Pada 16.11.2012 jam 5.00 petang, Kami (KRT Bukit Depu )bersama
sama Pengerusi Tn Hj. Dol Razlan bin
Yusof bertolak dengan sebuah kereta menuju
ke KRT Kesom Alor Rekang bagi meninjau
dan berkenalan dengan ahli Jawatankuasa KRT tersebut yang sedang meningkat prestasinya. Bagi
makluman KRT ini pernah memenangi anugerah KRT Harapan.
Keluasan jajahan kawalannya
1 kilometer persegi dan mempunyai 300 buah rumah dan jumlah penduduk seramai
1500 orang. Keadaan suasana kampong nya yang aman dan ceria dikelilingi sawah
padi, kebun buahan dan getah.
Kami dimaklumkan KRT Kesom Alor Rekang sedang
berusaha mempertingkatkan kemajuan serta keselamatan kampong kepada anak mukim
nya. Kami berpendapat atas usaha
gigih yang di tonjolkan oleh Pengerusinya, En. Wahab bin Ngah. Beliau telah
membawa kesepakatan dikalangan remaja remaja setempat. Mereka bergabung tenaga dibawah
SRS dalam memikul tanggungjawab bagi keselamatan kampong mereka.
Pada malam minggu
seramai 25 orang anggota SRS keluar bertugas. Kami difahamkan KRT ini
dibahagikan kepada 3 sektor kawalan SRS dan
mereka bergabung dalam 3 kumpulan berkawal sehingga jam 5 pagi.Ini satu
gabungan yang besar dan sungguh baik jika dapat diteruskan.
Tujuan lawatan singkat bagi mengeratkan lagi silaturrahim
antara KRT Bukit Depu dan KRT Kesom Alor Rekang
yang senonin dengan nama cosign Kilo
Alfa Romeo dikalangan pengguna Radio SRS.