongsi kebaikan amal sebagai penyelamat kehidupan.
Hidup ini dilayari , penuh dengan ruang ruang pilihan hati.Seperti buah buah epal didalam bakul , yang kecil , besar , manis , masam ,cantik , buruk dipasaran terbuka, kita yang pilih kita bayar harganya dan kita yang rasa kelainan nikmat dan khasiatnynya mengikut kemampuan ilmu dan tahapnya.
Pada masa aku kehilangan keutamaan sejauh mana cinta ku kepadaNya. Dan pada setiap kali aku dan kawan kawan menempuh kekecewaan ,aku rasa terlalu sedih , marah , hilang pedoman . Kesedaran daripada ketulusan rasa dan semua kekosongan yang berlaku dalam semua hal serta keadaan , setelah dipertemukan melalui hidayah iman dan taqwa, kita akan merasakan seluruh ketenangan.
Aku mencari mustajab doa , Bukan kerana memberitahu Allah apa yang aku pinta sahaja , kerana tanpa memberitahupun Allah sedia mengetahui , tapi aku berdoa juga sebagai pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya. Dan ketika aku juga dipertemukan dengan kawankawan yang masih menempuh jalan jalan berliku dan sukar.
Marilah sama sama kita berkongsi pengajaran.Tapi jika maksiat masih terasa nikmat dan maksiat itulah juga yang kita pilih dan akan kita bawa keakhirat,ketenangan yang kita harapkan tidak akan dapat kita capai. Malah kita kehilangan modal investment untuk akhirat yang merugikan.
Kekayaan sebenar ialah akal Kepapaan yang sebenar ialah rosak akal Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri Kemuliaan yang sebenar ialah akhlak yang baik (Saidina Ali bin Abu Talib) Tidaklah susah untuk pulang kepadaNya Tidaklah payah untuk tahu dan mengenaliNya. Semoga kita semua mendapat RedhaNya….InsyaAllah. Sekian untuk renungan dan fikir fikirkan lah. DRY
Everytime you feel like you cannot go on You feel so lost That your so alone All you is see is night And darkness all around You feel so helpless You can’t see which way to go Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3 Insya Allah you’ll find your way Insya Allah x3 Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake You feel you can’t repent And that its way too late Your’re so confused, wrong decisions you have made Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope Cause Allah is always by your side
Insya Allah x3 Insya Allah you’ll find your wayI Insya Allah x3 Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah He’s never far away Put your trust in Him Raise your hands and pray OOO Ya Allah Guide my steps don’t let me go astray You’re the only one that showed me the way, Showed me the way x2 Insya Allah x3 Insya Allah we’ll find the way

Wednesday, September 8, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualakikum wmth , selamat berpuasa dan selamat berbuka buat kaum muslimin dan muslimah semua.
Bersyukur kita kehadrat Allah kerana kita telah selamat beramal dan berada dipenghujung Ramadhan dan terasa sungguh sedih kerana kebesarannya akan meninggalkan kita tidak lama lagi.
Pada yang mengejar peningkatan iman dan taqwa , tentu banyak yang diperolehi disepanjang tempuh tersebut , dan pasti akan merasakan kehilangan besar akan perginya Ramadhan , kerana pemergiannya tidak menjanjikan kepada kita apakah kita dapat bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan.
Puasa , berbuka , terawikh , witir , qia mulai , lai latul qadar , sahur ,zakat fitrah , pasar ramadhan , persiapan menjelang hari raya , menunggu kepulangan orang tersayang , ucapan selamat buat saudara mara dan sahabat handai , baju raya , kuih raya , salam menyalami adalah gabungan ibadah dan kebesaran yang Allah muliakan buat umat Islam , hanya berlaku pada bulan Ramadhan.
Alangkah indahnya , alangkah tak terukur kebesaranNya dan juga alangkah syahdunya. Terasa kita saperti telah memenangkan iman kita diatas kemungkaran yang didugakan kepada kita.Ini lah kebesaran Ramadhan.
Dalam masa yang sama kita juga diberitahu oleh berita berita , media elektronik , face book dan e mail dengan kemusnahan moral , musibah kemalangan , penderitaan , kezaliman dikalangan saudara Islam yang sedang berpuasa yang menakutkan disekililing kita .Ini sudah berada pada tahap yang tak mampu kita dengar dan lihat lagi.
Ini juga satu pengajaran yang terselindung yang Allah ingin sampaikan kepada kita sebagai hambanya yang sebenar benar beramal dalam memainkan peranan sebagai ketua keluarga , ketua masyarakat , pemimpin agama , pemimpin negeri dan pemimpin Negara.
Sungguhpun ini adalah kerja kerja besar yang menuntut dari jiwa jiwa kecil , tapi ukhwah yang pernah berkumpul dikalangan jemaah didalam bulan Ramadhan jika dipertahankan iman dan kekuatannya InsyaAllah dapat menangani segala kemungkaran yang berlaku jika dilakukan secara bersama dengan ikhlas dan kerana Allah.
Pada penghujung Ramadhan yang dikasehi dan menjelang Hari Raya yang bahagia tiada apa yang kita ingin rasa dan lihat , melainkan untuk bersama sama diantara kita menyambut suasana ini dengan penuh rasa syukur , penuh rasa sayang menyayangi tanpa rasa sedih serta terharu kerana kemusnahan yang kita sendiri membiarkan nya terjadi disebabkan kelemahan iman kita , kelemahan ilmu kita , kerana kelemahan ,kelalain kita atau kerana keangkuhan kita sendiri.
Kekalkan lah nikmat ibadah yang telah kita capai sepanjang bulan Ramadhan buat dilaksanakan pada bulan bulan berikutnya sebagai sumber kekuatan amal kita.Sama samalah kita menyedari serta pelajari bahawa didalam kesakitan teruji kesabaran , dalam perjuangan teruji keikhlasan ,dalam ukhwah teruji ketulusan dan dalam tawakkal teruji keyakinan. Beginilah perjuangan hidup sebagai seorang Muslimin dan Muslimah yang sedang memperhambakan diri kepada Tuhannya.
Salam dan Selamat Hari Raya kami ucapkan kepada Ketua Pengarah JPNIN ,Dato’ Azman Amin bin Hassan serta pegawai yang beragama Islam diIbu Pejabat Putra Jaya , Pengarah JPNIN Negeri Terengganu serta Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Puan Hjh Normah bt Mohd Noor serta pegawai ,Pengarah JPNIN Negeri Melaka, En.Mohd Khalil bin Hj Ahmad , semua Pengerusi KRT dan anak mukim diseluruh Negeri Terengganu ,KRT Batang Kali Fasa 2 Selangor , KRT Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu Sabah , KRT Ketereh Kelantan ,Jabatan Polis Kuala Terengganu , Agensi Dadah Kebangsaan Kuala Terengganu , Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Terengganu , MAIDAM Negeri Terengganu ,Pengarah serta pegawai Yayasan Islam Terengganu , Datuk Bandar serta pegawai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu , Sektretariat Rukun Negara Universiti Sultan Zainal Abidin, anak anak angkat KRT Bukit Depu di Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu ,Penghulu Mukim Bukit Besar ,JKKK Bukit Depu serta yang amat diingati Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk Dato’ Hj Che Mat Bin Jusoh,semoga bahagia ,maaf zahir dan batin.
Juga Salam dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada sanak saudara yang jauh diperantauan yang tidak bersama keluarga pada tahun ini , semoga kerinduan serta kepiluan kalian Allah gandakan dengan yang lebih baik pada masa dan ketikanya.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin dari kami Pengerusi dan semua AJK KRT Bukit Depu. Sama samalah kita peliharakan Nilai Kemerdekaan sebagaimana kita memelihara maruah Agama dan Bangsa.

Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.

Monday, August 23, 2010

Malam SRS Bukit Depu Bersama ADK Daerah Kuala Terengganu.

Bergambar beramai2 untuk kenangan

Bukit Depu terasa amat bertuah kerana mendapat kerjasama dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu semasa membuat rondaan pada malam 12.8.2010 baru baru ini. Walaupun ini merupakan rutin dalam kawalan kami tapi malam ini , cara agak berbeza.

Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai empat orang anggota. Setiap kumpulan meronda di kawasan rondaan yang telah tentukan di Kg Bukit Depu ini.

RombonganADK tersebut diketuai oleh pegawai En Khairi Izhar bn Mat Taha. Turut serta ialah En Mohd Napias bin Mohd Nor, En Che Muhd Sabri bin Mat Rosidi, En. Syazril Imry bin Awang, Tuan Dagang bin Tuan Mohd, bersama dengan 4 anggota pengiring. Sementara KRT Bukit Depu diwakili oleh Tn Hj Dol Razlan Yusof , Tn Hj Khalid Yaacob,En Alias Muda, Tn Hj Ngah En Mansur, Embong, Cikgu Nasir dan En Sidek .

Kami telah diberi taklimat mengenai beberapa maklumat terkini berhubung dengan beberapa langkah pemulihan dan kaedah pencegahan terkini yang dijalankan oleh ADK Kuala Terengganu.

Pada malam tersebut beberapa jenis pamplet penyalahgunaan dadah serta makluman mengenai kaedah mengatasinya , telah diedarkan kepada anak mukim yang melalui jalan ke Taman Sangsura diantara jam 12.00 – 4.00 pagi.

Sebelum pulang kami bersahur dengan penuh mesra serta menikmati kebesaran Ramadhan diGaleri Perpaduan .

Kami telah bersetuju untuk berkerjasama dalam menjayakan program yang akan membawa kebaikan untuk kedua belah pihak pada masa akan datang.