Alhamdulillah, sesungguhnya dikalangan kita yang rindukan amalan kebajikan, harta dan bonus akhirat , tidak akan merasa terganggu dengan Ramadhan yang baru saja pergi.
Kami di KRT Bukit Depu, melalui Jiran Warga Emas , Jiran Wanita ,Jiran Muda dan Tunas Jiran, sentiasa berusaha setapak demi setapak mendaki puncak mencari serta membuat kebajikan untuk anak mukim
Pada Ramadhan yang lalu Jiran Warga Emas merasa bersyukur kerana diberi izin Allah dapat menunaikan amanah 'hamba Allah’ yang telah memberi kepercayaan kepada Pengerusi KRT, untuk menyampaikan firdhiah , sumbangan fisabilillah , zakat harta kepada anak mukim yang layak, bagi pihak mereka.
Fidhiah kepada yang berhak |
Dengan izinNya semua terlaksana dengan baik dimana amanah tersebut telah salurkan Jiran Warga Emas KRT Bukit Depu kepada beberapa bahagian:-
- Fisabilillah berupa buah buahan serta kuih muih untuk pelajar pelajar Pondok Darussallam dan Ahli Jemaah Masjid Tengku Intan Zaharah Kuala Terengganu pada 18,19,20,23,26,27,28 dan 29.8.2011.
- Majlis Berbuka Puasa Dengan Pelajar Pelajar Serta Musafir DiPondok Darussalam pada 23.8.2011.
- Takbir Raya Rumah Kerumah pada 29.8.2011.
Sesungguhnya amalan yang baik ini telah kami laksanakan dengan penuh ikhlas serta berharap keredhaan Allah jua , bukan untuk menunjuk nunjuk atau dibanggakan , tapi ianya untuk dikongsi kebaikannya kepada kita semua dengan harapan semoga melalui coretan ini diberi peningkatannya oleh Allah buat tahun tahun hadapan serta juga dengan harapan bagi mengelakkan akan timbulnya fitnah dan subahah .
Menyampai fidhiah |
Semoga amalan yang baik , yang dilakukan ini disebarkan dikalangan anak mukim serta juga termaklum kepada hamba Allah yang telah memberikan amanah tadi kepada kami, bahawa amanah mereka telah kami tunaikan .Semoga nama nama mereka terlipat didalam rahsia dan Khazalah Allah dimana mereka akan diberikan sebaik baik balasan diakhirat nanti.
Bertakbir dimalam raya |
Seperti firman Allah didalam Surah An Nisa Ayat 114 , " tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahsia mereka , kecuali pembicaraan rahsia dari orang yang menyuruh orang bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia. Barangsiapa berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah , maka kelak Allah akan memberikan pahala yang besar.."
Ibarat kapal dipelabuhan , ia nampak selamat dan baik tapi bukan itu tujuan kapal itu dibina. Demikianlah juga kita.
Apa yang kami semua pelajari dari hikmah serta kebesaran amal pada Ramadhan yang lalu ialah " mengajar kami mempercayai kebesaran Allah ada pada perkara perkara yang tak nampak. Oleh itu kami yakin kami bertaqwa dan kami beriman kepada Allah"
Semoga Allah memberi kita semua berada dibawah perlindunganNya setiap masa.
Assalamualaikum wrmth dan salam perpaduan.
Ingatlah Amal Baik Biarlah Berterusan.
No comments:
Post a Comment