Thursday, September 15, 2011

Peristiwa Yang Tidak Dapat Dilupakan (2)

Mereka datang bagi memperbetulkan keadaan.

 Kami berterima kasih kepada Pengerusi KRT Bukit Depu kerana selepas sahaja membaca lapuran yang disiarkan dilaman blog ini, terus menghubungi pihak kontraktor yang terlibat bagi memaklumkan tentang masalah longkang tersumbat yang sekian lama dibiarkan dan menuntut janji janji yang dibuat sebelum ini. Apa yang terjadi susulan daripada itu kami rakamkan dalam gambar gambar dibawah.



 
Tiga orang pekerja dari syarikat pemaju itu datang membuat kerja kerja mengorek longkang yang tersumbat.

Pihak kontraktor Telekom Malaysia(TM) datang bagi membaiki kabel yang rosak dihempap pokok sebagaimana dilapur dalam laman blog sebelum ini. Pemyambungan kabel kabel saluran baru dibuat kepada setiap rumah yang terlibat. Terima kasih TM.



No comments:

Post a Comment