Al Fatihah dan Salam Takziah dari kami AJK Tertinggi KRT Bukit Depu kepada En.Nordin lbrahim diatas kepulangan keRahmatullah ayahanda tersayang pada 20.9.2011. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama orang orang yang soleh.
Jika kehidupan kita 45 tahun yang lalu dipenuhi kebahagiaan dalam cabaran yang berbagai , tentu banyak perkara manis dan pahit dilalui bersama keluarga tersayang.
Khususnya masa masa manis keluar bercuti bersama ayah dan ibu ditempat tempat menarik diluar negara , atau berkelah ditempat yang nyaman dengan bekalan makanan serta persiapan yang dibawa oleh ibu tersayang.
Semua ini tidak akan hilang dari kenangan sehingga bila bila didalam hidup kita.
Apa yang kita perlu belajar dan tahu dari semua ini ialah bahawa setiap sesuatu akan berakhir dan pergi baik kepada yang tersayang atau diri kita yang mereka sayangi.
Semoga Allah memberi rahmat kepada seluruh keluarga En.Nordin dan kita semua dengan kesabaran serta kebaikan yang berpanjangan
AlFatihah.
ReplyDelete