Monday, September 26, 2011

Kunjungan Agensi Antidadah Kebangsaan(AADK) Kuala Terengganu Ke SRS KRT Bukit Depu

Pada 23.9.2011 pukul 11.30 malam bertempat di Galeri Perpaduan, KRT Bukit Depu telah menerima kunjungan mesra dari AADK daerah Kuala Terengganu. Rombongan seramai enam orang diketuai oleh saudara Muamar Rafie Mohd. Ketibaan mereka di sambut oleh Pengerusi Skim Rondaan Sukarela (SRS) Tn.Hj Dol Razlan dan Setiausaha KRT Tn Hj Khalid Yaccob.


         Pegawai pegawai AADK yang hadir pada malam tersebut:-
  • En Muamar Rafie Mohd
  • En Keirudin b Idris
  • En Kamaruddin b Yusof
  • En Shazril Imri b Awang
  • En Rosaidi b Mohamed
  • En Mohd Azharudin b Abdullah
                         Mewakili SRS KRT Bukit Depu ialah :-
  • Tn Hj Dol Razlan Yusof
  • Tn Hj Harun Mohd Diah
  • Tn.Hj Khalid Yaccob
  • En.Alias Muda
  • En.Mansur Embong
  • En Zulkifli

Diantara perkara yang dibincang ialah memahami peranan KRT dan AADK untuk mengenalpasti satu bentuk kerjasama dapat diwujudkan bagi menanggani masalah dikalangan penagih serta keluarga penagih supaya mereka mereka ini dapat diterima masyarakat .



Kami berbincang secara santai sambil pihak AADK melihat lapuran kawalan SRS , menandatangani buku pelawat dan buku kawalan sambil menikmati minuman kopi dan teh yang disediakan. Kami bersurai tepat jam 2.40 pagi dan sempat bergambar beramai ramai didepan Galeri.

No comments:

Post a Comment