Berbagai-bagai usaha keselamatan telah
dilakukan oleh KRT dalam
mempertingkatkan suasana aman serta kebaikan sosial didalam masyarakat.
KRT Gong Baru telah mengadakan satu
program bertema “JOM RONDA “ dengan kerjasama badan-badan
NGO terdiri dari pihak Polis, AADK, Jabatan Bomba, RELA, SRS Bukit Depu
dan SRS Permin Permai. Penggabungan ini telah berjaya memberi satu kesan baru
dalam kawalan dan status rondaan SRS.
Memang sukar untuk memberi khidmat
masyarakat yang sempurna tanpa pengorbanan dan kerjasma semua pihak. Pada malam
tersebut gabungan ini telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan agar pemantauan
jenayah dapat dilakukan secara
bermaufakat. JPNIN Daerah Kuala Terengganu telah memberi kepercayaan dan
memberi peranan besar menganjurkan program “JOM RONDA” kepada KRT Gong Baru
yang mana telah berjaya menggabungkan
seramai 100 orang ahli SRS. Rondaan di bahagi kepada 3 kumpulan membuat rondaan
sekeliling Kampung Gong Baru.
KRT Bukit Depu telah menghantar
seramai 11 orang ahli SRS yang diketuai oleh Pengerusi nya sendiri. Kemuncak program
malam tersebut ialah majlis penyerahan walkie talkie yang pertama oleh JPNIN kepada
SRS Gong Baru . Beberapa orang tetamu istimewa telah hadir pada malam tersebut seperti
Inspektor Nor Nizan bin Johari OCS dari Jabatan Polis , JPNIN diwakili oleh En.
Asrul Nizam, Penghulu En. Saharudin Ismail, Ketua RELA, Pengerusi JKKK serta
Pengerusi-pengerusi KRT yang berdekatan .
No comments:
Post a Comment