Sunday, November 11, 2012

PROGRAM KESELAMATAN – ISU-ISU SEMASA

Ahli KRT Bukit Depu yang menghadiri Program Keselamatan
Pada 10.7.2012 satu program keselamatan telah diadakan di Dewan Budaya Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Program ini adalah anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri dengan kerjasama Jabatan Polis Negeri Terengganu. Program ini mengupaskan isu-isu semasa yang melanda negara kita masa kini.
Objektif ialah bagi mewujudkan sistem pemantauan serta amaran awal kepada kerajaan disamping itu mengekal dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan melalui pendekatan komunikasi dengan tumpuan kepada kaedah-kaedah bagi memenangi minda rakyat serta mewujudkan kesedaran dan penghayatan rakyat berbilang kaum yang mantap dan kukuh bagi memupuk nilai-nilai murni, semangat patriotisme dan cintakan negara. Pemantauan terhadap isu-isu semasa yang dijangkakan boleh menjejaskan kerajaan dan keselamatan negara. Strategi alternatif bagi menangani cabaran isu-isu semasa daripada pelbagai sumber kepada pihak kerajaan dengan menyediakan dan mengemukakan penjelasan yang komprehensif serta meyakinkan untuk kegunaan kerajaan di dalam menangkis segala tomahan secara spesifik, menyeluruh, konsisten dan berkesan.
Agenda  mengenai isu- isu semasa iaitu berkisar kepada Perhimpunan BERSIH 3 dan Perdagangan Manusia yang mengugat keharmonian dan kesalamatan Negara. Program ini diberi penafasan  dengan tayangan gambar kedua-dua isu supaya rakyat dapat menilai sejauh mana kah perilaku mereka dapat menjejaskan imej Negara di mata dunia. BERSIH 3 memaparkan keganasan dan merosak harta benda serta menjejas ekonomi negara manakala pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa .
Para peserta yang hadir adalah terdiri dari Anggota Polis,Pegawai Jabatan Kerajaan, dan Semua KRT dalam Daerah Kuala Terengganu. KRT Bukit Depu telah menghantar 11 orang iaitu 2 orang Ahli Jawatankuasa dan 9 orang Ahli Jiran Wanita bagi memeriahkan program tersebut.

No comments:

Post a Comment