Wednesday, September 21, 2011

KURSUS TRANSFORMASI BIRO TATANEGARA

Masyarakat Malaysia pada masa kini diancam pelbagai masalah dari aspek sosial, ekonomi dan politik. Hal ini disebabkan biasan suasana masyarakat dunia yang menular ke dalam masyarakat kita. Dari segi sosial berlaku ketidakseimbangan antara golongan tua dan remaja ,begitu juga dari segi ekonomi berlaku jurang yang sangat besar antara kaum. Dalam bidang politik pula berlaku perebutan kuasa antara parti pemerintah dengan parti pembangkang. Dalam menegakkan benang basah, parti pembangkang akan mengutarakan isu-isu yang boleh mengelirukan rakyat dan mungkin akan menimbulkan pengeseran antara kaum.


Sehubungan itu, KRT Bukit Depu dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura mengambil inisiatif mengadakan kursus Transformasi yang dianjurkan oleh Biro Tatanegara . Kursus tersebut diadakan di Langkawi.
Objektif utama ialah memberi kesedaran serta pengetahuan kepada ahli KRT Bukit Depu dan penduduk Taman Sangsura Bukit Depu tentang keselamatan dan perpaduan dikalangan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam sebuah negara demokrasi dan berdaulat.
Objektif kedua supaya dapat menimba ilmu dan mempertingkatkan lagi usaha bagi menambah minat penduduk untuk menyertai setiap program yang dianjurkan. Pendedahan mengenai pentingnya kepimpinan, jatidiri, kejujuran dan memberi kesedaran tentang penting nya menjaga keamanan dan keselamatan serta memupuk semangat perpaduan dan sikap bertanggungjawab dalam menempuh Era 1 Malaysia.


 Para pesertanya terdiri daripada 80 orang penduduk (18 orang lelaki dan 62 orang perempuan ) disekitar Kampung Bukit Depu. Kursus ini berlangsung selama dua hari dua malam. Mereka bertolak pada 14.9.2011 jam 9.30 malam dengan menaiki dua buah bas yang ditanggung oleh kerajaan Negeri. Rombongan ini sampai di Pusat Latihan Panorama Hotel Pulau Langkawi jam 11.00 pagi 15.9.2011.

Pada jam 2.30 petang hari yang sama kursus bermula selepas pendaftaran dan makan tengah hari. Puan Noriati Fatimi bt. Ngah ,Penolong Pengarah Biro Tatanegera Terengganu mengalu-alukan kedatangan kami dan memperkenalkan pada para pencaramah, fasillitator dan jurulatih.
 Pada ke esokannya iaitu pada 16.9.2011 mulai jam 6.oo pagi (Tazkirah), jam 7.00 pagi senaman pagi, 8.30 pagi sambung kursus hinggalah jam 12.00 malam –Majlis penutup. Kandungan kursus mengupas topik-topik berikut:-
1. Permasaalah yang di hadapi dikampung
2. Permasalah yang dihadapi oleh Negara pada masa kini
3. Isu-isu semasa
4. Penerangan Gagasan 1 Malaysia
5. Pembentangan dan Kupasan Undang-undang Perlembagaan Akta 153 hingga 160
Sepanjang tempoh berkursus selama dua hari dua malam para peserta sangat berdisiplin dan mematuhi peraturan berkursus dan menepati masa seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. KRT Bukit Depu dan Persatuan Penduduk Taman Sangsura amat berbesar hati apabila diberi penghargaan oleh Pengarah Biro Tatanegara sebagai kumpulan yang pertama memecah tradisi kerana mengambil inisiatif memohon untuk datang berkursus disini , kerana pada kebiasaannya kursus kursus sebegini dihadiri kakitangan jabatan kerajaan sahaja.

 Setinggi tinggi penghargaan diberi kepada Pn Mariam - Pengerusi Jiran Wanita, Tn.Hj Khalid - selaku Setiausaha KRT Bukit Depu, yang bersungguh sungguh mencari dana dan mengurus program yang bersejarah ini sehingga berjaya.
Akhir kata,pihak KRT Bukit Depu dan Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Sangsura mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar YAB Dato’Sri Hj.Ahmad bin Said, YB Dr A.Rahman Mokhtar, EXCO Kesihatan,Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’Hj. Che Mat bin Jusoh, Pegawai Pembangunan DUN Batu Buruk, Pengarah APMT Tuan Hj. Rosali bin Tahir dan Datuk Hj. Mohd Sabri bin Alwi dalam menjayakan program ini serta semua pihak yang turut menjayakan kursus ini.

KepadaMu ya Allah kami bersyukor serta memohon perlindungan

3 comments:

  1. Syabas, setelah berjaya ditransformasikan oleh BTN mereka mereka ini menyokong kerajaan yang selama ini telah banyak membantu.

    ReplyDelete
  2. Kita Perlukan pahaman yg baik dalam smua perkra.sbgai sbuah komuniti kecik pngerusi n anggta ajk rt bukit depu berni mmbawa msyarakt kmpung lbih mmahami corak keamanan hari ini.
    Syabas rt bulky depu,anda tlah bnyak mlkukan aktiviti Untk orang ramai.saya sokong blog anda.rosdiamran@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Terima kasih saudara Rosdi atas sokongan..Kali terakhir saya mnemui
    anda diTanah Rata Cameron Highland akhir tahun 2009..
    DiRT Bukit Depu Kami selalu mengalami perubahan Dan cabaran yg terpaksa laksanakan sebagai keperluan yg bolih memberi menafaat semasa kpd msyarakat mukim.Jika itulah yg terbaik buat mereka serta baik pd objektif perpaduan.
    Datanglah keRT Bukit Depu bolih kita bernasi
    dagang dikedai Pok Su sambil mnjalinkan persaudaraan atas nilaihoo perpaduan dgn masyarakat Kuala Kangsar.
    Dari saya dolrazlanyusof bgi phak RT Bukit Depu.

    ReplyDelete