Sunday, November 11, 2012

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2012

Pengerusi KRT Bukit Depu Tn Hj Dol
 membuat ucapan 'Selamat Datang'
UMAT Islam seluruh dunia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadan. Sambutan hari kebesaran memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.Hal ini bersesuaian sekali dengan makna perkataan fitri daripada perkataan fitrah yang bermaksud sifat semula jadi manusia yang suci daripada segala dosa. Oleh itu, Hari Raya Aidilfitri adalah hari Muslim kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah s.w.t. Ini bermaksud selepas berjaya berpuasa selama 30 hari, kaum Muslimin dijangkakan menjadi lebih baik daripada segala segi.



Sehubungan dengan itu KRT Bukit Depu tidak ketinggalan dalam menyambut hari yang mulia ini. Sambutan diadakan pada 15.9.2012 di pekarangan rumah Pengerusi bertempat diTaman Sangsura jam 12.00 tengahari.Majlis hari raya pada tahun ini agak meriah. Para pengunjung datang bertali arus sehingga kan pada satu ketika ruang penuh sesak.Ramai yang terpaksa makan berserakan di pinggir jalan, tapi masih seronok , berselera dengan hidangan berjenis kuih muih, dan , laksa dan hidangan istimewa nasi minyak ayam kampong.Anggaran pengujung yang hadir pada hari itu melebihi 300 orang.


Objektif penganjuran majlis tahunan ini adalah bagi mengeratkan hubungan mesra silaturrahim sesama ahli dan juga penduduk Kg. Bukit Depu amnya serta ahli-ahli dari kawasan berdekatan . Hubungan erat yang terjalin akan memupuk semangat bersatu bagi memaju dan membangunkan sesebuah komuniti yang cemerlang, gemilang dan terbilang.



Diantara para jemputan yang dirai yang sempat hadir memeriahkan  suasana ialah Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu Pn.Hjh Norma Mohd Noor , Tok Penghulu Mukim Bukit Besar ,Pegawai AADK daerah Kuala Terengganu ,Anggota polis daerah Kuala Terengganu ,
 Prof.Dr. Hj. Abdullah Abu Bakar,Prof. Dr.Saran Waroon Phan dan Dr.Samchai Jomduang Faculty of Agro Industry Universiti Chiang Mai  dari UniSZA kampus Gong Badak ,Bekas bekas penuntut Sekolah Menengah Sultan Sulaiman ,En Mohamad Ismail - Pengerusi JKKK Bukit Depu, dan penduduk mukim yang datang berkunjung.

No comments:

Post a Comment