KRT Bukit Depu sekali lagi merasa bertuah kerana diberi kesempatan apabila dipilih menghadiri bengkel selama 3 hari yang diadakan di diMakmal Fakulti Teknologi Makanan Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Bandar(UNISZA) pada 19hb - 21hb September 2011.
Bengkel yang diusahakan secara kerjasama dua universiti , ia itu Fakulti Teknologi Makanan UNISZA Kuala Terengganu dan Fakulti Agro Industri Universiti Chiang Mai , Ianya dihadiri 40 peserta yang terdiri dari pengusaha makanan serta pelajar tahun akhir Faculty of Food Technology UniSZA.
Para Pensyarah dan Peserta Bengkel bergambar beramai ramai |
Tn Hj Dol bersama pensyarah bercambahan fikiran |
Mewakili KRT Bukit Depu ialah Tn.Hj. Dol Razlan Yusof serta rakan usahasama KRT Bukit Depu , Tn. Hj Ghani bin Ibrahim yang juga Pengarah Marang Food Enterprise.
Dua orang pensyarah dari Faculty of Agro Industry Universiti Chiang Mai , Dr.Saran Waroon Phan dan Dr.Samchai Jomduang telah menyampaikan kursus dengan baik walaupun segala penjelasan menggunakan Bahasa Inggeris.
Sepanjang kursus , penggunaan bahan bahan yang biasa kita makan sebagai resepi, peralatan moden yang terdapat didalam makmal , kaedah pembuatan secara berkumpulan yang dilaksanakan melalui perbincangan dan berkongsi pengalaman dikalangan peserta , telah berjaya menghasilkan produk yang baik serta berkualiti.
Dekan Fakulti Teknologi Makanan UniSZA, Prof.Dr.Hj.Abdullah Abu Bakar telah membuat pemilihan yang tepat dan betul apabila memilih cara dan kaedah pemerosesan makanan dari buah buahan yang terdapat di Thailand sebagai contoh untuk dipelajari. Umum memang mengetahui buah buahan negara itu mempunyai nilai kualiti , ketahanan , rupa , rasa serta komersial yang memang luas.
Diantara resepi serta pelajaran yang diajar selama 3 hari dibengkel tersebut ialah :-
1.Jeruk Buah
a) Jeruk buah sentul b) Jeruk nenas
c) Jeruk betik
2. Pisang Keping
a) Pisang salai
b) Pisang sira
c) Pisang goreng / kerepek / bergula /berperisa /kering.
3.Mix Fruit Leather
Makanan dari adunan buah2an yang dikisar yang dimasak dalam oven selama 20 jam pada suhu 60c ,yang sungguh sedap dan mengandungi berbagai bagai vitamin keperluan kesihatan. Ini juga merupakan resepi yang paling istimewa disepanjang kursus , kerana ianya melibatkan cara pembuatan yang berbeza , penggunaan bahan buah buahan yang berbagai ,rasa yang sedap .dan proses penyediaanya yang agak lama. Bukan itu sahaja malah rupa serta texturenya membuka pengetahuan bahawa disebalik buahan yang berada disekeliling kita mempunyai banyak keistimewaan bukan sahaja dari segi bau yang unik ,tapi warna asli yang amat cantik dan mengiurkan.
Hasil pisang yang siap dan Mix fruit leather
Makanan ringan yang selalu kita makan semasa budak budak dulu yang kita panggil 'gambir' rupa rupanya sama rasanya macam 'mix fruit leather' yang amat mudah disediakan .
Pengerusi KRT berharap dengan ilmu yang diperolehi dapat dikembangkan kepada seluruh Jiran Wanita , semoga dapat dijadikan sebagai permulaan perusahaan kecil peringkat kampung yang boleh dimajukan.
Sekali lagi KRT Bukit Depu mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada Dekan Fakulti Teknologi Makanan UniSZA, Prof.Dr.Hj Abdullah bin Abu Bakar kerana telah memberi peluang yang tiada harganya ini kepada kami dalam mencari usaha memperbaiki taraf ekonomi anak anak mukim.
Prof Dr Hj Addullah, Tn Hj Ghani & Prof Dr Abd Manaf |
Kepada dua orang pensyarah dari Universiti Chiang Mai, Dr.Samchai dan Dr.Saran yang telah memberikan tunjuk ajar yang cukup berkesan dalam sesi soal jawab mengenai setiap perkara berhubung dengan bidang kursus. Kami mengucapkan syabas kerana kehebatan mereka berdua menyampaikan ilmu dalam bidang yang memang mereka mempunyai kepakaran.
No comments:
Post a Comment