Monday, November 5, 2012

BOLASEPAK 5 SEBELAH ( FUTSAL) DAN PERMAINAN CONGKAK

Pada 20.10.2012 bertempat Pantai Lagun bertentangan dengan Masjid Terapung, telah diadakan dua program sukan.  Ianya telah di anjurkan oleh Pejabat DUN Batu Buruk . Acara sukan itu ialah pertandingan bolasepak 5 sebelah dan pertandingan congkak. Pernyertaan dibuka kepada semua JKKK dan KRT yang berada dalam kawasan DUN Batu Burok sahaja.
KRTBukit Depu telah terlibat dalam kedua dua acara tersebut. Kami telah menghantar seramai 11 orang peserta, iaitu 7 orang pemain bolasepak , 4 orang pemain congkak dan 20 orang penyokong.
Acara pertandingan bolasepak 5 sebelah bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 6.00 petang manakala permainan congkak bermula jam 2.00 petang dan berakahir jam 6.00 petang.
Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin masyarakat setempat yang sihat mental dan fisikal serta dapat memupuk kecerdasan dan kesedaran di kalangan masyarakat agar lebih aktif dalam menyelesai masalah tempatan bagi .
Ianya juga boleh merealisasikan impian kerajaan dalam memupuk perpaduan, melatih merancang dan melaksanakan program serta memupuk semangat kerjasama dikalangan pemimpin masyarakat setempat amnya. Program ini berakhir dengan cabutan bertuah dan bersurai jam 6.30 petang.
 

No comments:

Post a Comment