Tuesday, September 27, 2011

Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya KRT Bukit Depu 2011

 “Sambutan diluar jangkaan itu lah kata kata luahan setiausaha KRT Bukit Depu, Tn Hj Khalid apabila diminta pendapat nya mengenai sambutan rumah terbuka aidilfitri KRT Bukit Depu pada tahun ini yang mendapat sambutan diluar dugaan. Dan "tahniah kerana berjaya membawa ramai pengunjung " kata Pn Hjh Norma mengenai sambutan Aidil Fitri pada kali ini.
Itu lah gambaran keyakinan tentang anjuran majlis hari raya pada tahun ini.Para pengunjung datang bertali arus sehingga kan pada satu ketika ruang penuh sesak.Ramai yang terpaksa makan berserakan di pinggir jalan, dibawah pokok kerana kesempitan tempat dan kehabisan kerusi.Tapi masih seronok , berselera dengan hidangan berjenis kuih muih dan hidangan istimewa nasi minyak kismis ayam kampong.



 Kesian pegawai pegawai AADK serta wakil pelajar UniSZA dan ramai yang datang lewat tak dapat makan dengan selesa kerana kehabisan makanan,kecuali bubur kacang sahaja. InsyaAllah panjang umur dimurahkan rezeki dan kesempatan yang lain tahun depan kita akan cuba adakan sekali lagi dalam suasana yang lebih sempurna.

Diantara para jemputan yang sempat hadir memeriahkan lagi suasana ialah Dato'Hj Che Mat Jusoh dan Toh Puan , Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Pn.Hjh Norma Mohd Noor , Tok Penghulu Mukim Bukit Besar ,Pegawai AADK daerah Kuala Terengganu ,Anggota polis daerah Kuala Terengganu yang diketuai oleh Sarjan Ngah, Datuk Hj Mohd Sabri bin Alwi,Wakil Pelajar UniSZA kampus Gong Badak ,En Mohamad Ismail, Pengerusi JKKK Bukit Depu, En Hadi Abdullah,Pengusaha "mee jahat" En.Sulong dan isteri,Pengusaha Marang Food Enterprise dan penduduk mukim yang datang berkunjung.




 Kami mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kerana sudi datang meraikan majlis kami dan memohon berbanyak banyak maaf diatas salah dan silap dan serba kekurangan dari kami.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin.

No comments:

Post a Comment