Masyarakat Malaysia pada masa kini diancam pelbagai masalah dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Hal ini disebabkan biasan suasana masyarakat dunia yang menular ke dalam masyarakat kita. Dari segi sosial berlaku ketidakseimbangan antara golongan tua dan remaja ,begitu juga dari segi ekonomi berlaku jurang yang sangat besar antara kaum. Dalam bidang politik pula berlaku perebutan kuasa antara parti pemerintah dengan parti pembangkang. Dalam menegakkan benang basah, parti pembangkang akan mengutarakan isu-isu yang boleh mengelirukan rakyat dan mungkin akan menimbulkan pengeseran antara kaum.
Sehubungan itu, KRT Bukit Depu dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura mengambil inisiatif mengadakan kursus Transformasi yang dianjurkan oleh
Biro Tatanegara . Kursus tersebut diadakan di Langkawi.
Objektif utama ialah memberi kesedaran serta pengetahuan kepada ahli KRT Bukit Depu dan penduduk Taman Sangsura Bukit Depu tentang keselamatan dan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam sebuah negara demokrasi dan berdaulat.
Objektif kedua supaya dapat menimba ilmu dan mempertingkatkan lagi usaha bagi menambah minat penduduk untuk menyertai setiap program yang dianjurkan. Pendedahan mengenai pentingnya kepimpinan, jatidiri, kejujuran dan memberi kesedaran tentang penting nya menjaga keamanan dan keselamatan serta memupuk semangat perpaduan dan sikap bertanggungjawab dalam menempuh Era 1 Malaysia.
Para pesertanya terdiri daripada 80 orang penduduk (18 orang lelaki dan 62 orang perempuan ) disekitar Kampung Bukit Depu. Kursus ini berlangsung selama dua hari dua malam. Mereka bertolak pada 14.9.2011 jam 9.30 malam dengan menaiki dua buah bas yang ditanggung oleh kerajaan Negeri. Rombongan ini sampai di Pusat Latihan Panorama Hotel Pulau Langkawi jam 11.00 pagi 15.9.2011.
Pada jam 2.30 petang hari yang sama kursus bermula selepas pendaftaran dan makan tengah hari. Puan Noriati Fatimi bt. Ngah ,Penolong Pengarah Biro Tatanegera Terengganu mengalu-alukan kedatangan kami dan memperkenalkan pada para pencaramah, fasillitator dan jurulatih.
Pada ke esokannya iaitu pada 16.9.2011 mulai jam 6.oo pagi (Tazkirah), jam 7.00 pagi senaman pagi, 8.30 pagi sambung kursus hinggalah jam 12.00 malam –Majlis penutup. Kandungan kursus mengupas topik-topik berikut:-
1. Permasaalah yang di hadapi dikampung
2. Permasalah yang dihadapi oleh Negara pada masa kini
3. Isu-isu semasa
4. Penerangan Gagasan 1 Malaysia
5. Pembentangan dan Kupasan Undang-undang Perlembagaan Akta 153 hingga 160
Sepanjang tempoh berkursus selama dua hari dua malam para peserta sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan berkursus dan menepati masa seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. KRT Bukit Depu dan Persatuan Penduduk Taman Sangsura amat berbesar hati apabila diberi penghargaan oleh Pengarah Biro Tatanegara sebagai kumpulan yang pertama memecah tradisi kerana mengambil inisiatif memohon untuk datang berkursus disini , kerana pada kebiasaannya kursus kursus sebegini dihadiri kakitangan jabatan kerajaan sahaja.
Setinggi tinggi penghargaan diberi kepada Pn Mariam - Pengerusi Jiran Wanita, Tn.Hj Khalid - selaku Setiausaha KRT Bukit Depu, yang bersungguh sungguh mencari dana dan mengurus program yang bersejarah ini sehingga berjaya.
Akhir kata,pihak KRT Bukit Depu dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar
YAB Dato’Sri Hj.Ahmad bin Said, YB Dr A.Rahman Mokhtar, EXCO Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’Hj. Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Pengarah
APMT Tuan Hj. Rosali bin Tahir dan Datuk Hj. Mohd Sabri bin Alwi dalam menjayakan program ini serta semua pihak yang turut menjayakan kursus ini.
KepadaMu ya Allah kami bersyukor serta memohon perlindungan