Wednesday, September 14, 2011

Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan

Gambar gambar yang membawa seribu maksud dan kenangan yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami.

Peristiwa pertama berlaku pada 9.4.2011 ketika hujan lebat mencurah curah selama beberapa jam. Longkang dan sistem peparitan yang sediaada tidak dapat menampung curahan air yang turun bagaikan air terjun dari bukit yang terdapat di depan perumahan ini. Akibatnya air melempah dari longkang dan mengalir keatas kaki lima rumah menyebabkan semua kasut dan barang disitu habis dibawa arus yang deras.

Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelum ini walau bagaimana lebat nya hujan. Puncanya ialah kerakusan kontraktor yang membuat kerja kerja pembaikan rumah yang terbengkalai, dimana segala pasir dan batu dilonggokan keatas longkang dengan berlapiskan papan,apabila dibiarkan begitu lama papan menjadi reput dan segala pasir jatuh kedalam longkang. Ini menyebabkan ianya menjadi cetek dan tidak dapat menampung aliran air yang banyak. Janji kontraktor ini untuk kerja kerja mengorek longkang gagal. Janji tinggal janji. Musim tengkujuh dah nak tiba.


Air yang melintsai jalan



Air melimpah keatas kakilima rumah

 Musibah kedua (kalau layak dikategorikan sebagai) berlaku pada 8.9.2011 ketika hujan yang membawa sekali dengan angin dan petir yang begitu kencang. Bunyi geseran dan dentomanya  amat menakutkan. Tiba tiba saja semua lampu rumah menjadi gelap termasuk lampu jalan ke taman. Tidak disangka sebatang pokok besar yang berada di seberang jalan didepan rumah arwah ustaz Jamaluddin tumbang menghempap sebatang tiang telefon dan melintangi jalan.
Keadaan menjadi cemas apabila ranting dan tahan kena keatas wayar letrik dan telefon yang terdapat disitu menyebabkan bekalan letrik dan telefon kebeberapa rumah terputus dan juga laluan keluar masuk ke taman putus buat masa ini. Pasukan kerosakan TNB tiba dan membaiki kerosakan bekalan letrik kerumah tetapi malangnya pokok yang tumbang tidak diapa apa kan kerana menurut mereka kerja kerja pembersihan pokok yang tumbang di luar tugas dan tanggungjawab mereka.
Kali ini kami hubungi pasukan Jabatan Pertahanan Awam(JPA) untuk pertolongan bagi membersihkan pokok yang melintangi jalan. Ketika ini sudah terdapat banyak kereta yang tidak dapat keluar dan juga masuk. Hampir satu jam kami menunggu dan tidak juga tiba. Lantas kami mengambil keputusan membuat kerja pembersihan ini sesama sendiri secara gotong royong di ketuai oleh cikgu Nasir. Alat pemotong dibekal oleh Hj Othman janggut.

Pokok menghempap kabel telefon

<><><><>
<>
<><><><>
Merintangi jalan

 

Kami mengambil keputusan membuat kerja pembersihan ini sesama sendiri secara gotong royong di ketuai oleh cikgu Nasir. Alat pemotong dibekal oleh Hj Othman janggut.



No comments:

Post a Comment